Tuesday, April 21, 2009

kisah ahad lepas

pg ahad tu, mcm biasa kami pergi pasar borong. beli stok lauk n sayur for one week.
1st time la pegi seawal 7.30.. selalu dah dkt kul 9 br pegi. meriah rupanya pegi pepagi..
sayur msh banyak pilihan yg segar2.... boleh la thn lama sikit dlm peti sejuk kami yg dh nazak tu.. mana ke tidaknya fridge ni dah berpindah rumah 6 kali. mengalahkan tuannya..

emm.. sambung balik psl pasar td.
pegi awal tu pun ada sebabnya... kul 9, nak pegi kursus kt kg pandn.
kursus yg dah lama sepatutnya nk pegi, tp asyik dok tertangguh je...
sebab : hubby asyik keje je ujung minggu... kena ngaku ok...

sampai umah ptg tu... kena serbu dek aqeel..
nielah kerja dia bila dpt buka isi plastik yg kami dpt..
siap babai kt umi ngn ayah tu.. tak tahan tul...

uwaaaaaaaaaaaaa....
aku rasa cam nk jadik askar jek skrg ni.. dush... dush....
takkanla tetiap hari aku nk kena susun buku. kalau sikit2 takpe lah...


ni library dh jadik cam tongkang pecah.. semua buku bercampur aduk..
minggu lps jadik gak camni..
dr aku masuk pg sampai ke kul 1 baru siap mengemas...

smpai dh rasa cam nak pitam je...
ingat aku ni takde keja lain apa kee...


takkan la tak boleh nk control murid bila masuk library nie..


tak cukup besar lg ke rules yg aku tampal tu..


nk aku buat FONT SIZE 72 ke....

dahla kena menanggung keja tertunggak 2 tahun...

nie plak kena amik masa tuk susun buku.
buang masa okeyyy....

nk tunggu pengawas naik waktu rehat, bukan banyak mana sgt pun diorang nie boleh tlg...
sbb rehat bukan lah lama mana..

aku balik kul 2.10pm or 3.10pm.

kkadang aku stay smpai kul 4-5pm..

tp takkanla aku nk stay tiap2 ari smpai ke ptg sbb nk jaga anak murid org lain..

adakah aku perlu mmasang CCTV
untuk mengetahui siapa yg punya angkara...

Sunday, April 19, 2009

stlh bb hari teringin makn donut, akhirnya dpt gak meluangkan masa buat pg semalm.
umi suka yg nie... yg nie filling blueberry n choc... nie permintaan hubby. dia suka yg inti kt dlm...

budak kecik ni makan je semua
Donut Suria.. (amik dr forum.. )
memang best sbb smpai ke ptg pun masih lembut..
Bahan A
3 cawan tepung
3 tablespoons susu tepung
3 tablespoons shortening
3 tablespoons gula pasir halus

Bahan B
*200ml air suam
2 teaspoons instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam
20 ml air – sbg tambahan jika perlu (saya tak tambah. just guna 200ml air)

Cara:
-Bancuh bahan B*.
-Masukkan ke dalam bahan A.
-Masukkan air tambahan.
(saya-> masuk semua bhn dlm BM... tinggal buat keja lain 1jam 1/2..pstu tinggal terap)
-Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat bulat.
-Perap then boleh goreng.

Saturday, April 18, 2009

ptg td kami ke birthdy party anak sepupu hubby at kfc xtream park ss 13...
bersama chicky...
tp.. dalam kemeriahan party... ada plak kisah di bawah kerusi.. ehhe..
ada budak tu takut ngn chicky rupanya..


Thursday, April 16, 2009



sejak2 kluar hospital ni, makin selera plak aqeel ni makan. nak balas dendam selepas seminggu x de nafsu makan la gamaknya.. tp nk balas dendam pun, takkan la sampai terjaga malam nk makan gak... tp itulah benonya.... uwaaa... umi ni yg malas nk masuk dapur pepagi buta amik biskut dia. dh terjaga 3 kali, buatkan susu tp masih merengek lg. confirm la budak ni lapar. terkebil2 lah umi ni amik biskut chipsmore dia tu. kuarkan sekeping bg kt dia, pastu letak kt tepi. dan umi pun ter ZZZZ... sedar2 dia cuit n tunjuk bungkusan chipsmore tu... mak aii.. biar beno anak ummi nie. klau tak salah, dlm tu ada dlm 5 keping. mknanya habis dh dia makan....

bila breakfst pg td, citer la kt hubby..

hubby : takpe la dia tgh berselera makan.. (sambil mengunyah cekodok ikan bilis)
aqeel pun x layan umi sbb syiok makan kodok...
(huhu.. ingtkan nk cakap sekali, kesian kt umi kena bangun mlm..)

di suatu masa dulu... jeng jeng.. haha.. cam nk citer ape je.., pernah cuba buat biskut chips kak hanieliza, memang jadik dan sedap...ke hulu ke hilir gak aqeel bawak tupperware biskut tu. tp ntah bila la nk buat lagi sbb nk buat cookies nie cam kena kesabaran yg lebih.. huhu.. aku ni kekadang jenis tak sabar gak..

Wednesday, April 15, 2009

motor ayah berubah wajah...

motor bersama model... setelah 3 taun terperap cam besi buruk.... abaikan gambar2 belakang tu ek.

akhirnya.. selepas hampir sebulan kt icu, nilah hasilnya... taraaa.. stay smpai malam dok mendesign body motor ni ye kan ayah kan. pastu dera umi suh kaler. sib baiklah umi ni mmg suka mengaler2 guna crayon. kalau hasil tak cunn, memang saja la ye tak...

aqeel ngn ayah melaram jalan2 ek, tak ajak umi pun.... bila la plak ayah amik gmbar aqeel camni.. huduh benor la.. ahahaa...

alhamdulillah.. aqeel bakal dpt adik.. huhu. cam tak caya plak rasa.. actually, dh 2 minggu lewat.. tp saje je tak nak check lg. hehee.. yg sbenrnya pun, sy memang la bz sgt2 last week. ngan preparation sukan sekolah, pastu plak aqeel masuk wad. isnin masuk library, dh macam tongkang pecah plak. sehari je cuti ari jumaat tu.... adeh... banyak2 lah bersabor...
ari ni br berkesempatan gie klinik scan.. alhamdulillah dah 5 weeks. So aqeel tak leh la nak manja sangat2 dah tau. aqeel nk dapat adik dah. nanti aqeel boleh main ngan baby.. takdelah asyik menyendeng ngn umi je... :)

Tuesday, April 14, 2009

ni gmbar2 aqeel kt hospital..

mula2 smpai kt emergncy room... memang tak bemaya dh ms nie.
wad kanak-kanak penuh malam tu, dpt wad dewasa. k la, single room selesa sikit.
aqeel kusyuk tengok tv. tak nak makan langsung sepanjang duduk hospital..

sian anak umi ni...

