Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

puding roti

aduh aduh...
memang dah bersawang la blog saya ni..
maklumla.. cikgu yang dulu bukannya yang sekarang.... hahaa... tukar lirik lagu tegar..
bila mula je cuti sekolah barulah ada masa nak jalan2 kat blog2 orang..
sebab???..mencari menu yang menarik untuk dicuba... jgn marah yek.. :)

k, kembali ke topik... dah beberapa kali buat puding roti, tapi tak dan nak masuk kat sini..
bila nak membuatnya, terhegeh2 mencari kt buku resepi...
ni ada masa nk masuk kt sini, senanglah lepas ni...

Puding Roti
10 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
1 sedu kecil tepung jagung
kismis

Cara :
1. potong roti kepada 4
2. susun dalam bekas(sy guna cam dlm pic) dan tuang susu cair dan biar terendam ~5min
3. pukul gula, butter, telur, vanil & tepng jagung
4. siram atas roti, kemudian tabur kismis
5. bakar ~ 10-15 min (guna Pemanggang Ajaib- api paling kecik)

Sos Custard
1 sudu tpg custard
2 sudu gula
1/2 tin susu cair
1/2 tin air

cara : campur semua bahan, kacau sebati dan masak atas api hingga hampir pekat.

dapat 2 bekas camni ye.. ni gmbr ehsan mr.google
gmbr sendiri kat hp, tak berani nk sambung kt lappy yg ada virus ni... :)

Sunday, November 18, 2012

durian crepe

demam durian crepe? mane taknya, kt fb ada je citer dc, jengah blog org, mesti ada  dc..bukak plak my resepi, kongsi resepi.. lagilah demam..
dn pelbagai versi bahan2 yg digunakan nk buat crepe ni. ada yg 1 jenis teung je dan ada yg sampai 6 jenis tepung.. haaaa ambik.. jenuh gak nak pilih yg mana satu boleh dicuba..
saya yg mudah tergoda ngn resepi2 yg menarik ni teruslh menggoda Suami dgn gmbr2 dc yg boleh melelehkn air liur.. sy? uwaaa.. dh lama terliur, tp kena sedar diri ye..
kalaulah ada yg cakap org pantang boleh mkn durian.. dh awal2 sy buat.. tp bukan ke durian panas, org pantang kan kena mkn makanan yg bole memanaskn badan.. boleh mkn kot. .hahaaa.. sape boleh tlg jawab? :)

Durian Crepe
Sumber : ?
( tak ingat nama- dr Resepi Turun Temurun... kalau terjumpa nanti sy tulis, ampun ye tuan punya resepi..)

bahan crepe :
20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastad
10 g tepung jagung
150 ml air
  40 ml susu cair
  1 bj telur
  1 sb gula
  1 sb minyak masak
  setitik pewarna kuning
cara:
i.campur semua dlm bekas, whisk & tapis
ii.panaskn pan. ambil sesenduk dan tuang ditgh2 pan. pegang pan & layangkan pan supaya crepe dpt bentuk yg bulat & cantik.
iii.stlh masak (x perlu balikkan crepe), terbalikkn pan Supaya crepe jatuh atas pinggan.

bhn inti :
150ml fresh cream(pukul hingga Kental. atau x jatuh bila terbalikkan bekas)
isi durian
cara:
i.letak fc diatas crepe
ii.letak isi durian
iii.letak fc lg & lipat crepe


Wednesday, December 07, 2011

Kuih Cara Manis

menu breakfst
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan + air ( sy guna 1 kotak kecil santan ayam brand + 2 cwn air)
2 biji telur
sedikit pewarna hijau (pati pandan)

Cara :
1. campur semua bahan dan kisar
2. panaskan acuan
3. masukkan bahan adunan
4. masukkan gula, biar tutup seketika
5. siap
6. makannnn

adunan ni jadik banyak dan dapatlah hulur kt jiran belakang rumah....


