Showing posts with label Aqeel. Show all posts
Showing posts with label Aqeel. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan Tadika Al- Farabi

saya dimaklumkan oleh cikgu aqeel yang aqeel masuk tiga 3 persembahan, nasyid, amali solat dan doa.. berkobar2 ayahnya nak tengok persembahan aqeel. Umi dah tengok masa raptai, ok je diaa...
tp lain plak cerita pada masa majlis tu, masa persemabhan pertama nasyid... mmber yg sebelahnya teresak2.. tetiba dia plak menangis n lari turun pentas sebelum habis.. emm.. lawak pun ada.... tp mungkin dia terkezutt kot dengan orang ramai. lepas ni kena fikirkan strategi bila dia ada persembahan lagi. Saya kena menyorok dulu sbb cikgunya kata dia ok je sepanjang latihan bberapa minggu lps. Ni bila emaknya ada, jadik lain plak. Aduhai Aqeel.......
tp takpelah... yang penting nampak perkembangan dia sepanjang setahun sekolah nie. Alhamdulillah dah hafal beberapa surah lazim, surah yassin ayat 1-7, ayat kursi, bacaan solat dan doa2..... Bacalah anakku pun dah sampai buku 5, dan nampak dah boleh membaca wpun merangkak2 dalam umur 4 thun 2 bulan.. Harap2 dia tak jemu untuk menempuh 2 tahun lagi tadika....

sedia untuk pesembahan pertama

saya dapat!!

terbaekk!!


.

Tuesday, November 01, 2011

i-city...


ni kisah malam semalam. kami anak beranak temankan somi ambik barang kat puchong dan shah alam. dan ntah macam mana terlalu i-city... smpatlah singgah menjengok...(walaupun dgn berbaju tidur.. hehe...) cantik sangat lampu-lampunya. dan ntah mcm mana si aqeel nak naik night train (kalau tak salah nama). lepas tu pulak tak nak naik ngn ayah, nak naik ngn umi... terketar lutut umi ni ha. tak berani nak tengok bawah....sib baik lah dia berani, lama2 hilanglah rasa takut.
tp tak banyak ambik pic... sbb hp murah la katakan, tak clear langsung bila ambik malam.. emm... nak masuk snowwalk, tp tiket masuk... bukan main mahalll... emm... lain kali je lah ye aqeel...

Friday, August 26, 2011

bila hp dan tel rumah rosak... di saat2 emergncy..... waktu tu jugalah hp tak boleh on dan telefon rumah rosak. adehhh. ni kisah petang semalam. Pagi tu, ada program khatam Quran di sekolah, jadi pukul 1.00 ptg dah balik. dan memandangkan dah janji ngan aqeel nak ambil dia di tadika, terus pecut balik.... sampai je rumah, rehat jap sambil tengok wonder pets ngn aqeel.. tetiba dia ckp sakit perut. ok la kan... tapi, tetiba dgr dia merintih... umi, sakit..tak boleh nak berak.... uminya ni pun bagi kata2 semangat, cuba sikit.. teran sikit...cuba j*** sikit. tp dah dkt setengah masih tak boleh lagi.... hp mmg dr pg mmg dh prob. dan bila nak call somi, telefon rumah pulak rosak..... aduhhh.. ulang alik 3-4 kali cuba dua2 telefon....... tp hampa...


akhirnya cakp ngn aqeel... suruh dia duduk kejap, umi kena keluar cari telefon nak tanya ayah, kat mana dia letak ubat sembelit... tgh dok siap2, tetiba dia menjerit




"umi, aqeel dah berjaya... cepat tengok nie.... besarrr........" hahahaaaa... nk gelak pun ada... tp leganya ya Allahh..

emm... teringat plak hp lama yg disimpan tuk waktu2 kecemasan mcm nie... dua2 dah selamat kena curi masa rumah kena pecah. termasuklah jam hantaran kami sepasang.....
semoga bln ramadhan akan menginsafkan mereka2 nie..

apa plan lepas nie.. dah takde hp...
teringin ni
tp mimipi je lah dulu... beli hp palig murah pun ok

Saturday, January 29, 2011

cuti lagi.....

