semalm dia msj, tp sbb dh zzzz, tak terbalas plak sms.
rupanya nk buat kuah kacang... nak ajak sape makan nie ;)
bb ari sebelum gie umrah ari tu, ada gak buat kuah kacang tuk office somi, saje buat makan2.. tp lupa lak nk snap gmbar..
akak selalu buat cmpak2 je, ni amik kt forum yg dh edit ikut akaknya bhn dn cara..
Kuah Kacang Version Amy..

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng dan dikisar
Dikisar dgn air:
6 batang serai
1 inci lengkuas (tak letak pun x pe)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam
Asam jawa
Gula
Garam
Air anggaran 400ml - 500ml
Kerang yang dh direbus dn dikupas
Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.
7. Masukkan kerang. Masak lagi sehingga naik minyak.....
(jarang orang letak kerang nie, tp sy sgt suka okey.. sbb ada la lauk kan bila makan ngn nasi impit. Tak payah makan ngn benda lain dah.. )