Friday, November 18, 2011

Apam Polkadot

Apam yang dah lama na cuba buat, akhirnya dapat juga menyampaikan hajat. Bagi mereka yang suka masuk dapur mesti dah basi ngan resepi nie kan. Saya baru terkedek2 nak mencuba...

Ni pun gara2 membeli apam ni untuk aina.... bkan main syok dia makan sampai 3 biji... pastu ptg tu ek ek.... keluar kaler hijau macam kaler apam tu.. agak2 bape banyak pewana yang dia guna ataupun pewarna yang bukan untuk makanan ke???? isyy... nasib baik tak kena cirit...
Kali pertama cuba hari Isnin lepas, buat sekali untuk bekalan hari anugerah kat sekolah... nasib baik menjadik. Sbbkan ari rabu ptg, balik dari taska si kecik aina terus bukak tudung saji mencari apam.. bila paginya plak, si aqeel mencari nak bawak bekal ke taska. tak sampai hati pulak umi. semalam saya pun gigihkan diri buat untuk kali yg ke-3 untuk minggu nie... Terima kasih empunya resepi...






Apam Polkadot
Sumber resepi:
Shelly@myresipi.com
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Sunday, October 16, 2011

Kuih Talam Keladi

bersawang sudah saya punya blog.... minggu sibuk telah berakhir. 2 minggu yang lepas sibuk dgn audit ISO, memang betul mencabar.. camne sekolah saya yang diatara dua sekolah yang boleh terpilih untuk SPSK. memang semua tu ada kebaikannya untuk jangka masa panjang, tp cikgu2 nie yang agak terbeban. sangat2 letih dengan nak kejar silibus p&p, program sekolah, kerja2 di PSS.... tapi kita hanyalah pelaksana. Apa2 pun, kenalah juga laksanakan....
minggu lepas sibuk pula dgn khidmat bantu PSS, maka berkampunglah semua GM zon Gombak di SK Sg Kertas. Alhamdulillah, perubahan yang sangat ketara. dah cantik dah Pss nyer.. PSS sendiri bila la plak nak buat... :)

K, ni nak tempek resepi yang baru dicuba. walaupun rupa tak seberapa, tp rasa mmg superb... tq kepada pemilik asal resepi di myresepi..

Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )

  • Bahagian Atasnya :-
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 st. garam
  • 1 st. perwarna purple
  • Bahagian Bawahnya :-
  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan keladi dadu siap rebus
  • 1 biji telur
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
  2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata.
  3. tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit
  4. buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.
  5. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelaha.Selamat mecuba.

Sunday, August 14, 2011

Menu berbuka semalam...


Memandangkan anak beranak suka sangat makan nasi arab di Restoran Saba dan wadi hadramawt... kenalah beranikan diri mencuba masak nasi arab ni. Mana tau satu hari nanti, dh tak payah la membazir tiap2 bln pergi ke sana lg kan ... :)dah lama sebenarnya, tp mcm was2 je.. bole jd ke tidak... tp kebetulan plak jumaat lepas dgr ikim pukul 10pg- cara2 membuat nasi mandy(nasi arab).. dgr chef sabri ckp, mcm senang je... apalagi, balik je sekolah terus singgah tesco carik bahan2.....


Nasi Mandy (Nasi Arab)
Dr chef Sabri - (sya ubah sedikit :))


4 cawan beras basmathi
4 cawan air/ air rebusan daging
1/2 cawan minyak sapi/minyak jagung
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
serbuk kunyit (yg ni saya tukar pewarna kuning telur)
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan garam
2 sdu makan gula
serbuk perasa

Cara :
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi kecuali air dan pewarna, kemudian kacau hingga rata.
2.Tuang air ke dalam periuk nasi tersebut dan masak seperti biasa.
3.Bila garing buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning telur. Gaul berhati-hati supaya tidak merosakkan nasi.