rasanya baru je cuti thaipusam, dah cuti lagi seminggu chinese new year. syok la cuti,tp kena ganti ari sabtu daa... sehari dh ganti sabtu lepas, sehari lg tgh bln feb nanti dan sehari lagi sekolah amik cuti peristiwa. so, bukan lah saje suka suki cuti yek....

takde plan apapun lg cuti nie.. dan x tau bile nk balik kgnyer sbb big boss kena kerja dari hr khamis sehinggalah ke ahad. sangat lah sedihnya sbb plan balik kg mcm terpaksa diubah. dan pastinya saya kena drive balik bersama double A nie.. tersangatlah beratnya hati ini. dan aqeel plak maih sekolah smpai ke ari rabu. kalau nak balik pun maybe leps dia abis sek. ayahnya suh kami balik hari selasa, ari rabu tu dia suh aqeel cuti je. uminya nie sgt tak setuju... bab cuti2 nie, kalau bukan disebabkn mslh kesihatan ataupun hlgn yg mendesak, takde cuti2 ok..

sejak aqeel dh ke tadika nie.. kerap je terdengar mulutnya terkumat kamit menyanyi... dan sekarang uminya pun dah ikut meyanyi dgn dia..

yg paling panjang dia boleh nyanyi...

(Rangkap pertama dia masih x dpt ingat lg..)
x
rama-rama terbang merata
sungguh cantik aneka warna
hisap madu di pokok bunga
tapi sayang tak hidup lama
begitulah hidup manusia
tanpa iman dan juga takwa
hidup akan jadi sia-sia
di akhirat kelak akan kecewa.

dan kekadang tu.. tetiba je dia angkat tangan dan hujung jari
"shahadah"
suruh umi buat sekali..
ikutlah dia shahadah dengan maknanya sekali.... :)

Wednesday, January 19, 2011

cuti thaipusam 2 hari......

seperti tahun2 lepas, bila thaipusam je sekolah kami dapat cuti 2 hari. jangan jeles ok... hahaaa.. mana taknya, sekolah dkt bt caves, ari senin lepas je dah ramai yang memenuhi bt cves tu. ngan jalan jammed dan kt tepi2 jalan ramailah kerabat2 mereka ni menuju ke batu caves.


dan alkisahnya, handbag sy tertinggal kt umah kakak ipar ari sabtu lepas. lepak sampai pukul 12 lebih, angkat aina yang dah tido sampai terlupa handbag. ari ahad kunun macam nak gie ambik, tp badan lesu je dan cam tak de mood nak kuar rumah.


ari isnin tu sy ke sekolah tanpa ic dan lesen daa.... doa bebanyak la sepanjang jln, jgn jadik apa2 dan jangan la plak ada roadblock. alhamdulillah sampai gak ke sekolah dengan selamat. sekali balik, turun je dr bulatan bt caves dah nampai polis trafik tahan keta kt dpan... aduhhh... jangan le tahan keta saya yek en.polis yang hensem... dub dab dub dab.... dn selamat tak kena.... parah gak kalau kena, tak taulah apa nak jawab..

nie amik budak2 ptg semlam... dr taska terus bawak ke playground.. bukan main happy lagi




Thursday, January 13, 2011

sabtu lepas->bertapa di cheras

jeng jeng...... ni masuk kali ke-2 dok berkampung kt cheras... bukan la smpai bermalam kan.. tp sbb bila dtg je.. mesti seharian kt situ. pas nie mmg akan kerap lah ke sana. alhamdulillah, somi dah dpt menyewa kedai tuk buat office.. tutt..... tak dpt citer panjang lg sbb masih start enjin. harap2 Allah permudahkan segala urusan suamiku... aminn.. amy sentiasa di belakang abg k.... caiyokk..
balik dr cheras, singgah sembahyang kt masjid negara. dapat snap gambar aqeel bergaya ala2 mak duyung. tak tau apa pesennya skrg nie, suka sgt buat gaya gini bila ambik gambar...
nie hasil kerja aqeel.. "umi.. lori2 nie accident... ambulan kena hantar pegi hospital."

Friday, January 07, 2011


Alhamdulillah....