Saturday, April 11, 2009

huhu... bape ari ek x update. dapur pun dh bb ari tak berasap. ptg khamis balik dr sekolah, terus bawak aqeel pegi klinik nk dptkan surat transfer ke hospital sbb x de perubahan lagi. sebelum bgtau Dr tu, saja lah ckp yg aqeel ni x sembuh lagi dari ari isnin. Dr tu just check perut n nak bagi ubat lagi. aku ape lagi.. takkan nak bagi ubat, budak ni dh lembik dah ni. 2 hari baring je, tak nak main langsung. pastu Dr tanya, n aku jwp nk bwk dia gi hospitl. ada plakdia ckp, betul jugak ye. bahaya ni dh bb ari. boleh plk dia ckp cmtu...
dpt surat terus bw aqeel ke pusrawi. terus masuk ke emergency room n masuk air. sepatutnya masuk 1btl, kena balik atau cr hosp lain sbb wad knk2 penuh. kul 9mlm, nurse bgtau ada single room dewasa kosong. ok je la drp dok bukk jarum n masuk lg esok. kesian lk kt aqeel. ni dh msuk ari ke-2. aqeel pun dh boleh senyum n gurau2. dh x muntah. cuma cirit birit yg belum hbis spenuhnya. hrp2 esok dh boleh kuar... nk letk gmbr aqeel kt sini, tp hubby lupa k nk bwk cble.

Tuesday, April 07, 2009

semalam pukul 9 aqeel dh tetido atas riba kt dpn tv. bila nk angkat dia masuk dlm bilik, tetiba muntah banyak sesangat. habis baju umi ni pun kena. mandikan dia dan aku pun mandi. tak lama dh tukar baju, sekali lagi dia muntah. aduhh.. nape lak budak kcik ni. dgn aku2 sekali terpaksa ganti lagi. sampaila pukul 10, dah 4 kali tukar baju. pukl 10 lebih, hubby nk amik moto kt bengkel terus bawak aqeel pegi klinik. dalam kereta, aqeel terlelap. sampai je klinik, terjaga n muntah lagi. sampai dh takde benda yg keluar. kesian tul tengok. badan dia pun dh lembik je. Dr masukkan ubat tahan muntah kt 'tut' dia. he says kalau 2 jam lagi masih macm tu, kena bawak dia ke hospital. sampai rumah, dia terus tido. ada gak sesekali terbangun... muntah sikit.
pukul 9pg, baru dia bangun. buatkan dia air glukos pastu ribakan dia sambi breakfst. tak lama.... muntah atas baju aku. uwaa.. umi dah siap pakai baju nk gi sekolah la aqeel.
tengok dia cam ok, aku gie sekolah. setiap jam call umah. dh tak muntah, tp 'ek' 2 kali dan cair. pukul 3 balik umah, kata yanti.. aqeel baru je lepas muntah 2 kali. aku plak pening kepala smcam je lepas abis kelas td. ngn loya2.. perut tersgt la lapar, tp x de nafsu langsung nk makan.
layan aqeel jap n tak lama dia tido. tu yg sempat online ni. tp terasa kepala pusing je ni... mana lah hubby ni tak smpai2 lg..

Sunday, April 05, 2009

Konvokesyen

Emm.. dh dpt sms sebelum ni konvo 26 n 27mei. tp x dapat info penuh. Try carik kt ipis website. rupanya duduk kat bawah nun, cam tak perasan sgt la kan. Kena bayar 100hinggit rupanya nk konvo nie.. duit2.. :) dan baru le ku tahu, konvo ni konvo berpusat ipgm zon tengah. Amik jubah n raptai 26mei dan majlis konvokesyen 27 dan 28 mei. Emm.. 4 hari lepas tu 2 Jun, insyaAllah jika dipanjangkan umur, sy n hubby akan berangkat ke 'sana'. bz la nampaknya sepanjang hujung mei, ngn persiapan tak buat lg.

link konvokesyen.. -> klik sini
Pizza...

minggu lepas dok seronok buat donut. dapat lak buat yg isi coklat kt dalam.. ala2 big apple la kununnya.. ahha. jadikla ada rupa sikit2. tp tak sempt snap gambar. sbb dh x sabar nk makan. aqeel pun makan smpai coklat ke telinga. habis comot..

semalam plak buat projek pizza. dh lama teringin nak buat. tp masih x berkesempatan.
pic sebelum bakar (tak letak cheese lg) n selepas.. nyum nyum..


ni la aqeel darwisy.. emm, kalau x silap umi aqeel baru je lepas makan. lambat sikit je umi angkat periuk tu..

Wednesday, March 25, 2009

alhamdulillah... perjalanan hidup semakin lancar walaupun sesak $.. haha.. sabtu lepas gamble pegi auction kt berjaya times square. betul ke nk beli rumah dh nie. macam tak caya je. tp nak dapatkan rumah idaman yg cm nie, bukanlah senang.. memang betul2 tawakal, kalau rzki rumah tu memang rumah kami, takkan ke mana ye tak.. fuh.. lawan 7 orang, alhamdulillah dpt juga.. walaupun naik lebih dr 20k..

nie pandangn dr luar 'bakal rumah kami'.. bandar tasik puteri. 5 bilik... tp bukan main semak samun tanah tepi tu. dpt kuarkn epf nanti barulah fikir nk buat apa yg patut kt umah nie. sekarang nie kena mengumpul balik duit tuk far destination on this june. cukup duit ke tak nie... aduh.. risonya...
yg rumah bersih tu umah org lain ye.. lebih kurang camtu lah bentuknya.

Friday, February 06, 2009

batuk masih tak hilang lagi.. perit dh rasa. tambah lak terpaksa mnjerit2 kt dalam kelas. mmg perit sgt lah rasa tekak nie.
hubby masih kt penang. selagi x abih projek kt sana, selagi tu lah dok ulang alik ujung minggu. harap2 lah projek kt kedah tu tgh tahun atau ujung tahun nanti. kalau tak, kena tinggal lagi lah kami dua beranak. huhu... emm.. akan ku tunggu janji nya nk siapkan form IR lepas habis projk kt penang nie. tak tahan dh asyik berjauhan je.
nk cerita pasal aqeel plak. emmmm.. dh setahun 5 bulan. cepat betul masa berlalu. dah mula nk berfikir. ada sekali tu dia naik kereta mainan dia tu. pastu dk terjenguk2 kt bawah stereng. ingatkan apalah benda yg dibuatnya. rupanya nampak la kunci kt tangan dia... tengah dok mencari2 lubang kunci cam kereta betul tu. comel je tenguk.
lagi satu suka bukak album umi ngan ayahnya. dalam ramai2 org kt setiap gmbr tu, dh boleh carik umi ngn ayah. tp.... kalau tunjuk gmbr2 ayahnya yg zaman2 sekolah dulu... memang x leh nk cam la. even kami dh tunjuk yg mana, tetap gak dia kata bukan. sebb jauh sgt lla dh kan. dulu kurus cekeding je, ngn rambut ala2 rock.. hahaa....
bab makan plak, susah betul nak makan nasi. kalau bagi, dia akan amik sayur je. chipsmore mmg feveret dia.. satu peket dia boleh habiskan sorang. aqeel.. aqeel.. apa2pun.. umi sayang sgt2 kt aqeel tau.. muah... ;)
emm.. ahad nie thaipusam. tak taulah hubby dh balik lum. nak duduk rumah seharian atau keluar dr kaw bt caves nie. mesti bosan tahap gaban kalau duduk rumah sehari. Kalau nk keluar, kena seawal yang boleh dan carik jalan alternatif lain. ada member bagitau, bulatan batu caves tu pun tutup. maybe kena ikut jalan2 dalam selayang.

