Tuesday, November 29, 2011

Aina nak stop BF


Mmm... lagi 2 minggu genaplah aina 2 tahun. Dah makin bijak anak umi nie dan akan adalah dua perubahan besar kat aina.. yang pertamanya nak kena stop bf. Misi dah pun bermula sejak tiga hari lepas, ni gara2 dua tiga kali dia gigit sampai my nipple luka. Nak marah pun tak boleh sbb masa tu dia tidur, mana nak sedar. Uminya yang melolong kesakitan. Atas perbincangan dgn suami, boleh la kot mula fikirkan untuk hentikan bf. Mula-mula cakap kt dia yang t**** umi luka dan berdarah sbb aina gigit. nak bagi real, letak pewarna makanan merah sikit. Memang tak nak lah dia.. masuk hari kedua.. jenuh juga nak pujuk dan guna cara psikologi. Cakap yang aina dah besar, malulah kalau nak nenen lagi... macam2 lah uminya ni buat cerita. Hari ni masuk hari ketiga, kesian pun ada bila dia tarik2 baju nak menyelak... tapi bak kata suami, kena kuat dan nekad, lama2 oklah tu...
Misi kedua- free dypers  untuk siang hari.. macam aqeel hari tu pun genap 2 tahun, masa tu aqeel tak pandai cakap pun lagi. Agak payah la juga. Penat?? of coz la kan sbb hampir seminggu juga terkucil sepah2.. ni aina dah andai cakap, harap2 kuranglah sikit kerja umi...

Monday, November 28, 2011

Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan Tadika Al- Farabi

saya dimaklumkan oleh cikgu aqeel yang aqeel masuk tiga 3 persembahan, nasyid, amali solat dan doa.. berkobar2 ayahnya nak tengok persembahan aqeel. Umi dah tengok masa raptai, ok je diaa...
tp lain plak cerita pada masa majlis tu, masa persemabhan pertama nasyid... mmber yg sebelahnya teresak2.. tetiba dia plak menangis n lari turun pentas sebelum habis.. emm.. lawak pun ada.... tp mungkin dia terkezutt kot dengan orang ramai. lepas ni kena fikirkan strategi bila dia ada persembahan lagi. Saya kena menyorok dulu sbb cikgunya kata dia ok je sepanjang latihan bberapa minggu lps. Ni bila emaknya ada, jadik lain plak. Aduhai Aqeel.......
tp takpelah... yang penting nampak perkembangan dia sepanjang setahun sekolah nie. Alhamdulillah dah hafal beberapa surah lazim, surah yassin ayat 1-7, ayat kursi, bacaan solat dan doa2..... Bacalah anakku pun dah sampai buku 5, dan nampak dah boleh membaca wpun merangkak2 dalam umur 4 thun 2 bulan.. Harap2 dia tak jemu untuk menempuh 2 tahun lagi tadika....

sedia untuk pesembahan pertama

saya dapat!!

terbaekk!!


.

Tuesday, November 22, 2011

Cuti Sekolah

cuti sekolah sudahpun bermula.. maka bermualah episod duduk di rumah.. bestnya dapat sepenuh masa ngan double A.... walapun tone suara yang selalunya tinggi tanpa dapat dikawal. hehe.. maklumlah anak2 tgh membesar, yg si aqeel suka menyakat aina, aina plak dah pandai nak lawan.... mana tahan kalau asyik kena buli ye tak...
nak ke mana cuti ni? emmmmm... masih takde plan lg. en. somi ada outstation kt JB awal dis nanti. tak taulah nak ikut ke tak. sebabnya.... bukan ada tempat yg boleh kami kuar jejalan kan.. kalau ikut en.somi. dia teringin nak ke pulau, tp mana boleh plak nak ke pulau bulan dis nie... takpelah, simpan tuk tahun depan.. kumpul duit dulu...

Friday, November 18, 2011

Apam Polkadot

Apam yang dah lama na cuba buat, akhirnya dapat juga menyampaikan hajat. Bagi mereka yang suka masuk dapur mesti dah basi ngan resepi nie kan. Saya baru terkedek2 nak mencuba...

Ni pun gara2 membeli apam ni untuk aina.... bkan main syok dia makan sampai 3 biji... pastu ptg tu ek ek.... keluar kaler hijau macam kaler apam tu.. agak2 bape banyak pewana yang dia guna ataupun pewarna yang bukan untuk makanan ke???? isyy... nasib baik tak kena cirit...
Kali pertama cuba hari Isnin lepas, buat sekali untuk bekalan hari anugerah kat sekolah... nasib baik menjadik. Sbbkan ari rabu ptg, balik dari taska si kecik aina terus bukak tudung saji mencari apam.. bila paginya plak, si aqeel mencari nak bawak bekal ke taska. tak sampai hati pulak umi. semalam saya pun gigihkan diri buat untuk kali yg ke-3 untuk minggu nie... Terima kasih empunya resepi...






Apam Polkadot
Sumber resepi:
Shelly@myresipi.com
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Tuesday, November 01, 2011

i-city...


ni kisah malam semalam. kami anak beranak temankan somi ambik barang kat puchong dan shah alam. dan ntah macam mana terlalu i-city... smpatlah singgah menjengok...(walaupun dgn berbaju tidur.. hehe...) cantik sangat lampu-lampunya. dan ntah mcm mana si aqeel nak naik night train (kalau tak salah nama). lepas tu pulak tak nak naik ngn ayah, nak naik ngn umi... terketar lutut umi ni ha. tak berani nak tengok bawah....sib baik lah dia berani, lama2 hilanglah rasa takut.
tp tak banyak ambik pic... sbb hp murah la katakan, tak clear langsung bila ambik malam.. emm... nak masuk snowwalk, tp tiket masuk... bukan main mahalll... emm... lain kali je lah ye aqeel...