Ni rezeki yang memang tidak dijangka... setelah 6thn ambil polisi insurans **, dan setelah brbincang ngn suami 7 hari 7 malam (hahaa......), akhirnya kami buat keputusan nk stop n tukar yg murah sikit. maklumlah keperluan anak dh bertambah dan azam tahun nie, nak mengurangkan hutang yg ada... dan nak menambahkan simpanan untuk masa depan.
apa yg kami sangka tak dapat duit pun, kalau dpt sikit pun alhamdulillah..

tp bila agen kami kira2 ................... waooo.... tak sangka sgt2... ;)

alhamdulillah .... tak lah banyak smpai cecah **k kan, tp....
banyak pulak yg terpikir kt dlm kepala nie..

1. nak simpan semua @
2. nak bumbung dapur belakang (nk jadikan wet kitchen), jadik kuranglah sikit xtvt masak dn membasuh kat dapur dalam@
3. nak buat tembok (bebas keluar masuk umah)@
4. nak buat garden (tp perlukan kerajinan)

emmm.... dn smpai ke hr ni, masih belum buat pilihan.....

**dan + ada org dpt bonus 2 bln, boleh lah pau sikit... hahhaaa...

k la.... nak cerita plak double A nie ke taska dan tadika...

minggu ni dah masuk minggu ke-2 double A duduk di taska... dan setiap kali hantarlah, aina ngn aqeel nie menangis. si adik bila di bawak masuk ke dalam, dh tak dengar suara.
tp yg si abg nie yang payahnya, kenalah uminya nie pujuk2, barulah lah reda sikit. tu pun, nak kiss dulu, dh kiss...mintak hug plak... pastu salam sambil lap air mata.... aduhhhai abang...

hr selasa lepas, 4 Jan.. 1st day di tadika. ari nie datang pukul 8 pg. syg sgt, uminya nie kelam kabut kuar, terlupa nk bwk hp... tak dapat la nak snap gambar... sbb hari2 seterusnya pukul 11.30 - 2.30ptg, jadiknya pg kena hantar ke taska dulu.. pukul 11.30 br dia ke tadika.
selpas selasai perhimpunan, semua masuk ke kelas... ada la sorng nie menangis tak nak masuk. memula aqeel pun camtu, pas pujuk2 barulah nak masuk. yg budak sorg nie, habis puas dh mak dia pujuk, lastnya kena tarik masuk ngn cikgu dn kunci grill... meraung la dia, pastu dan2 tu jugalah hampir satu kelas menangis termasuk aqeel... pastu umi ngn ayahnya ni tinggal je. kesian gak dgr suara dia menangis.... "tu umi aqeel.... aqeel nak umi aqeel...." nak gelak pun ada..
emm.. macm2 lah si abng nie..

Saturday, August 14, 2010

perkembangan anak2....


--------Aina-------


6 bulan-> dah mula bg bubur nasi... sgt kuat makan.. hahaa.. dan dh mula merangkak..

6 1/2 bln -> dah pandai duduk sendiri. sgt cepat aina berbanding aqeel.. maybe sbb kna buli ngn abg dia je.. tu yg nak cepat bergerak...

nak masuk 7 bulan --> dh pandai merayap.. berdiri kat rak tv, sofa, kerusi dan mana2 tempat yg boleh dia paut....

dn skrg ni, dh masuk 8 bulan --> nk mula lepas2 tgn dan makan pun makin selera. malam pun kurang ragamnya. senang sgt jaga aina... umi syg sgt tauuu...





-------Aqeel ------


2 tahun (1 sept 09--> dah ajar tak pakai pampers kecuali waktu tidur... jenuh juga memula tu kan.. masa tu duduk kt bt caves lg. bila pindah umah sendiri, alhamdulillah dh pandai ke toilet bila nak kencing.....

2 tahun lebih br pandai bercakap. aku sgt2 lah risaunya, lagi plak ada makcik sorg nie kata... ala, sygnye lah aqeel hensem kalau x pandai cakp... dan hambik kau, bila dh pandai... tak terlarat uminya nie nak layan....