Thursday, January 29, 2009


alhamdulillah... setelah lama x masuk blog nie.. dn smpai lupa pun password. :)

huhu.. akhirnya dpt gak mengaktifkan balik. aqeel pun dh setahun 4 bulan. dah besar dah. dan makin aktif, kekadang smpai x larat nak melayan. hrp2 la aku rajin mengupdate pasni..


Wednesday, November 07, 2007

Tersentuh bile baca tazkirah dibawah
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke Dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para Malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke Dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab : "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi : "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

Bayi bertanya lagi : "Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"
Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengar penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

Bayi bertanya lagi : "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?" Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

Bayi bertanya lagi : "saya dengar bahawa di Dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan melindungi; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam diri dan jiwanya"

Bayi berkata : "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu" di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat didengari, dan sang bayi bertanya perlahan-lahan;

Bayi bertanya : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"
Tuhan menjawab : "Kamu akan memanggil malaikatmu itu : "IBU"

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah ibu sepanjang masa...Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para Ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak dan dalam melayani mereka yang sedang membesar...sesungguhnya "SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKIMU"
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Penciptamu dan Dosa-dosa silam
4) Disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu

Friday, August 10, 2007

adehh.. dekat setahun rupanya tak update blog nie. dn dh hampir2 setahun gak la sy jadi isteri kepada x-tunang sy.. :) dan saat2 yg ditakuti hmpir2 tiba. sebuln je lg tuk smpai ke tarikh 11 sept. harap2 sy dn baby kt dlm kandungan nie selamat dn sihat.
emm.. nk citer benda yg dh lps. sy ada interview kt kl 1 ogos lps. walaupun x larat, dgn perut yg dh makin memboyot ni.. sy gagahkan jua. pas interview, x-tunang bawak sy gie makan nsi ayam kt pd. boleh thn gak sedapnya. tgh2 dok mkn tu, en. ajmal tanya.. nk gie jalan tak. ingtkan jalan mana. rupanya dia kena pegi JB lg ptg tu. aduss.. pg tu pukul 5pg br smpai umah dr JB. nie nk kena pegi lg. sy yg dh rs tak best.. ye la, br nk bermanja2 cuti sehari nie dh kena gie jauh balik. uhukk.. dn sy ngan selambanya ckp nk ikut gi JB. dengan sehelai sepinggang lah sy ikut x-tunang sy nie smpai ke JB. sempt pinjm suar ngn baju kakak ipar kt subg. hehe.. yg plg risau gak kalau terbersalin kt mane2. :) pg 2 ogos tu, sy ngn x-tunang kuar gie care4. carik baju n suar sy.. sbb sungguh tak snggup tuk berseluar ala2 amoi had betis... cukuplah hanya di care4 JB. hrp2 takkn terjumpa org2 yg sy kenali dn yg sewaktu dengannya.

balik dr care4, sy cdg nk gie umah ina sementara x-tunang gie keja. tp tetiba lak x-tunang dpt call yg masuk api ptg tu tak jadik... grrr.. maknanya sia2 lah dtg JB ari tu. sy yg geram kt tnb, camnelah boleh jadik camtu. x-tunang relax je dn dia ckp, ok gak bole jalan2 pusing JB...
pastu terus kemas2, gie umah ina.. rindu tul ngn dia. lama sgt dh tak jumpe. dah 2 org anak dia. comei2 lak tu..

Monday, August 28, 2006




cuti hujung minggu lepas...
teringin mkn kek.. beli kek kt la boheme jj..








cheese cake.. nyum..nyum..







fruit cake.. strawberry, peach, kiwi fruit etc...
x sempat nk snap cantik.. org tu dh x sabo nk makan..
















makan kt dave's deli... sedapnyerr.. bile turun kl je la dpt mkn sesedp cam nie.. kalau kt sini, kfc je yg ada..

Monday, August 14, 2006

hari ke-3 kt kl.. program shopping bermula.. setelkan barang yg lum beli lg. memula gie jln brunei, nk tempah kad. emm... org kata byk kedai kat situ, asal sy jumpe satu je. musykil gak. dh malas nk pusing2. masuk je la kedai tu. tp puas hati lah harga nye. sebesar A4.. siap printing+sampul bole dpt bwah Rm1.. setel satu benda...hehe.. tempat seterusnye ke lowyat. beli brg2 office yg dh kehabisan sambil survey laptop. pastu, next location is klcc.. fuhh... sib baik la jln shopping ari isnin. takde la kebanjiran manusia yg pelbagai bangsa dan ragam. emm... sampai je klcc, terus gie kedai yg dicari.. 'mimosa' hehe.. mmg puas ati.. pastu gie makan sizzling mee kt food court. emm.. tak setanding kt jusco klang gak la.. pstu terus gi jln tar. dapat gak setelkn 90% barang yg nak dibeli. urghhh.. penat gile. sempat jumpe ifa sbb nk bg baju n temankan dia berbuka. fuhh.. bestnye borak.. dah lame x borak ngn member2 lama. tau la sikit khabar member2.. yg dh kawin.. yg dh ada anak..
5-6ogos 06.. fuhh.. lega sesangat bile dh buat kursus k***n.. org kata, bile ikut kursus ni.. bosan gile babas. kalau silap org, mmg bole tido. tp bile aku prgi kursus ni kt lppkn... sape yg tido tu, mmg tak tau nak kategerikan dia nie spesies camne. sebab memang best.. gelak tak habis sampai sakit rasa tulang pipi sepanjang dua hari tu... tak rugi la kalau terlupe nk beli gula2 tuk hilangkan ngantuk.. huhu... dn yg paling best, bile abg puji sbb pilih tempat kursus yg best camni.. ehem.. tengok la sape... haha...
ari ahad, tengahari tu.. terasa cam nk pitam sbb duduk dekt ngn speaker. pastu ajak abg makan kt luar sbb x sanggup nk sesak2 amik makann. try la makan nasi +sup daging kt medan mara ngn laicikang... uwaaa... best giler sup nyer.. rsa cam nk tambah je lg, tp sbbkn rehat 1 jam je plus ngn solat zohor. terpaksa la melupakannya. ptg tu bile habis kursus, kuar je.. mak aii.. ramainya mat2 motor berkumpul. nk tengok race ghupenye. sementara tunggu reda, ajak abang makan sup lg... ptg tu mintak sup perut lak...hehe..ngn laicikang lg.. meleleh lak rasa sekrg ni.. nk makan lg.... :)

Thursday, July 13, 2006

3 hari dok berulang ke klinik... dh masuk 3minggu batuk. tu yg kene check kahak. takut kene tb... skrg nie dok tunggu result, hrp2 takde ape lah. pastu lak, nafsu makan pun dh turun. camne lah nk besaukan badan kalu camni.. uwaa... ade petua tak???
kesudahnnya..dh masuk dua ari puasa.. dh nk bulan rejab dh nie. br dok sibuk ganti pose.. :) semlm balik umah, kene masak sendiri tuk berbuka. nie lah nasibnyer kalu emak bz memanjang.. emak smpt kuarkan ayam je. emm.. masakn plg simple dn senang je la yg sempat. buat nasi paprik + tempoyak. huhu... sodap la gak wpun x dpt rase ms masak tu(puasa mane bole rase... ye tak).. ahaha.... puji sendiri jap..
ptg nie, tgh dok fikir nk makan ape... kalu mak x sempat masak.. beli je la gamaknya. takde mood plak nk masak ptg nie..

