Wednesday, November 07, 2007

Tersentuh bile baca tazkirah dibawah
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke Dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para Malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke Dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab : "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi : "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

Bayi bertanya lagi : "Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"
Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengar penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

Bayi bertanya lagi : "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?" Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

Bayi bertanya lagi : "saya dengar bahawa di Dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
Dan Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan melindungi; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam diri dan jiwanya"

Bayi berkata : "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu" di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat didengari, dan sang bayi bertanya perlahan-lahan;

Bayi bertanya : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"
Tuhan menjawab : "Kamu akan memanggil malaikatmu itu : "IBU"

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah ibu sepanjang masa...Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para Ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak dan dalam melayani mereka yang sedang membesar...sesungguhnya "SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKIMU"
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Penciptamu dan Dosa-dosa silam
4) Disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu

Friday, August 10, 2007

adehh.. dekat setahun rupanya tak update blog nie. dn dh hampir2 setahun gak la sy jadi isteri kepada x-tunang sy.. :) dan saat2 yg ditakuti hmpir2 tiba. sebuln je lg tuk smpai ke tarikh 11 sept. harap2 sy dn baby kt dlm kandungan nie selamat dn sihat.
emm.. nk citer benda yg dh lps. sy ada interview kt kl 1 ogos lps. walaupun x larat, dgn perut yg dh makin memboyot ni.. sy gagahkan jua. pas interview, x-tunang bawak sy gie makan nsi ayam kt pd. boleh thn gak sedapnya. tgh2 dok mkn tu, en. ajmal tanya.. nk gie jalan tak. ingtkan jalan mana. rupanya dia kena pegi JB lg ptg tu. aduss.. pg tu pukul 5pg br smpai umah dr JB. nie nk kena pegi lg. sy yg dh rs tak best.. ye la, br nk bermanja2 cuti sehari nie dh kena gie jauh balik. uhukk.. dn sy ngan selambanya ckp nk ikut gi JB. dengan sehelai sepinggang lah sy ikut x-tunang sy nie smpai ke JB. sempt pinjm suar ngn baju kakak ipar kt subg. hehe.. yg plg risau gak kalau terbersalin kt mane2. :) pg 2 ogos tu, sy ngn x-tunang kuar gie care4. carik baju n suar sy.. sbb sungguh tak snggup tuk berseluar ala2 amoi had betis... cukuplah hanya di care4 JB. hrp2 takkn terjumpa org2 yg sy kenali dn yg sewaktu dengannya.

balik dr care4, sy cdg nk gie umah ina sementara x-tunang gie keja. tp tetiba lak x-tunang dpt call yg masuk api ptg tu tak jadik... grrr.. maknanya sia2 lah dtg JB ari tu. sy yg geram kt tnb, camnelah boleh jadik camtu. x-tunang relax je dn dia ckp, ok gak bole jalan2 pusing JB...
pastu terus kemas2, gie umah ina.. rindu tul ngn dia. lama sgt dh tak jumpe. dah 2 org anak dia. comei2 lak tu..