2 thun 10 bln --> dh tak pakai pampers +waktu tidur. dh jimat one part.. ;)
dah nak masuk 3 tahun
--> kurang makan nasi, suka sgt coco crunch ngn corn flaks.
--> dah pandai mintak iklan2 kt tv- mcdonald, pizza.... tp bila belikan, x makan sgt pun... :)
--> la nie dh lama x balik kg, asyik menyebut embah dok jee... nak balik kg bah dok...syg sgt dia kt embahya..
--> masih bayk ragamnya esp nangis malam... .
--> masih suka buli adik....inilah yg menguji kesabaran uminya

Friday, July 02, 2010

shoping lagi...

haaaaa... ni citer shoping kt tenet lg ms cuti 2 minggu ari tu... sbb 2 minggu dok terperap kt umah.. makanya


ni aqeel plak yg lebih.... aina x de peluang langsung nk naik...
setelah hampir ke penghujung cuti sekolah, barulah ayah double A nie balik.. dan dapatlah kami makan angin... plan asal nak kelantan terpaksa cancel sbb somi dapat coti sehari dr 3 ari... sgt sedih.... tp dapat ganti percutian ke lumut... ok lah kan.. stay kat marina cove resort. sbbkn bilik semua dh full, duduklah apartment... not bad dan dapat mandi manda kt water park. tp sayang, tak bwk hp tuk snap pic kt water park..
bawak aqeel ngn aina naik feri ke pangkor....


>>> entry lama sms cuti sekolah...


Tuesday, February 02, 2010

Aqeel tak sihat..

emm.. br je sihat dr demam bb ari lepas. la nie kena batuk plak. dah la abg kecik nie kalau tak sihat, bukan lah main manjanya dia. kdg tak terlarat nak layan. ni tambah2 dah ada sorg lagi. pening gk kdg2 dibuatnya. wpun ada maid, uminya jugalah yg dicari.. nak mandi.. nak susu.. nak tido..sabo je lah wahai umi aqeel... tp sjak pindah rumah sendiri nie, baru sekali nielah aqeel demam. kiranya dah dekat 4 bln la. Seingat aku, masa dok umah sewa kt bt caves tu... hmpir tiap bulan je pergi klinik. Kerap sangat dia demam dn masalh2 ksihtn lain.

td lepas mkn tghari brcdang nak bawak aqeel pergi gunting rambut ngn beli ubat batuk. rupa2 nya layan oasis smbil tunggu azan zohor, dia dh terlentok kt peha umi. tido dah abg kecik ni. sib baiklah aina tak banyak ragam ari ni. Minum susu je terus tidur.

Saturday, January 30, 2010

Aqeel dn Aina..

aqeel yang sayang kt aina
kasih sayang ayah yg sesekali je dapat... kesian anak2 ku..yg terkini... nak carik lagging tuk aina, msih x dpt lg. online pun ada jual 6 months ke ats... nie terjumpa tight kt anakku.. comel tak saya cik nah? hehe..

Tuesday, January 19, 2010

bila anak kata suara umi tak sedap

emm.. mentang2 la umi cuti lama. tido pun nak umi puk2 kan..
dan mcm biasa.. tiap kali nak tido

aqeel : umi.. puk...
bile dh puk
aqeel : umi.. azan! (zikir la tu.. dia panggil azan)

selalunya aku akan baca bb zikir
- ilahilas tu lilfirdaus.....
- la ila ha illallah....
- hasbi rabbi jallallah.... (smpai habis tiap satu2 tu....)

kali ni sbb dia x tido lagi... uminya tambah la lg satu..
- tubna ilallah .........
pastu smpai satu part tu.. dia boleh dok tahan gelak..

umi : nape aqeel gelak? tau la suara umi tak sedap...
aqeel : tak dap... (pastu dia gelak)

sabo je lah.. umi lari tempo sikit je la aqeel...mcm mana nk sama ngn kt oasis tu.. tu suara lelaki.. hehe... pandai umi nyer nie buat alasan..

tp x smpai 5 minit pastu...dah zzzzz...
lari2 tempo pun boleh buat aqeel tido kan?.. :)

Sunday, November 29, 2009

38 weeks...

tinggal tunggu masa je nie.. ada 2 hari lagi sebelum en.somi ke johor. hrp2 ada la tanda nk bersalin dlm 2 ari nie. semoga Allah permudahkan segala urusan...