Friday, July 07, 2006

ahad, 2july06..
Photobucket - Video and Image Hosting
emm.. seawal 3pg dh terjaga.. huhu.. gara2 selsema...
x de yg best ari nie. 1st time drive jauh.. antar adik ke melaka... penat bole tahan gak la..
dekat kul 7, smpai umah kakak.. fuhhh.. sempat gak la mengejar masa tuk tengok wayang mlm nie.. mandi, sembahyg.. abg smpai je terus mc d drive-thru. ape yg sempat makan.. janji perut berisi.. haha... tp yg tak tahan tu, betapa la penatnye.. tak mule pun lg superman, dh tetido.. pesan kt abg, bile superman muncul, baru kejut.. haha... buang karen je bwk sy gie tengok wayang.. hehe.. tp bile superman dh kuar.. hilang dh ngantuk.. :)
sabtu, 1jul06- ari ni ada jemputan kawin member pid kt bdr tun razak, pahang.. tp, tak tau dpt gie ke tak.. kene tengok abg dulu abih keje pukul bape. emm.. pg2 lg dh boring. pukul 10, abg call nk service kete company dia sbb x leh nk locked. janji ngan abg kt area subang jaya. rasa tak nak susahkan abg, beranikan lah diri drive ke subg jaya wpun tak reti jalan. abg dh bagi direction.. beranikan la diri. kalau ikut nkve dan exit kt subang jaya dan pas tol, amik jalan kanan.. tp ughh.. cam tak betul je bile tengok signboard arah ke subang. pastu smpt la jeling signboard jln ke kiri tu.. subang jaya. emm.. bile laluan rase cam pelik je tak pernah lalu, call abg.. uwaa.. sah la mmg salah jalan. siapa harus dipersalahkan? huhu...sib baik abg ngaku salah.. dah le kredit lak tinggal singgit. bile jumpe abg, sy mule la membebel... haha... saje bg abg rasa bersalah. cuak gak. sesekali nakal sikit.. ahaks.. terus follow abg ke tmpt service. setelah berunding itu ini, ptg br siap.. emm, mmg sahla x dpt gi kenduri. terus ajak abg gi jln pudu nk servey kad. sane sini jln jammed... urghh... tepat pukul 1 br smpai jln pudu dan kedai pun dh tutup... misi kedua juga tidak tercapai... misi ketiga : ISI PERUT yg dh lapar gilerr. terus gie sogo pekena sizzling mee. bole la... jatuh no.3 kot. kt jusco klang gak yg d'best.. huhu bg sy ngan abg la.. org lain tak tau plak.. mid valley jatuh no. 2.. huhu...
nak beli kasut yg aku dah brkenan ari tu masa dtg ngan my sis, tp sedih gilos bile saiz dh takde. yg display je tinggal pastu sebelah kiri ketat dan yg dispaly blh kanan tu longgar giler. maklum le, bile dh display ni, x tau la bape ramai yang pakai. dr saiz sekecik2 sampai la sesebasr2 kaki.... pastu terus ke jln tar ngn semua house. kali ni dtg terus je beli.. sbb dh usha2 dulu sebelum nie. hehe.. dpt gak beli 'cekak spider' tuk nikah nanti.. ahaks.. beli mahal2, sape lak yg pakai pas nie.. emm.. atau sewakan la kt sesape nanti..
ptg terus gie mutiara d'sara. cdg nk tengok wayang kt tmpat baru, cathay cineplex. nk tengok sgt superman returns... tp tuk ptg semua dh sold. em.. nk tengok citer lain, cam tak best plak. lastnyer, beli tiket tuk esok mlm...

Tuesday, July 04, 2006

huhu.... lamenye tak update blog.. ntah le. idea mengarang nie dtagnye di waktu malam. bile siang je.. semua dah lupe.. haha.. nmpak sgt la dah semakin bertambah umur ku ini.. dah dua bulan rupenye mase berlalu, emm.. rase cam baru semalam...
emm.. nk citer la sikit last week nyer citer.. huhu... ari jumaat pas abih keje 5.30, terus drive ke kota damansara. my sis ajak singgah tesco dulu sebelum smpai umah akak. emm... carik brg2 dia... uhuk.. sib baik ada kakak cam aku ni yg nk membayarkan brg2 dia. sebelum tu, cakp awal2.. tak lebih rm50.. haha... dh setel sume, terus balik umah kakak. emm.. nk dijadikan cerita, sampai je simpang nk masuk umah kakak.. aku rase pelik plak bile ade orang yg tgh bwk motor dok pandang arah kitorg je.. ade aku buat silap ke. pastu bile aku sedar, mak aiii.. ghupenyer aku lupe nk pasang lampu. betul2 ler aku nie. camne lah boleh tak pearsan. mentang2 la kt kaw. bandar yg dikelilingi lampu jalan. kalu ingat balik.. malu nyer rasa. sib baik lah tak jadik ape2.. huhu... sampai je, abang pun sampai, tak sempat naik umah, terus gie makan jap ngan abang kt ss.6. try rase nasi goreng cendawan. yg aku terbayang, cendawan tu campur sekali ngan nasi goreng tu. tp bile dpt..fuhh... best giler tengok.. cam mushroom soup+hirisan mushroom. dan bile rase.. mmg best.. abang pun jeles je nengok aku makan.. haha...

Thursday, April 20, 2006

Image hosting by Photobucket nielah teddy bear yg sy dpt mase beli contact lens ari tu.... dh x rupe bear sbb dh kene peluk setiap mlm.. hahaa.. kesian awak ye bear, sape suh awak cute sngt.. nie bb hari nak turun kl.. uhuk.. sian awak tido sorg2 nanti.. takpe.. nanti saya bg awak teman2 cam awak yg ada kt atas meja tu.. (diorg tu dh lame.. dulu kene peluk gak.. pastu bile dpt yg baru.. awak la tu, tempat diorg kt atas meja.. sbg hiasan.. sian diorg) tp jgn ngorat2 pulak ye nanti... haha...

