Friday, August 26, 2011

bila hp dan tel rumah rosak... di saat2 emergncy..... waktu tu jugalah hp tak boleh on dan telefon rumah rosak. adehhh. ni kisah petang semalam. Pagi tu, ada program khatam Quran di sekolah, jadi pukul 1.00 ptg dah balik. dan memandangkan dah janji ngan aqeel nak ambil dia di tadika, terus pecut balik.... sampai je rumah, rehat jap sambil tengok wonder pets ngn aqeel.. tetiba dia ckp sakit perut. ok la kan... tapi, tetiba dgr dia merintih... umi, sakit..tak boleh nak berak.... uminya ni pun bagi kata2 semangat, cuba sikit.. teran sikit...cuba j*** sikit. tp dah dkt setengah masih tak boleh lagi.... hp mmg dr pg mmg dh prob. dan bila nak call somi, telefon rumah pulak rosak..... aduhhh.. ulang alik 3-4 kali cuba dua2 telefon....... tp hampa...


akhirnya cakp ngn aqeel... suruh dia duduk kejap, umi kena keluar cari telefon nak tanya ayah, kat mana dia letak ubat sembelit... tgh dok siap2, tetiba dia menjerit




"umi, aqeel dah berjaya... cepat tengok nie.... besarrr........" hahahaaaa... nk gelak pun ada... tp leganya ya Allahh..

emm... teringat plak hp lama yg disimpan tuk waktu2 kecemasan mcm nie... dua2 dah selamat kena curi masa rumah kena pecah. termasuklah jam hantaran kami sepasang.....
semoga bln ramadhan akan menginsafkan mereka2 nie..

apa plan lepas nie.. dah takde hp...
teringin ni
tp mimipi je lah dulu... beli hp palig murah pun ok

Monday, August 22, 2011

alhamdulillah...
nie cerita aktiviti semalam.... selepas penat menyental carpet, membasuh baju2 dan mengemas mana yang patut sampai ke tengahari... ptg lepas zohor kami jalan2 cuci mata kat houz depot kota damansara..... cuci mata je ke? hehheeee.... akhirnya dapat juga benda yg telah lama diidam2kan.... rasanya dr zaman bujang. pastu ms masuk rumah 2 tahun lepas masih tak tercapai lagi hajat.... dan alhamdulillah akhirnya............. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
selepas oven lama rosak tak tau kali ke berapa ntah hantar repair, dan skrg nie api bawah langsung tak berfungsi... segala bagai muffin, kek dan roti mmg dah lama cuti....
apa saja yg boleh dibuat dengan api atas... hanya bakar ikan, ayam, lamb je lah bolehnya.

selepas makan lamb ngn nasi arab hari tu, tetiba ada org mengofferkan diri nak belikan....
alhamdulillah..tq abang.. semoga murah lagi rezeki abang lepas nie......
Ayam Bakar Mandi

:) mm... saya letak resepi nasi arab je sebelum nie.. tp lupa pulak lauknya

Untuk Nurul... ni bahan2 untuk ayam
Akak rujuk fotopages Mama sya.. terima kasih mama sya..

Ayam Bakar Mandi

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa (yang ni sy tukar letak rempah kari)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

memandgkan kami hanya makan berempat.. buat 4 ketul ayam je dah cukup, semua bahan kurangkn sikit.. ayam tak bape nk cantik - kurang kunyit/pewarna

dan untuk lamb... saya guna bahan sama macam ayam....

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Sunday, August 14, 2011

Menu berbuka semalam...


Memandangkan anak beranak suka sangat makan nasi arab di Restoran Saba dan wadi hadramawt... kenalah beranikan diri mencuba masak nasi arab ni. Mana tau satu hari nanti, dh tak payah la membazir tiap2 bln pergi ke sana lg kan ... :)dah lama sebenarnya, tp mcm was2 je.. bole jd ke tidak... tp kebetulan plak jumaat lepas dgr ikim pukul 10pg- cara2 membuat nasi mandy(nasi arab).. dgr chef sabri ckp, mcm senang je... apalagi, balik je sekolah terus singgah tesco carik bahan2.....


Nasi Mandy (Nasi Arab)
Dr chef Sabri - (sya ubah sedikit :))


4 cawan beras basmathi
4 cawan air/ air rebusan daging
1/2 cawan minyak sapi/minyak jagung
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
serbuk kunyit (yg ni saya tukar pewarna kuning telur)
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan garam
2 sdu makan gula
serbuk perasa

Cara :
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi kecuali air dan pewarna, kemudian kacau hingga rata.
2.Tuang air ke dalam periuk nasi tersebut dan masak seperti biasa.
3.Bila garing buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning telur. Gaul berhati-hati supaya tidak merosakkan nasi.



Cara berlauk
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan+air
2 biji telur
serbuk kunyit

Cara :
1. campurkan semua bahan dan kisar.
2. Bakar atas acuan dan masukkan inti(sama cam buat murtabak), daun sup, cili... siapp...

pstt..ni cerita sabtu lepas, br je post.. hehe.
la nie dh seminggu... dah 2 kali buat nasi arab nie sbb pagi isnin, bangun je tidur aqeel mintak nasi ni... aduhhh... kena la buat ptg tu sekali lg, kali ni buat lamb..... masyukkk

Thursday, August 11, 2011

Salam Ramadhanwalaupun agak terlewat... tp nak juga sy mengucapkan salam ramadhan untuk semua.
semoga ramadhan kali ini akan menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah...


setakat nie masih tak jejak lagi bazar ramadhan... bukannya apa, risau nafsu dan keinginan tak dapat dikawal bila melihat pelbagai jenis makanan... huhu... alhamdulillah, setakat ini masih ada masa walaupun sedikit untuk masuk ke dapur sediakan juadah berbuka. semangat sikit masak kali nie sbb en.somi ada kat sini tak macam tahun2 lps. ada la yang tolong perabih.... :)