dah lama x mengupdate blog... hehe.. kesihatan yang kurang baik dan keletihan drive tiap hari yang mengambil masa 45min ke 1 jam dalam keadaan sarat.. huhu.. dan tak terbayar bil 2 bulan.. akhirnya kena potong.. hehee... ni dh gaji baru ler bayar.. :)

ni program pg ahad.. sempena menyambut raya haji di rumah sendiri kat rwang..

sepatutnya turn raya kt pahang, tp aku yang dah tak larat nak travel jauh.. sakit belakang makin teruk je akhir2 nie.. maka beraya lah kt bandar.. :)

budak baru dapat basikal. bangun tido je terus keluar carik sikalnya. basuh muka pun tak lagi.. :)
takleh nak tolak pulak basikal nie


tolong ayah basuh kereta lah

Saturday, October 24, 2009

33 weeks..


emm... dah masuk minggu ke-33. baby dlm perut nie semakin aktif bergerak. kekdg sampai tak tertahan plak, rasa loya pun ada.

dan yang bestnyer dah selesai urusan pindah rumah walaupun dalam keadaan sarat ni. takpelah, yang penting, dah bersalin nanti dah mmg duduk rumah sendiri. seksa gak rupanya nak masuk rumah.. terpaksa lah bergolok bergadai.. hahaaa... sampai kering tahap kontang la poket nie. nak tunggu gaji smpai 25 nov.. adehh... tp kepuasan memang tak dapat digambarkan. cukuplah 3 tahun membayar umah yang bukan milik kita kan...


cerita aqeel..

-dah makin banyak words dia dh boleh sebut.. dan tgh2 cuba sebut 2-3 perkataan wpun ujung2 huruf je dengarnya.. hehe

- dah tido bilik sendiri.. boleh la buat kuak lentang 360 drjah sume. good boy anak umi nie. lena sikit dah uminya tido sekarang ni. huhu..

- suka sgt mkn kepek2 ngn kacang2..

- dah tak pakai pampers. waktu tido je dia pakai.

-

Wednesday, September 02, 2009

1 Sept 09 - Aqeel 2 Tahun..

cepat rasa masa berlalu.. aqeel pun dah masuk 2 tahun dan bakal jadik abang tuk bb bulan je lagi nie. tp aduhai manja dan ngada2 nya tu kdg malas nak layan.. hihi..
dn bila sampai je tarikh nie.. teringat peristiwa mcmana melahirkan aqeel. kalau boleh tak nak ingat, tp mungkin ada hikmah di sebaliknya. tak mungkin aku akan pergi brsalin kt gh kecik2 ni. taulah 31 ogos cuti, tp takkan la buat kerja sambil lewa. alasan takde doc tak lojik langsung.... bila kena transfer ke hosital teluk intan, terubat sikit walaupun terpaksa duduk kt nicu seminggu. tp tak dapat la aqeel lahir 31 ogos. betul2 dugaan.... harap2 yg ke-2 nie takde apa2 masalah.
emm... yg lawak nya, genap 2 tahun ni, aqeel tak leh berjalan. duduk kt sofa ngn baring tido je.. sian anak umi kena gigit lebah kat tapak kaki. malam tu, masih kat umah nenek ngn atuknya kt koyan.. tgh syok2 berlari ke sana ke mari, tetiba dia nangis. pastu dok jingkit2. sekali cek, laaa.. kena gigit lebah. pelik betul dia nie, punya la ramainya org.. dia gak yang terkena. kalau balik kg embahnya pun sama, dia gak la yg kena...
pas sembahyang terawih, semua pakat tido sbb kalau balik waktu tu, confirm karak masih jammed. pukul 1.30 baru gerak konvoi ngan adik ipar. tepat pukul 3.30am, sampai kt umah batu caves. alhamdulillah.. aqeel pun tido sepanjang jalan dan tak buat hal..