Monday, April 10, 2006

'asal lame x update blog?, dah x tau ape citer skrg' laaa... ade org bace blog sy nie rupenyer.. uhuk.. terharu lak rase.. rindunyer kt kawan lame..
bukan ape.. nk kata bz.. mmg bz pun. hehe.. em, nk citer sikit from two weeks ago... ups.. lamenye da.. ari isnin 27mac, sy gie interview kt putrajaya. kecut maa.. interview ape lak nie kan. dh le dpt call on 24mac. pastu lak suruh bawak report kemajuan sepanjang tahun 2005.. grr.. ari ahad tu, sy dh servey jln dr kota dsara.. nk ikut jalan plg senang dan tak jammed.. dan seawal pg isnin tu, sy bergerak kul 6.45, biarlah smpai awal.. rupenyer ada masalah yg melanda diri sy ari tu.. sy br beli contact lens sehari sebelum tu, sbb yg lame mmg dh tinggl sepsg, tp sebenrnye, sy tertarik ngn brg free dia.. hehe free teddy bear. tu yg nk beli gak..hehe.. tp uwaa.. pastu bile sy pakai pg isnin tu.. nape lah tak terang... nk tengok signboard, sume nmpak blur2.. x nmpk tulisan.. sy kene tambh power lg ke. teruk dah nie..
em.. abis je interview, terus balik umah along. cdg cam nk jalan2, tp badan lak rase x selesa. rupenye nk demam, mlm dh mule batuk2.. pg tu, gagahkan diri drive sorg2 balik kg. rase pening thp gilerr spnjg perjlnn, pastu lalok2 pas mkn panadol, tp alhamdulillah selamat gak smpai kt kg.
pastu... bz.. bz ngan keje... dalam keadaan x sihat dua minggu.. minggu nie lak ulang-alik hospital. buat medical check up. letih rasa...

Wednesday, March 08, 2006

>> Kisah Kentang <<
Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu kantong plastik transparen bersama dengan beberapa buah kentang. Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.
Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam kantong plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci.
Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa kantong plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1minggu.
Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan. Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Gurubertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang2 tersebut selama 1 minggu ?" Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.
Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan" yang mereka jalankan. Si Guru berkata : "Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain.Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian itu seumurhidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya ."

Thursday, February 16, 2006

wait.... wait... and wait... tension tul. tahap kesabaran aku pun dah ke tahap plg minima. janji minggu ni dh leh amik kamera, tp ari ni dh khamis.. bile call, katanye masih belum dihantar balik. aiyaaa... dah ari ape ni maa.. lu bikin cakap apa minggu lepas.. ini minggu sudah boleh ambik.. sakit hati betul la nie. tak pepasal aku tinggikan suara... bile dh jadi macam nie, kebarangkalian aku tuk beli barang lain kt kedai ni dah takde kebarangkalian lg dah 0%. ape lagi nk promote kt org lain.. minta maaf lah...
eemmm... tak tau la nape moody sgt ari nie. rase nk marah je.. betul la org kate, bile bangun dr tidur sesuatu yg x best berlaku.. mmg la sepanjang hari jd haru biru. ni gara2 dpt msj seawal pg la ni.. dah le tido lewat semlm, tgh besh2 tido....tetibe dpt msj kul 6, tanye pasal kelas. mane tak sakit hati. kalau tak salah, semlm dh bg tau kul bape kelas. kalu sekali je aku ckp, bole gak terima. ni 3x dah aku ckp.. sabo je la. mayb gak aku marah sgt sbb selalu je budk ni msj aku mase cuti2.. tgh seronok cuti, tanye pasal kelas. macam x biasa lak kelas hari ape kul bape..?

Wednesday, February 08, 2006

isyk..isyk... bile la camera aku nie nk dpt. tension tahap cipan dah ni. lame betul diorg nie cuti ghaye... betul ke x abih cuti lg.. atau alasan semata. uwaa...

Monday, February 06, 2006

28hb-1feb: sepanjang cuti chinese new year... aku turun kl... tp best gak jaln kl waktu camnie. semua di sponsor.. dr breakfst sampai la dinner.. hehee.... dan dapat la aku membeli barang sikit.. dua barang dah setel. dan banayk sbnrnye nk citer, tp x sempat da...

Thursday, February 02, 2006

23hb jan - 26jan...
penat gak sei sepnjg kursus kt royale bintg hotel... cam biasa la, kursus dr kul 9pg sampai 11 malam.. wpun aku setakat jd mentor, kene la gak turun tepat pd masenye... tp yg buat aku x de mood di hujung2 hari kursus, bile dapat tau yg claim aku x smpai ke 'pihak berkenaan'... (uwaa... dh le aku turun kl ngn duit cukup2 minyak kete pegi balik.. grr....) dh hujung bulan nie. patutle semua dh dapat gaji.. yg aku nie dok tunggu cam tunggu bulan jatuh ke riba sbb ingtkan lewat la sikit.. x kisah la. rupenye, mmg x de harapan la nk dpt gaji dalm waktu terdekat nie. bila aku cek balik email, ade je aku attachkan sekali claim tu. camne lak 'pihak berkenaan' tu kata x terima email dr aku. musykil bin ajaib. adakah kemajuan dan teknologi cam email sekarang dh jadi cam surat yg dihantar tp tidak sampai ke penerimanya?? :(
sampai le ari khamis tu.. tak habis2 aku dok membebel dalam kete. sorry ek kawan yg tumpg kete aku balik tu, series... aku bengang giler.
reasons: 1) dh lame ngidam prosperity burger, ingtkan nk singgh mcd ss 6 sebelum balik. nk mkn burger..

2) aku nk turun kl lg raye cina nie..
3) aku nk beli barang hantaran
4) dan... duit aku kt wallet cukup duit minyak kete ngn makan sikit.... huwaaa...

pengajaran buat aku: -kene gak aktifkan balik kad bcb aku supaya tak menghrpkn maybank semata

-terlalu baik la sebelum nie, dpt gaji je terus masuk asb.. pastu bile dh masa2 kritikal camni, buku asb x bawak.. eemm...

Saturday, January 21, 2006

emm.. pasni seminggu la x online nie. esok dh turun kl sampai khamis. jd mentor tuk program usp kt bukit bintang. nasib baik kt kl... kalu jauh fikir gak dua tiga kali nk gie ke tak... dan pastu keje ari jumaat sehari.. terus cuti raye cina.. rancang raye cina ni nk turun kl.. tp bile camnie, letih lak tetiba memikirkannya. dok ulang-alik je la next week... :) nk buek camno... tp tgh byk program nie, tetibe lak kamera buat hal.. rase nk campak2 je kamera tu. tp fikir lak.. rosak lg teruk karang, naye..
~harap2, cuti hujung bln ni, ada la kesempatn nk jumpe member2 lame mase belaja dulu... nak lepak2.. rindu la kt kowang.... husna.. ida.. ifa dll.. miss u all.. mmmmuahhhh.....

Friday, January 20, 2006

ape yek nk type kt blog nie.. banyak story sepanjg seminggu x jenguk blog nie, tp sbb tahap kecekapan dan kepandaian mengarang ayat yg besst2 ni dh kureng.. tu yg tak tau nk taip ape..
3hari lepas bersamaan 18jan06, nenek selamat balik dr menunaikan haji.. alhamdullillah sihat dia, cume batuk2 yg katenye x hilang2 lagi dr sane.. musim nie ramai sedare yg pegi haji +nenek ngn atuk sedare +pakcik ngn makcik... rase cam raye plak ramai2 gie satu rumah ke satu rumah bertanya khabar... :) dapat kain tudung, sejadah comei dan ..... bile ek diri sendiri nie nk gie lak. dgr citer dr org
je skrg nie.. kalau dapat la, gie waktu muda ni... masih kuat....

