semalam seperti biasa, hari jumaat adalah hari superbibik untuk saya... sampai je rumah terus solat dan pegang penyapu, mop lantai dan sental toilet.... siap je terus buat dadiih jagung. on th way balik sempat singgah NSk beli bahan2.
uminya tak suka sgt makan dadih, tp memandangkan anak2 suka sgt...... cuba la buat.
Bahan2 :450 gm coffemate*
1 peket agar2 10gm*
1 tin susu sejat*
2 cawan gula*
3 liter air*
1 tin jagung krim
perisa jagung
Cara :
1. Masukkan semua bahan * dan gaul sehingga mendidih.
2. Bahagikan jika hendak membuat pelbagai perisa.
3. Untuk versi ni, saya buat perasa jagung semua. Masukkan perasa jagung.
4. Sendukkan jagung krim ke dalam bekas dan tuang bahan yang siap dimasak tadi ke dalam bekas...
Hasilnya....... tetiba saya jadi suka makan dadih....