Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Lapis Merry Cheese Meleleh

ni pun satu lagi fav kami anak beranak...
dah tak tau berapa kali buat sbb memang sedap sangat dijadikan dessert... wallahh
saya amik dari acik515 empunya tuan tunjuk gambar step by step...
silalah ke sana kepada yang nak mencuba

yg ni untuk rujukan saya :
gmbar masih ihsan dr google (pinjam gambar ye :)  )
dapat 4 bekas yang kecik

Lapis Merry Cheese
Bahan :
250 ml whipping cream (asal 300 ml, sy guna Anchor kotak kecik 250 ml)
250 gm cream cheese
biskut merry
200 ml susu pekat (resepi asal 250 ml)

Cara :
1. Putar whipping cream hingga bertanduk (@terbalikkan tak jatuh... )
2. Dalam bekas lain, putar susu dan cream cheese hingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan cream cheese.
4. Susun biskut di dalam bekas, ratakan adunan tadi dan ulang lapis.
5. Tabur serbuk coklat kat atasnya. (Resepi asal guna serbuk biskut)
6. simpan dalam fridge semalaman.

Dlm resepi asal guna 2 peket biskut tapi bila sy buat mcm tak cukup aje cheese nye.
Agak mahal jugak kos dessert ni, mahal tang cheese tulah, dapatnya hanya 4 bekas kecik.
tapi memang lebih cheese dari biskut.
atau mungkin boleh tukar nama Biskut Merry Cheese Meleleh... hihii...

Patutpun orang jual RM8/bekas. Tapi, sedap punya pasal.... layannn
 

Sunday, November 24, 2013

puding roti

aduh aduh...
memang dah bersawang la blog saya ni..
maklumla.. cikgu yang dulu bukannya yang sekarang.... hahaa... tukar lirik lagu tegar..
bila mula je cuti sekolah barulah ada masa nak jalan2 kat blog2 orang..
sebab???..mencari menu yang menarik untuk dicuba... jgn marah yek.. :)

k, kembali ke topik... dah beberapa kali buat puding roti, tapi tak dan nak masuk kat sini..
bila nak membuatnya, terhegeh2 mencari kt buku resepi...
ni ada masa nk masuk kt sini, senanglah lepas ni...

Puding Roti
10 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
1 sedu kecil tepung jagung
kismis

Cara :
1. potong roti kepada 4
2. susun dalam bekas(sy guna cam dlm pic) dan tuang susu cair dan biar terendam ~5min
3. pukul gula, butter, telur, vanil & tepng jagung
4. siram atas roti, kemudian tabur kismis
5. bakar ~ 10-15 min (guna Pemanggang Ajaib- api paling kecik)

Sos Custard
1 sudu tpg custard
2 sudu gula
1/2 tin susu cair
1/2 tin air

cara : campur semua bahan, kacau sebati dan masak atas api hingga hampir pekat.

dapat 2 bekas camni ye.. ni gmbr ehsan mr.google
gmbr sendiri kat hp, tak berani nk sambung kt lappy yg ada virus ni... :)

Thursday, November 22, 2012

kelas tartlets ngn cream puff.

huwaa..dh menaip pjg2, tetiba pulak tak boleh nk published.. kalau kt lappy ok gak la kn, bole cnp balik. guna hp ni tak boleh la pulak..jadik dah 'm' nak menaip balik..
pendekkn cerita, sy pegi kelas tartles ngn creampuff seharian semalam..tak jauh pun, kt taman bayu depan jusco rawang..
inilah hasil tgn keras sy.. ;) peace
--> dptlah memulangkan pinggan jiran2 yg dh tersimpan lama.. kalau tak, sape pulak nk menghabiskan..