Friday, January 13, 2006











urghh... mati kutu dh rasenye bb bulan ni bile pc rosak. ari tu dh ganti power supply, dua ratus lebih gak la kene.. alasannye, i brand (yg jenis cpu kecik je tu).. mahal ckit. dah le aku ni tak reti sgt mende2 dlm tu.. suke ati je nk ngenekan aku ek. leps ni, x de la aku nk antr kt kedai mu tu lg.. ha aha.. :O pade muke mu..

sekrg nie, aku layan si cute fifi.. hehe.. tak larat la dh cik mi nk dokong fifi je ni.. letak atas tilam je, menangis.. manje betul...

Friday, January 06, 2006


31Dis05.. detik-detik akhir sebelum berakhirnye taun 2005 dan datangnye taun 2006... dah tercapai ke semua azam taun 2005?? hehee... tp tension lak di penghujung hari 2005... urghhh.. jammed kt sg buloh.. tak pernah2 lak kene kt situ.. dah la ngan sejuk2 hujan, sampai cramp kaki. nie lah sedihnye kalu drive sorg2.. x de teman berborak, hanya layan radio di tgh kesesakan... spt kata amin...' nak je aku bakar semua kete2 depan nie..'

Tuesday, January 03, 2006


fuhh.. penat sei turun kl 3 hari... penuh ngn xtvt.

nk cite panjang.. tp bz lak ari nie kene buat report sepnjg taun 2005..
tp yg bestnye............. aku dpt present.. thanx!!!!
dah lame mengidam nk beli white gold.. tp x tercapai lg..
tup2.. dapat lak...

What is white gold? :

White gold is an alloy of gold and some white metals such as silver and palladium. White gold can be 18ct, 14ct, 9ct or any karat. For example, 18ct yellow gold is made by mixing 75% gold (750 parts per thousand) with 25% (250 parts per thousand) other metals such as copper and zinc. 18ct white gold is made by mixing 75% gold with 25% other metals such as silver and palladium. So the amount of gold is the same but the alloy is different.
Traditionally nickel was used in white gold, however, nickel is no longer used in most white gold made today as nickel can cause reactions with some people. We do not use nickel in our white gold.
When white gold rings are new they are coated with another white metal called Rhodium. Rhodium is a metal very similar to platinum and Rhodium shares many of the properties of platinum including its white color.
The rhodium plating is used to make the white gold look more white. The natural color of white gold is actually a light grey color.
The Rhodium is very white and very hard, but it does wear away eventually. To keep a white gold ring looking its best it should be re-rhodium plated approximately each 12 to 18 months. Most local jewelers are able to rhodium plate jewelry for a cost effective price.