Cara berlauk
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan+air
2 biji telur
serbuk kunyit

Cara :
1. campurkan semua bahan dan kisar.
2. Bakar atas acuan dan masukkan inti(sama cam buat murtabak), daun sup, cili... siapp...

pstt..ni cerita sabtu lepas, br je post.. hehe.
la nie dh seminggu... dah 2 kali buat nasi arab nie sbb pagi isnin, bangun je tidur aqeel mintak nasi ni... aduhhh... kena la buat ptg tu sekali lg, kali ni buat lamb..... masyukkk

Friday, January 21, 2011

entry saje nak letak....


ni menu semalam... disebabkan anak2 tak boleh nak main2 di halaman rumah, jadik kami plan gi jalan2 ke tesco. sambil2 tu dapatlah membeli siakap, sbb en.somi kata teringin nak makan siakap. ++ siakap kt tesco st murah. 1kg biasa RM10.90-rm11.90... mmang puas hatilah. kalau kt kedai area btp nie mana nak dapat harga macam tu. biasa rm16-18 sekilo. punyalah jauh beza.

siakap 'tesco' masak sambal....



tp part nie yg agak susah nk lari bila ke tesco. kami suka makan sizzling mee kt foodcourt yg dekat sgt dgn tempat game ni. aqeel dah mesti nak mintak masukk... nasib baiklah tak biasakan beli tukon2(emm.. betul ke nama dia ni) tu. setakat masuk dan main gitu2 je..


nie menu tak ingat bila.. saje suka suki nk celebrate birthday somi wpun dh lewat bb ari.. (sila pusing kan sikit kepala, x tau camne nak betulkan.. ;))

ROTI PAU
bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
(jika guna BM, masukkan semua bahan.... sehingga siap)
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan

Saturday, January 08, 2011

layanzzzz....

nie projek yg dah lama nak buat, tp br nie je dapat buatnya. niepun sbb guna base pizza yg siap dibeli di tesco. kalau ikut, nk buat base nyer bukan susah.. masuk bahan2 dlm BM dn tinggal sampai siap uli.... tapi tahap M nyer tuk basuh, kemas + ngan assistant 2 org nie, mmg perlukan tahap kesabaran yg tinggi tuk membuatnya. jadi, lupakan saja ye... dan base pizza nie bole kasi kredit sbb lembut walaupun x naik gebu.. tp makan waktu panas yer.. kalau dh sejuk, cam biasa la kan.. jadik keras sikit.


tuk mek nab yang tingin sangat nk makan spagety tu (rasa dh lebih 3 kali dia mintak... huhu. siannya).... harap sabarlah menanti yek. kena tunggu time yg betul rajin n en.somi ada di rumah. bahan sume dah beli, kalau x salah dh lebih 3 minggu tersimpan nu.... tp masih elok je kedudukannya.... :)

Saturday, December 25, 2010

Steamed Prune Cake..
sebelum dikukus


nie kisah selasa lpas... hajat di hati nak buat prune cake ni tuk adik bwk balik ke kg. etelah hampir 2 minggu dia menemankan kami anak beranak di sini.. (ehhee.. yg sebenarnya mintak tlg dia buat kerja NILAM aku yg tak siap lg nie.. )takpelah kan cik min, ada gak duit masuk kan.. :)
tp alkisah di sebalik buat kek prune yang ke 3 kalinya nie........
selepas 1/2 jam didalam kukusan..
abang.................. gas dh habis.........
dan abg pun x de tuk menyelamatkan kek ku.. terus call kedai runcit yg dkt ngn umah.
cakp kt makcik tu, "saya nak gas sekarang juga yek..." tunggu dok tunggu, hampir 15 min juga br smpai....
huwaaaa... nie lah jadiknya... tak berapa nak naik dah
Kali pertama buat- jadik sempurna dan gebu.
Kali kedua - tertidur dan hangus untuk adunan ke-2. (ai dh smpai kering)...nasib baik adunan ke-2 tu kecik je.
Kali ketiga - dh carik loyang besar sikit supaya boleh kukus sekali je. takdelah nk jadik kes ke-2 yg dok tunggu lama sgt smpai tertidor........................ tp gas habis la pulak.....emmmm
Steam Prune Cake