Sunday, November 18, 2012

durian crepe

demam durian crepe? mane taknya, kt fb ada je citer dc, jengah blog org, mesti ada  dc..bukak plak my resepi, kongsi resepi.. lagilah demam..
dn pelbagai versi bahan2 yg digunakan nk buat crepe ni. ada yg 1 jenis teung je dan ada yg sampai 6 jenis tepung.. haaaa ambik.. jenuh gak nak pilih yg mana satu boleh dicuba..
saya yg mudah tergoda ngn resepi2 yg menarik ni teruslh menggoda Suami dgn gmbr2 dc yg boleh melelehkn air liur.. sy? uwaaa.. dh lama terliur, tp kena sedar diri ye..
kalaulah ada yg cakap org pantang boleh mkn durian.. dh awal2 sy buat.. tp bukan ke durian panas, org pantang kan kena mkn makanan yg bole memanaskn badan.. boleh mkn kot. .hahaaa.. sape boleh tlg jawab? :)

Durian Crepe
Sumber : ?
( tak ingat nama- dr Resepi Turun Temurun... kalau terjumpa nanti sy tulis, ampun ye tuan punya resepi..)

bahan crepe :
20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastad
10 g tepung jagung
150 ml air
  40 ml susu cair
  1 bj telur
  1 sb gula
  1 sb minyak masak
  setitik pewarna kuning
cara:
i.campur semua dlm bekas, whisk & tapis
ii.panaskn pan. ambil sesenduk dan tuang ditgh2 pan. pegang pan & layangkan pan supaya crepe dpt bentuk yg bulat & cantik.
iii.stlh masak (x perlu balikkan crepe), terbalikkn pan Supaya crepe jatuh atas pinggan.

bhn inti :
150ml fresh cream(pukul hingga Kental. atau x jatuh bila terbalikkan bekas)
isi durian
cara:
i.letak fc diatas crepe
ii.letak isi durian
iii.letak fc lg & lipat crepe


Friday, August 03, 2012

dessert berbuka semalam..


RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
sumber :
AlongRoz

Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Saturday, September 24, 2011

Projek dadih jagung...

semalam seperti biasa, hari jumaat adalah hari superbibik untuk saya... sampai je rumah terus solat dan pegang penyapu, mop lantai dan sental toilet.... siap je terus buat dadiih jagung. on th way balik sempat singgah NSk beli bahan2.
uminya tak suka sgt makan dadih, tp memandangkan anak2 suka sgt...... cuba la buat.Bahan2 :
450 gm coffemate*
1 peket agar2 10gm*
1 tin susu sejat*
2 cawan gula*
3 liter air*

1 tin jagung krim
perisa jagung

Cara :
1. Masukkan semua bahan * dan gaul sehingga mendidih.
2. Bahagikan jika hendak membuat pelbagai perisa.
3. Untuk versi ni, saya buat perasa jagung semua. Masukkan perasa jagung.
4. Sendukkan jagung krim ke dalam bekas dan tuang bahan yang siap dimasak tadi ke dalam bekas...
Hasilnya....... tetiba saya jadi suka makan dadih....

Tuesday, December 08, 2009

Puding Karamel
ni ari nie nyer citer..

dah 8 dis.. tp baby masih nak dok dlam peyut lg. takpelah, tunggu ayahnya kt sini baru kuor yek... kalau ikut due 12 dis, cantik gak tu. sebabnya cuti akan smpai ke raya cina.. hehe.. cuti sakan. nie dah 3 minggu cuti dah thp boring gak...
dan td ntah camne tetiba nak buat puding caramel. terus kuarkan bahan2 dan buat..

taraa....

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis
6 biji telur gred B
1 tin air (guna bekas tin susu pekat manis)
2 sudu teh esen vanila
3 sudu makan gula dihanguskan

Cara:
1. Pukul telur perlahan-lahan
2. masukkan susu pekat manis
3. Kacau perlahan dan masukkan esen vanila
Tuang ke dalam loyang yang tersedia gula hangus tadi dan kukus selama 25 min
4. Apabila masak, letak pinggan di atas loyang puding tadi dan terbalikkan dengan hati2.
5. Hias dengan buah peach.