Friday, December 30, 2005

29 dis.....
alhamdulillah......... aku dpt dua baby ari nie.. hehe.. baby girl (anak buah yg pertama=anak kakak) dan sorg lagi.. baby cam. (baby cam=digital camera) yg dh lame sgt aku idamkan. x sangka lak, aku beli dgcam ari nie pukul 3 ptg same ngan tarikh dan waktu akak aku bersalin... x sabrnye nk tengok baby bucuk...
sbnrnye.. aku nk beli nikon 4mp. nk beli 5mp, x de duit lak.. beli lah ape yg termampu. tup.. tup.. bile masuk kedai tu, member aku dok goda2 aku beli samsung 5mp. tgh offer katanye... pastu lak.. nikon x de... nk gie kedai lain, tak dapat yg harga berpatutan cam kt kedai nie.. fikir2.. aku tengok samsung nie... comei gak. pastu functionnye pun lebih ckit berbanding nikon 4mp..
dan hasil kepakaran aku ngn member menggoda dan membodek.. hehe.. member beli peti sejuk dapat kurang ~rm200.. dan aku beli dgcam dapat kurang ~rm100 + memory card dpt kurg ~rm40.. hehe...
dan sempat gak aku repair kete jap sebelum balik umah.. bole lak mekanik tu tanye aku.. dah bape lama aku pakai kete tu.. em.. aku cakap la 6 bln. pastu dia tengok plat.. baru lg ni. dia kate.. (ape ntah, aku mane tau sgt pasl2 kete ni...) longgar dan kene ketatkan.. aku cakap gak, bunyik tu dr mula aku dpt kete lg dh ujud.. cume sejk akhir2 nie je, perasan makin kuat... pastu dia senyum2.. (adakah di fikirannye: aku seorg yg ganas membawa kereta?) haahaa...

~~~ cantik menarik tertarik.... kau memang d' bomb.. ~~~

Wednesday, December 28, 2005

nie dh kira bukn sedetik yg lalu... tp seminggu yg lalu.. hehe..
25hd dis
3 umh kenduri aku pegi ari ni. yg bestnyer.. semua kawan2 lame mase tadika dan sekolah rendah (zaman-zaman hingusan dulu.. kui kui...) semakin ramai melepskan status bujang dan menempuh alam rumahtangga. hehe.. aku bile ek. tengok diorg kawin ari nie, rase x sabar lak nk mengikut jejak langkah diorg.. em.. kaler purple semua tuk hujung taun 2005 nie... nice gak. dan mese nie lah.. aku terjumpe kawan2 lame dulu. sekali dh jumpe yg sekepala lak tu.. apalagi... kecoh meja... hehe.. tp best. aku rindukan saat2 nie.. pas je setel semua umah... aku bwk member2 gie jalan2. cadngnye nk lepak kt pantai hj dorani.. lem giler dah x gie sane. pastu yg kelakarnye.. aiyaa.. perubahan yg besar kt situ. camne aku leh tak tau. dh menarik dah.. siap ade chalet. lepak dan dok berborak smpai pukul 5.. on d way balik, singgah lak pantai bno.. lapar punye pasal la nie. dh terset kt kepala, nk makan hailam.. terbayang dh udang2 besarnye.. tp bile tengok ramainye org, terpaksa la melupakannye. mkn laksa pun ok gak.. dari membiarkan perut kelaparan satu jam..

Friday, December 23, 2005

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama ~ Hamka

Tuesday, December 20, 2005


di saat aku tgh boring... nie lah hasilnye....

Saturday, December 17, 2005

Seorang gadis itu ...

Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ...
telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka,
sedalam duka, ceritera hidupnya...
seorang gadis itu ...hatinya penuh manja, penuh cinta,
sayang semuanya, cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah,tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji,itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

kerna seorang gadis itu...
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan...

Friday, December 16, 2005


emm.. br dpt gaji okt sabtu lepas.. tup2 ari ni dh masuk gaji tuk nov.. bestnyerr.. awal lak masuk bulan nie. tp same gak pun sbnrnye.. bulan lepas sampai sakit dan kering poket, kene la buat loan dr emak sikit. pastu bile dapt gaji nie, byr balik.. cepat/lmbt gaji, perjalanan duit tetp same.
dpt la aku turun new year nanti dan dapat la jumpe tunang. ehhe...rindu lak tetibe wp baru dua minggu x jumpe. sedih gak kekdg.. kalau couple lain bole jumpe tiap2 hari.. tp aku.. sebuln sekali br jumpe.. :( cam ne pun, kene la terima...

Wednesday, December 07, 2005

emm..... :( x de yg best tuk bb ari nie.. reason :- gaji tak masuk lg.............uwaaaaa.. jd, x de lah memanjangkan kaki untuk berjalan atau merayau2 di kota sabak atau sg besar dan memanjangkn tgn tuk beli benda2. macm yg org biasa kata 'no money no talk la....' hanya kuar rumah tuk gie keje sejauh 14 km.. isi minyak kete rm15 bole lah tahan tuk seminggu gie office. haha... sian betul kt diri aku nie. nk kuar asb, syang je rase sbb dh hujung taun. paling2 tidak boleh la dpt dividen dekt2 2rat.. x lah banyak mane pun duit saving..

Monday, December 05, 2005

alhamdulillah... hari ni barulh rase relax ckit. majlis aku dh setel, lawatan dari intan dn rombongan dr oversea dah, dan kenduri umh abg ipar kt raub pun dah. dapatla h bernafas ckit wpun disaat kontang kewangan. GAJI OKT BILE NK DPT NIE!!!!!!!!!! sabo je la.. dh la dok teringin nk mkn pizza ngn mc d ni...
3-4 nov..

sabtu tengahari, aku gerak gie kota d'sara ngn mak, abah n adik. singgah ss 6 beli maknn tuk lunch... sampai umah, rehat jap sebelum janji nk kuar ngn aj. dan bile dh masenye... bile janji mcm janji x leh pakai, aku pun apa lagi lh... meletus lah perang. pas semayg maghrib kt masjid shah alam baru aku boleh cool ckit. pastu terus gie umah husna, segan gak la. cam bkn open house je sbb dh x de org.. segan la nk mkn banyak.. hahaa... pastu terus gi ss25, antr seluar jeans adik aku. sempt la masuk office dia. boleh thn gak la luasnya.. mlm nie kuar x leh balik lewat. mklum la mak ngn abah ada.. hehe... amik adik yg dr melaka kt st. universiti terus balik kota. emm... cam x puas je dating. dah le jumpe sebuln sekali. sampai je kota, tetiba teringat emak pesan suh beli beras.. aku suh adik aku naik dulu, aku nk gie kedai jap, hrp2 kedai x tutup lg lah.. aj yg asalnye nk terus balik, x jadik sbb nk temnkn aku gie kedai dulu.. haha... plan baik punyer... alang2 terus isi minyak tuk esok gerak ke raub..
ahad-8.00pg dh mule gerak. kate emak, takut x jumpe jalan dan takut sesat.. labih baik gerak awal. ikut saja lah... lebih kurg 9.30 dh sampai raub dah. emm... dah alang2 tersampai awal nie, ronda2 pekan raub dan gie pasar tani kt situ. sempat gak aku tanye polis kt situ, arah umah abg ipar aku nie. pernh dtg sekali je dulu mase mengiring kakak aku 2 taun lepas. mane nk ingt jln.. pas tu yg bestnye, muda lg dan hensem+comel lak polis tu. bukan sorg.. dua2 org comel.. haha.. sempt gak aku nie...
dok tunggu pengantin smpai kul 1, x smpai2 lg.. terus balik kota.... ingt nk tido jap sebelum balik kg. tp bile aj ajak gie mkn.. hehe.. ade can la jumpe lg seblum balik. pas mkn laksa kt ss6, sempt ronda2 lg... pukul 5.15 br sampai umah. emak dh senyum2 penuh makna. hehe.. sebabnye, td mase kt raub cam confident je ckp ngn emak, x jumpe dh ptg nie. dan kebetulan lak mase kuar td, emak dh tido... pukul 9 br sampai kg sebb singgh kuala sngor ngn sg besar jap.. penattt....

Friday, December 02, 2005

terlalu banyak cerita.. tp x sempat nk isi kt blog nie.. masih bz ngn keje kt office. harp2 ade lah satu mase nanti nk update blog nie..

em.. gambr terbaru..

Friday, November 25, 2005

emm... x sempat la nk update blog.. bz bangat la minggu nie. bz ngan persiapan e-day.. ehem.. ngan ade lawatan dr intan nxt week... letih maaa............ arghhhh......

Tuesday, November 22, 2005


tetamu yg ditunggu2 tak sampai2.. kalau lah aku tau td, tak de lah aku berkejar dr rewang umah nenek aku dtg office ni. dan sempat aku mengisi perut yg sememangnya dh kosong waktu tu. nie apa yg aku dapat bile perut dah kosong bangett... uwaa....gastrik aku dh dtg. pedih wei... aku beli susu kotak kt kedai sblh pun x dpt nk hilangkan kelaparan yg melanda. balik umah ni x de makanan lak..x de sape yg nk masak sbb semua gie rewang.. kene la tunggu kenduri mlm nie.. :(