Aqeel 2 years
- dah banyak words dia boleh sebut: ayah, susu, mi(umi), embah, tok, cu (uncle cu), baby, kakak, bucuk, cedap...
- dah banyak yang boleh dia makan. yang lawaknya kalau makan karipap, dia akan makan keliling kelepit tu, pastu tinggal. cantik je jadik karipap tu.. :) pastu uminya juga lah yang kena habiskan. tempe n tahu pun dia suka. dan yang paling PANTANG dia namapak kt fridge.. CHEESE... adeeh.. boleh makan sampai 2-3 keping sekali makan..
- dah kurang nangis malam. setakat merengek2 n cakap nak cucu.
- balik kg seminggu.. sayang betul dia ngan embahnya. bangun tido pagi, kuar2 je bilik panggil embahnya. tak plak panggil umi ke or ayah.. huhu. dah balik sini, ada gak dia tersasul panggil embah.
- tak leh nampak hp umi atau ayah terletak. dia dh tau bukak kamera... confirm dia akan snap gambar yang ntah apa2 ntah..
- ayah janji nak belikn basikal.. tp sbb kwangan agak getir skrg nie.. tangguh dulu ye aqeel. dah pindah umah baru nanti ayah belikan.

hasil photograper bernama aqeel


yang nie tak tau ketja sape..



Thursday, April 16, 2009



sejak2 kluar hospital ni, makin selera plak aqeel ni makan. nak balas dendam selepas seminggu x de nafsu makan la gamaknya.. tp nk balas dendam pun, takkan la sampai terjaga malam nk makan gak... tp itulah benonya.... uwaaa... umi ni yg malas nk masuk dapur pepagi buta amik biskut dia. dh terjaga 3 kali, buatkan susu tp masih merengek lg. confirm la budak ni lapar. terkebil2 lah umi ni amik biskut chipsmore dia tu. kuarkan sekeping bg kt dia, pastu letak kt tepi. dan umi pun ter ZZZZ... sedar2 dia cuit n tunjuk bungkusan chipsmore tu... mak aii.. biar beno anak ummi nie. klau tak salah, dlm tu ada dlm 5 keping. mknanya habis dh dia makan....

bila breakfst pg td, citer la kt hubby..

hubby : takpe la dia tgh berselera makan.. (sambil mengunyah cekodok ikan bilis)
aqeel pun x layan umi sbb syiok makan kodok...
(huhu.. ingtkan nk cakap sekali, kesian kt umi kena bangun mlm..)

di suatu masa dulu... jeng jeng.. haha.. cam nk citer ape je.., pernah cuba buat biskut chips kak hanieliza, memang jadik dan sedap...ke hulu ke hilir gak aqeel bawak tupperware biskut tu. tp ntah bila la nk buat lagi sbb nk buat cookies nie cam kena kesabaran yg lebih.. huhu.. aku ni kekadang jenis tak sabar gak..

Tuesday, April 14, 2009

ni gmbar2 aqeel kt hospital..

mula2 smpai kt emergncy room... memang tak bemaya dh ms nie.
wad kanak-kanak penuh malam tu, dpt wad dewasa. k la, single room selesa sikit.
aqeel kusyuk tengok tv. tak nak makan langsung sepanjang duduk hospital..

sian anak umi ni...

Saturday, April 11, 2009

huhu... bape ari ek x update. dapur pun dh bb ari tak berasap. ptg khamis balik dr sekolah, terus bawak aqeel pegi klinik nk dptkan surat transfer ke hospital sbb x de perubahan lagi. sebelum bgtau Dr tu, saja lah ckp yg aqeel ni x sembuh lagi dari ari isnin. Dr tu just check perut n nak bagi ubat lagi. aku ape lagi.. takkan nak bagi ubat, budak ni dh lembik dah ni. 2 hari baring je, tak nak main langsung. pastu Dr tanya, n aku jwp nk bwk dia gi hospitl. ada plakdia ckp, betul jugak ye. bahaya ni dh bb ari. boleh plk dia ckp cmtu...
dpt surat terus bw aqeel ke pusrawi. terus masuk ke emergency room n masuk air. sepatutnya masuk 1btl, kena balik atau cr hosp lain sbb wad knk2 penuh. kul 9mlm, nurse bgtau ada single room dewasa kosong. ok je la drp dok bukk jarum n masuk lg esok. kesian lk kt aqeel. ni dh msuk ari ke-2. aqeel pun dh boleh senyum n gurau2. dh x muntah. cuma cirit birit yg belum hbis spenuhnya. hrp2 esok dh boleh kuar... nk letk gmbr aqeel kt sini, tp hubby lupa k nk bwk cble.