huhuuu.... seperti kata kakak ku.. dianyer blog katanya dah bersawang. terasa ok... . akunyer lagi teruk bersawang... hahaa..
keadaan kesihatan aku yg sgt teruk sejak kbelakangan ini... last week ari selasa, aku ada interview spp kt putrajaya. oleh kerana en.somi outstation kt penang, terpaksalah drive sorg2.. dan yang membuatkan aku sakit hati gila2 tahap gaban..... aku x dpt interview ari tu disebabkan dokumen yang tidak lengkap...
balik tu aku terus singgah sekolah n print borg baru dan mintak GB buatkan baru.. tp almaklumlah ngn kesibukan GB dan dengan sibuknya sekolah buat persiapan menyambut kedatangan FAS...
so, kak shida bagi aku buat sendiri.. suh tiru je sejibik sebijon borang sebelum ni.. dan kak shida tlg kirakn %.. jadiknya aku tahulah % tatatertib dan perlakuan aku di sekolah yang sepatutnya SULIT... nyeh!!nyeh!!
ari rabu rehearsal tuk FAS datang.... waktu nyanyi lagu negaraku... aku dh rasa kepala n badan lain macm je... dn bila lagu selangor... mmg tanda2 nk pitam dah aku rasa.. aku pegang pintu kuat2, aku perasan cikgu azizul ada lalu kt ngan aku.. tp takkan aku nk berpaut kat dia kan... kang tak pepasal kata aku menggatal plak. jadiknya aku mengharapkan pintu dewan tuk berpaut.. dan pastu..... GELAP!!
sedar2....aku dah terbaring kt simen koridor luar dewan... betul la aku pitam.. aku ingat bila pegang pintu kuat bolehla bertahan.. rupanya longlai juga... beberapa org cikgu tlg aku.. thanx ek kakak2 yg tlh membantu aku...
dan hari tu, sampai malam badan aku tak bermaya... gila lembik tak mampu nak buat apa2..
ari khamis tu aku kena dtg balik putrajaya.. interview kul 7.30am. kul 5.30 aku dah gerak dr umah dalam keadaan badan separa sedar.... sib baik dpt org 1st, taklah menunggu lama sgt. balik terus berkejar ke pkg gombak tuk bengkel rakan pembaca.... ntah apa yang dicakap sepanjg bengkel tu.. aku pun tak tau sbb aku betul2 keletihan....
dan bebaru nie, sekali lg aku hampir pitam. dan nasib baik lah tengah duduk kt bilik guru... dan ada kak zai kt situ... cepat2 dia amikkan air dan basuhkan muka aku..
tp sampai la nie aku tak pegi cek lg... sedih tau en. somi asyik outstation je. nk drive smpai ke gmc betul2 tak larat. ada la pegi klinik swasta kt area2 nakhoda ni kan.. tp bila tgk Dr. tu cam tak confident je, karang charge mahal tp puueh hati..