Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, October 31, 2016

Jalan2 melbourne, Feb 2014

Ni cerita dah basi. Tapi sbb gambar dh tersimpan lama dlm hp ni. 😍happy sangat budak2 ms jalan sini. Huhuu.. sesekali merasa tempat sejuk💋

Tuesday, February 11, 2014

gold coast sepang

ni cerita cuti sekolah bln disember lepas.. haa.. hambik kau.... baru nk update..
cuti sekolah kali ni tak bercuti ke mana pun sebab ayah triple A sibuk memanjang. tambah plak aqeel dah mula sekolah 2hb dis lagi. alhamdulillah aqeel dh mula rasi dengan sekolah ni. masuk pukul 8pg-4ptg. moga jadi anak yang soleh..
dah nak masuk bulan 1, barulah ada kesempatan jalan. itupun tempat yang sangat dekat. ok la kan... tak stress perjalanan jauh...
taman temanya sgt2 ok sebab senang nk pantau budak2.. aqeel la paling happy.. dah tak takut nk naik yg tinggi2. dan paling lucu cuti kali ni, azhad sampai tertido kat dalam pelampung dia sbb tunggu abang main... hihii.... comel je tapi tak bwk hp/camera nk snap...
gmbr bwah nipun ihsan google... dan spt yang dapat dilihat dr bilik kami... ada jacuzzi lg kat bilik.. memang berendam je lah aqeel ngn aina... tp memang best.. cam nak pegi lagi je... huhuu..

Sunday, June 09, 2013

langkawi part 2

nielah aktiviti utama di sana...
sebab kurang berjalan..
menyelam dalam kolam je lah
dapatlah sejukkan badan di waktu cuaca panas..

azhad 1st time masuk pool..
one hotel helang... dekat ngan airport

hari ke-3, stay di holiday villa... mandi sampai muntahh..

ha, sampai aqeel pandai menyelam
mama, aina dah mula berani
azhad sgt happy!!
kaki gambul sape nie..hihiii...

nmpk gigi sumbing saya..huhu...

Saturday, June 08, 2013

cuti sekolah di langkawi

yeeea.. cuti sekolah kembali lagi
satunya, dpat rest (idok le restnya, kertas peksa kena tanda, pbs kena isi..)
duanya, somi akan selit2kan masa tuk kami family
(maklomla, bzzz memanjang..ujung minggu pun jarang ada..)
kali ni saje nak jalan ke langkawi lagi
sbbnya tahun lps pergi dpt sehari je sbb aqeel demam.
kena plak drive dr rawang n naik feri, tension ngn feri delay...
memang nak kena qada' la kan... 
huhu...
abg yang konon nak jaga azhad on d way ke airport

waaa... pesawat baru (pesawat- bak kata aina)

layan cartoon..... 1 jam je pun, tak sempat habis movie...

naik cable car.. aina muka takut je
Ada orang lebih cuak rupanya... peace!!

aqeel muka takde perasaan...huhu

hari ke-3, duduk kt holiday villa.... nk jln2 pantai pulak

dari balkoni bilik...
barang saya paling banyak... huhu, umi bawakkn
slow cooker ngan blender saya untuk saya
makan porridge...

tp berjalan kali ni agak terbatas
dengan ada baby
dan cuaca yang sangat panas..
nak berjalan pun mcm takde mood..
malam pulak, semua dah penat
sbb berjam2 berendam kt pool...
gambar kat pool di part 2... :)


Tuesday, March 05, 2013

hari seterusnya..
dari shanghai bergerak ke beijing menaiki speed train yang berkelajuan 300km/hr...tu dia, kalau bawak kereta macamana agaknya. tp duduk kat dalam tak rasa pun lajunya. budak2 la paling excited kat dalam train...lebih kurang 3 jam juga di dalam train baru sampai ke beijing. nasib baik train yg sgt selesa.
Turun je train, terkejut juga dgn suhu sejuk yang tidak disangka. rasa kt shanghai dah sejuk...tu 8C, di beijing -1 hingga -3C waktu siang dan malam mencecah -10C. nasib baik dah prepare pakai 3 lapis baju masa kt dalam train...

tu dia trainnya...
selesa
pemandangan sepanjang jalan

sampai di beijing.... sejuk menggigit tulang...
budak dah penat

Monday, February 11, 2013

sambungan...

mak aiii... bukan main lama nak post cerita2 seterusnya. rasa tak cukup nafas jadik cikgu sekarang nie. Banyak sgt kerja pengkeranian daripada mengajar yang sepatutnya tugas utama. kadang2 dah letih bila kat kelas sbb waktu2 free je tak pernah takde kerja. ada je kerja yang menanti, tu belum lagi bab menanda buku... mcm saya, mengajar 4 subjek dan 4 kelas. berasap.... yang paling masakkk nanti bila nak online masukkan band tuk PBS nanti.... memang berjaga malam nak menyiapkan..la nie cuti 5 hari nak kena masuk pula data murid SMM...
upssss... tak nak stressss!!!
k.. sambung balik cerita jalan2 china last week...