Ingredients
250g butter
2 cups self-rising flour
1/2 cup castor sugar
1/2 cup brown sugar
1/3 condense milk (tin susu biasa)
5 eggs
23 sunsweet prune (+ 120ml water and blend)
8 prune - for decorations

Note :
- Panaskan steamer dulu, dah mendidih baru masukkan adunan
- Pukul butter, castor sugar dan brown sugar.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
- Masukkan susu dan sunsweet yg dh blend dan gaul.
- Masukkan tepung dan gaul rata.
- Hias dengan buah prune n tutup ngn aluminium foil
- Kukus 1 ½ jam.

Monday, February 01, 2010

Menu ari nie..


breakfast pg td. Makan donut yang ada kisah disebaliknya. Malam semalam dalam kul 8, aku masukkan semua bhan kt BM ku. pastu tinggal pergi tidurkan aina. Ntah camne aku boleh ikut tertido, bila terjaga tengok jam dah pukul 10.30. mak aiii.. apa jadik ngn doh donut aku tu. Bila bukak tengok, lembik2 ya amat. Dah kembang dan turun balik. Nk kuarkan je dh melekit2, lagi nak bentuk jadik donut macamananyee.... Termenung jap la aku.. nak buang, atau cuba tmbh tepung. Karang tambah tepung makin x jadik, mmbazir tepung plak. Selepas 10 minit berfikir, aku cuba goreng ala2 cekodok seketul. Sekali jadik elok dn berebut ngn aqeel nak rasa. Tengok aqeel pun macam lapar, akupun tawakal lah tabur tepung... bolehla bentuk dn terap jadik donut. 5 ketul aku goreng tuk makan. Sira gula aising. Yang lain aku buat separa masak n masuk fridge. Pagi td barulah rajin nak letak coklat bagai ni...lunch.. Nasi Ayam Sempoi..menu last minit. tak rancang langsung. Guna la bahan2 yg ada ja...

Thursday, July 09, 2009



Kuih Buah Melaka..

Dah lama somi request kuih feveret dia ni, tp dok bayang2 cam susah je nak buat. pastu try la surf2 tenet (thanx kak liza).. la... senang n simple je bahan2 dia.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
gula Merah
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1.Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula merah di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

haa... yg nie ada org beli :) nyum2... mai jamu mata.

Sunday, April 19, 2009

stlh bb hari teringin makn donut, akhirnya dpt gak meluangkan masa buat pg semalm.
umi suka yg nie... yg nie filling blueberry n choc... nie permintaan hubby. dia suka yg inti kt dlm...

budak kecik ni makan je semua
Donut Suria.. (amik dr forum.. )
memang best sbb smpai ke ptg pun masih lembut..
Bahan A
3 cawan tepung
3 tablespoons susu tepung
3 tablespoons shortening
3 tablespoons gula pasir halus

Bahan B
*200ml air suam
2 teaspoons instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam
20 ml air – sbg tambahan jika perlu (saya tak tambah. just guna 200ml air)

Cara:
-Bancuh bahan B*.
-Masukkan ke dalam bahan A.
-Masukkan air tambahan.
(saya-> masuk semua bhn dlm BM... tinggal buat keja lain 1jam 1/2..pstu tinggal terap)
-Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat bulat.
-Perap then boleh goreng.

Sunday, April 05, 2009

Pizza...

minggu lepas dok seronok buat donut. dapat lak buat yg isi coklat kt dalam.. ala2 big apple la kununnya.. ahha. jadikla ada rupa sikit2. tp tak sempt snap gambar. sbb dh x sabar nk makan. aqeel pun makan smpai coklat ke telinga. habis comot..

semalam plak buat projek pizza. dh lama teringin nak buat. tp masih x berkesempatan.
pic sebelum bakar (tak letak cheese lg) n selepas.. nyum nyum..