Saturday, November 19, 2005

18/11/05.. emm.. kalu semalam pas je keje, aku bekejar ke sabak, umah my bloved grandma.. amik dulang. pastu x sempat pun nak rest lg bile sampai umah, dapt berita lak yg my cousin masuk sepital. aduh.. br baring jap, emak dah bising suh siap2 nk gie hospital. aku yg setakat ade kete kecik nie tumpangkn lah pakcik makcik aku sekali. dan aku hanya mempelawa mereka yg x kutuk kete aku. yg pernah kutuk2 kete kecik aku nie, usah harap la aku nk offer menumpgkan diorg.. kdg2, aku ni thp jahat gak. tu la org kata.. org berbudi kita berbahasa, tp kalau dh org tu x berbahasa ngn kite... fahm2 je lah..
dan hari nie, abis je keje.. sampai umah, adik bongsu aku dah siap masak sambal udang. boleh tahan gak masakan dia setelah kene bebelan aku ngn emak. sebelum nie, nk goreng telur pun suh org. dan ni bile cuti sekolah ni.. aku bebel+basuh la apa yg patut. aku ajar sikit2 bahan2 asas tuk masak.. dan camne lak nk masak. (*cam lah aku pandai sgt masak.. hehe.. tp boleh lah kalau setakat nk buka gerai tepi jalan... :-o).
back to my story.. pas makan aku basuh kete. malu lak rase tengok kete sendiri yg berdebu tu. around 3pm, baru kuar umah, amik makcik aku yg nk tumpang gie umah anak dia kt teluk intan. sempat la ala2 beraya kt umah sepupu aku nie. ehehe... yg kelakarnya, aku isi minyak setakat rm15 je.. boleh lak makcik aku nk bg duit minyk rm20. x nak la aku. aku pun mmg nk gie t.i. dan aku mmg ikhlas tumpgkan dia. bile aku tak nak, pandai pulak dia bg kt adik aku yg masih x pandai lg nk menolak. erm.... sabo je la...

masuk je pekan t.i ... mcm biasa kene tawaf 3-4kali tuk mencari parking. "susah tul parking kt sini".. ayat yg aku sendiri dh bosan tuk dikata bile dtg t.i nie. tp aku terpaksa juga tuturkn bile dtg situ... tempat pertama aku tuju, kedai bunga. not bad la.. lebih kurg kl. banyak sikit choice dr sabak n sg besar. hampir sejam setgh aku kt kedai ni, sambil2 curik idea (kui..kui..) dan memilih bahan yg sekaler dan sepadan. (org x de pengalaman cam aku nie mmg bagai org biul je fikir nk bg gubahan yg cantik dipandang...).. kedai kedua yg aku tuju, kedai kek. order sekali, minggu dpn dh tinggl amik je. senang citer... pastu, masuk fajar beli coklat. lame gak fikir nk beli yg camne.. sbb sebelum nie dh plan beli ferer roche ngn cochclair (betul ke ejaan nye ek..). tp bile nmpak coklat yg lain.. ade yg lebih menarik lak dr choclair.. hahaa.. ntah ape2 ntah aku nie...
sampai sabak pukul 7.30.. singh semayang jap, pastu belanja adik aku yg sudi menemankan aku ari nie..

*p/s : sesape yg merancg nk betunang dan nak kawin tu.. siap2 la kumpul duit. sebut cam senang, tp bile sampai waktu nye.. mmg banyak kene kuar ongkos.. hehee...

Wednesday, November 16, 2005

keje aku ari ni, update lamn web.. pastu dh thp bohsan yg maksima. ape lg keje aku... edit gmbr2 kt photoshop.. nie lah hasilnye. dan.. pelik tak, semua kaler hijau lumut. nie la kaler aku taun nie. tak tau nape mint sgt kaler nie. baju raya camnie gak..yg nie baju adik, pinjam senyp2.. hahaa.. dan tuk E-day aku nanti pun, aku buat baju kebaya.. kaler hijau lumut gak. kui..kui..

Tuesday, November 15, 2005



hehe..cantik tak...
em...dok search ari ni.. terjumpe lk sesuatu yg menarik (baju nikah+wedding). tetibe tertarik lak ngan kaler choc gold tu.

Monday, November 14, 2005

aku masuk keje pg minggu nie. cepatnye masa berlalu.. aku rasa cam br je isnin lepas, dok mengukur panjang mane jalan tar, menjejak bape tingkat semua house dan sogo.. masih terase lg penatnye. tup..tup.. dah seminggu berlalu. preparation? urghh.... tension rasenye bile member dok asyik tanye, dah buat lum gubahan tuk 27hb nanti. x de idea nk buat camne... pastu bile search internet, macam2 lak jumpe sampai x tau nk pilih yg camne. banyak lak yg cantik2. tp kene la fikir barang2 tuk mancatikkan lg gubahan tu. renda, reben, bunga etc.
emm... tengahri, aku ngn nurul dpt jemputn jamuan raya kt iljas. nape lah diorg nie baik sgt kt kitorg. rase segan je. datang sini kerapkali dah bawak makanan. kerepek lah.. tu lah kate org, student yg sentiasa ingat kt guru..kui kui kui... sampai je, makan laksa. mak uii... sugguh kau dia nye laksa. memg best x leh nak ditafsirkan dgn kata2. urmm..makan dengan penuh nikmat.. dan aku rase cam pernh makan laksa rase camni. dan bile aku ingt2 balik, mase kt sek. rendh agama. aku ingt lagi, sape yg buat laksa tu.. wak mus, sekrg dh bisnes pau. mmg x leh lawan la laksa dia. dan hari nie, setelah 12-13 taun, br aku jumpe balik laksa rase camni.. aku dh cube buat, tp x bole nk dpt rase yg kow camtu. hehee...nasib baik la aku amik banyak sekali, kalau sikit td, nak tambah lg segan plak..haaha...
balik office, kemas2 ckit.. terus kuar gie sg besar. cadang nk servey brg2 tuk hias hantaran nanti.. tp.. servey 3 kedai.. mak uii, x sangke lak jauh gilerr beza harga kt sini banding kt kl. kalu lah ku tahu... em..dh lepas, buat per nk dikenang. tengok lah nanti, aku servey kt teluk intan plak. kot2 dpt murh2 ckit. bole gak aku servey kek sekali.

Friday, November 11, 2005

bila org yg kita sayang terlalu mengambil berat ke ats diri kite.. alangkah bahagia rasanya diri ini.
hargailah segala kasih sayang yg kita perolehi dr org tersayang kerana bukan semua org akan dapat seperti apa yg kita dapat sekarang ini...

Thursday, November 10, 2005

teman ketika kita gembira, mmg senang nak dapat. tp...... untuk dpt teman yg setia ketika kita berduka, amatlah payah... aku rasainya ketika nie. rase sedih sgt.. x de kawan nk borak, duduk bersama, bercerita, berkongsi masalah dan menangis bersama. aku dh bosan sgt rs sekrg nie... aku rindukan kwn2 mase study dulu.. susah senang sentiasa brsama. tension je, window shopping, pastu tengok gelagat manusia yg pelbagai ragam, pelbagai fesyen pakaian.. dan aku x dpt rasainya skrg nie. aku rs keseorangan..

Tuesday, November 08, 2005

ermmm... bape hr dh tk update blog nie. cuti raye la katakan.. cam taun2 lepas gak, raye pertama, gie umah2 sebelah, umah nenek dan umah atuk2 sedare kt area sabak. mlm baru sampai umah. cdg nk siapkn langsir yg masih x siap lg.. tp letih mengatasi segalanya... raya ke-2 dan ke-3, agenda yg same, aku jage umah.. melayan tetamu yg dtg. pas asar br beraye lg. emm...cam bosan je ayat aku nie. tgh x de mood nk mengayat. sakit perut tak ok lg.. semalam dh teruk sgt, pukul 11mlm, member antr gie klinik. dah sah ler aku kene gastrik. emm.. kene jage makan la pas nie..
balik ke cerita raya, raya ke-4, br jln umah member2. semakin kecil kumpulan beraya. cam sedih je rase.. masing2 dh berumhtangga. Kena la bahagi2kan mase beraye kt sini ngn kg mertua.. Rasanye taun depan lg kecik kot.. hehee..dah x semeriah dulu lg dh.. ptg member dtg umah, dan aku pun ikut bertolak ke meru.. cdg beraye kt umah member. rupenye2, umah2 sedarenye semua aku gie. segan gak la... x kenal lg diorg. perut sebu semacam je, asalnye perut kosong tetiba lak banatai makan tomyam ngn nasi ayam..
isnin, 7nov: sarapan kt pertama kompleks sambil senaraikan brg2 yg kene beli. emm.. banyak gak rupenye.. sampai ke ptg, semua brg dh dapat.. satu je lg.. perfume. mule2 member berkenan ngn polo.. try lak yg lain, dunhill, ck1 dn ntah ape2 brand..... tp x best cam polo yg bg aku bau nyer tak de la memeningkan kepala. pastu, aku ajak member try tommy... perfume yg aku teringin nk beli dr zaman2 study dulu. tp memndgkan byk keperluan lain yg lebih penting, terpaksalah melupakan seketika... setelah ditimbg2 kan.. member aku pun berkenan ngn tommy nie. k... setel dah semua brg... plus minus, dekat rm7rat gak la abih...