Day 2 : masih di Shanghai. Alex(our tour guide) bawak jalan pergi China town. very crowded dan jauh pulak kena berjalan.. yang kesian somi lah sbb terpaksa dokong aina yang dah keletihan. On the way keluar dr China town, Alex tunjukkan shopping complex tuk cari stroller. tu pun dia tak sure ada ke tak. somi ngn adik ipar pegi dan kami tunggu kt kfc. tp, misi mencari stroller masih tak berhasil....
ptg tu sebelum dinner, Alex bawa kami jalan di nanjing road. kat situ ada  mall yang besar yang hanya jual barang baby dan kanak2.. 6 tingkat semuanya, bayangkan betapa banyaknya pilihan keperluan untuk baby..



 
nie dia mall yang sy citer td...
sejuk2 pun.. ramainya orang..
 

Thursday, January 31, 2013

family trip to Shanghai n Beijing


Alhamdulillah.. telah selamat kembali ke bumi Malaysia selepas 7 hari berada di tanah besar China..bak kata pepatah melayu.. biarlah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri. ada yang best dan ada juga sebaliknya. citer sikit2 dulu dan tak nak lah bebel panjang.. layan gambar dulu je ye.. peace

Day 1 -at Shanghai
muka ceria je semua... :) bas yang selesa dan tour guide yg very friendly


tempat persinggahan pertama untuk sembahyang zohor+asar.
kelam kabut semua mengeluarkan jacket.
ni semua muka menahan sejuk. kalau tak salah suhu masa ni 2'C.
sepanjang jalan ke Shanghai dipenuhi dengan tanaman sayur
farmer house.. cantik2 kan..

Friday, December 16, 2011

Jalan2 PD

ni nak cerita kisah selepas terperap 7 hari kat rumah. hari ahad pagi, tetiba somi kata nk pergi kenduri kahwin kwan dia kt k.pilah dn plan terus tido kt PD... mak aii, dan2 tu jugalah search internet carik hotel..... memang x de pilihan lah kan... hotel yg tinggal semua >RM400, perghh!! cam nak bayar rumah sebulan. Akhirnya terjumpa Seri Bulan Condominium... emmm ok lah kan, 2 bilik+kitchen.. harga pun berpatutan. Memang suka sangat double A nie dapat keluar jalan+ mandi pantai +mandi swimming pool...Si Aqeel bb kali gak ucap terima kasih kat ayah sbb bawak jalan.... hahaaa... tu kena sentiasa sayang ayah tau!!
Dalam suasana yang happy tu... tetiba dapat call... sepupu meninggal akibat kanser. hati terus tak senang. Mnggu lepas masa kt HKL tak dpt nak jenguk sbb somi takde de kt kl, selepas 2 hari kt HKL, arwah dihantar balik ke Kuala Lipis sbb HKL dah tak boleh nak buat apa2....
Pukul 10, kami dah check out terus balik KL dan nak terus ke Lipis. Somi plak plus gelisah ngan interview dia hari tu.. sesambil nunggu call diangkat sbb dah janji ngn org tu nak jumpa. ..+jammed. Pukul 2 br sampai Raub, bila call adik arwah... rupanya dah dibawa ke jerantut. Takde rezeki nak jumpa arwah anak2 arwah... semoga rohnya dicucuir rahmat.... dan kami terus balik koyan.

bilik utama
ruang tamu


mandi laut


badan dh kesejukan.. tapi masih tak nak naik...

Tuesday, November 01, 2011

i-city...


ni kisah malam semalam. kami anak beranak temankan somi ambik barang kat puchong dan shah alam. dan ntah macam mana terlalu i-city... smpatlah singgah menjengok...(walaupun dgn berbaju tidur.. hehe...) cantik sangat lampu-lampunya. dan ntah mcm mana si aqeel nak naik night train (kalau tak salah nama). lepas tu pulak tak nak naik ngn ayah, nak naik ngn umi... terketar lutut umi ni ha. tak berani nak tengok bawah....sib baik lah dia berani, lama2 hilanglah rasa takut.
tp tak banyak ambik pic... sbb hp murah la katakan, tak clear langsung bila ambik malam.. emm... nak masuk snowwalk, tp tiket masuk... bukan main mahalll... emm... lain kali je lah ye aqeel...