Sunday, December 20, 2009

My baby girl...

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan baby girl yang ditunggu2...
Berat : 3.7 kg (jangan x caya.. Doc pun fikir aku kena ceaser.)
Tarikh : 15 Disember 2009
Masa : 2.25pm
Tempat : Gombak Medical Centre

pagi selasa tu kul 7pg, en. somi kena gie johor. Dah banyak sangat kerja menanti.. aku terpaksa merelakan dia pergi. ada gak rasa sakit sikit2.. tp aku tak tau lak tu sakit tanda nak besalin. pas je suami pegi, aku sambung tido sbb mlm tu dah tak lena tido. Dok asyik fikir kata2 my gynae yang aku jumpe smlm. bila scan dia kata berat baby ~3.3 kg. boleh tak aku push nanti. sbbnya masa aqeel hanya 2.6kg. ngn badan aku yg kecik nie.. gynae tu pun cam x confident aku boleh push...
pukul 9 br bangun.. aqeel pun baru kuar bilik.. pas mandi, terasa cam sakit senggugut. teringat mak cakap sakit nak bersalin tu mula2 sakit cam senggugut. aku tengok jam.. selang 5 minit sakit.. aku call somi, tanya dah kat mana... adehhh.. dh sampai johor dn nak terus ke JB. Aku cakap lah yang aku rasa sakit semacam je ni... pastu dia call adik ipar suh amik aku bawak hospital. tp aku masih cam x pasti.. betulke sakit nak bersalin nie... haahahaa.. x de pengalaman sakit kan. ari tu aqeelpun sbb pecah air ketuban pastu induce..
aku cakap la kt adik ipar tunggu 1/2 jam lg camne. pastu call kakak tanya... dia kata mmg tanda nak bersalin la tu... adehhh...
terus adik ipar datang.. tu pun amik masa kt 1 jam sbb dia dr gombak dan nak smpai ke GMC 1 jam lgi. aku call somi suh patah balik.
Pukul 11 lebih br smpai GMC. Nurse seluk dh 3cm... pukul 12 lebih dah 5 cm.... kul 1 tanya somi kat ner, katanya masih kt seremban.. uwaaa jauhnya lagi. owang dah sakit dah nie....
kul 1.30 nurse bawak masuk ke labour room. tak lama bukak 7 cm dan 2.25 pm... alhamdulillah aku dgr tangisan baby.. 5 min later, barulah gynae smpai dan somi pun smpai...
somi hanya sempat tengok masa nak mula jahitan... seriau n ngeri katanya.. haaa, tau pun camne...
gambo nanti upload.. ni aqeel dh balik dr kedai, sat lg di tolon taip plak..

Tuesday, December 08, 2009

Puding Karamel
ni ari nie nyer citer..

dah 8 dis.. tp baby masih nak dok dlam peyut lg. takpelah, tunggu ayahnya kt sini baru kuor yek... kalau ikut due 12 dis, cantik gak tu. sebabnya cuti akan smpai ke raya cina.. hehe.. cuti sakan. nie dah 3 minggu cuti dah thp boring gak...
dan td ntah camne tetiba nak buat puding caramel. terus kuarkan bahan2 dan buat..

taraa....

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis
6 biji telur gred B
1 tin air (guna bekas tin susu pekat manis)
2 sudu teh esen vanila
3 sudu makan gula dihanguskan

Cara:
1. Pukul telur perlahan-lahan
2. masukkan susu pekat manis
3. Kacau perlahan dan masukkan esen vanila
Tuang ke dalam loyang yang tersedia gula hangus tadi dan kukus selama 25 min
4. Apabila masak, letak pinggan di atas loyang puding tadi dan terbalikkan dengan hati2.
5. Hias dengan buah peach.
ROTI


nie kisah di suatu petang sms cuti2 m'sia... tgh dok layan astro, x ingat citer apa.. haha.. tetiba lak takde line. bukan sbb hujan ke apa, tp x bayar bil 2 bln. padan le muka aku kan. ari tu pas dah gaji, dah masuk maybank2u dok bayar sume bil2.. tp baru je nk klik astro, anak bujangku sorang bangun dr tido dan dok tlg menaip.... terpaksalah tangguh dan pastu terus terlupa...

pastu kuar dok siram tanaman yang baru nak hidup ala malu2 kucing.. terbau plak org belkg umah bakar roti. terus msuk umah, cek sume bahan.... alhamdulillah ada.


dan inilh hasilnya....




oleh kerana oven masih belum dibaiki oleh org yang janji nak betulkan tu kan.. ;)
buat loaf je lah... masuk semua bahan kt BM, tinggal..... tunggu smpai masak..

Wednesday, December 02, 2009

aidiladha kat bandar..
sempat gak possing2 slepas sembahyg raya..