Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Ayam Bakar Mandi

:) mm... saya letak resepi nasi arab je sebelum nie.. tp lupa pulak lauknya

Untuk Nurul... ni bahan2 untuk ayam
Akak rujuk fotopages Mama sya.. terima kasih mama sya..

Ayam Bakar Mandi

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa (yang ni sy tukar letak rempah kari)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

memandgkan kami hanya makan berempat.. buat 4 ketul ayam je dah cukup, semua bahan kurangkn sikit.. ayam tak bape nk cantik - kurang kunyit/pewarna

dan untuk lamb... saya guna bahan sama macam ayam....

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Sunday, August 14, 2011

Menu berbuka semalam...


Memandangkan anak beranak suka sangat makan nasi arab di Restoran Saba dan wadi hadramawt... kenalah beranikan diri mencuba masak nasi arab ni. Mana tau satu hari nanti, dh tak payah la membazir tiap2 bln pergi ke sana lg kan ... :)dah lama sebenarnya, tp mcm was2 je.. bole jd ke tidak... tp kebetulan plak jumaat lepas dgr ikim pukul 10pg- cara2 membuat nasi mandy(nasi arab).. dgr chef sabri ckp, mcm senang je... apalagi, balik je sekolah terus singgah tesco carik bahan2.....


Nasi Mandy (Nasi Arab)
Dr chef Sabri - (sya ubah sedikit :))


4 cawan beras basmathi
4 cawan air/ air rebusan daging
1/2 cawan minyak sapi/minyak jagung
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
serbuk kunyit (yg ni saya tukar pewarna kuning telur)
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan garam
2 sdu makan gula
serbuk perasa

Cara :
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi kecuali air dan pewarna, kemudian kacau hingga rata.
2.Tuang air ke dalam periuk nasi tersebut dan masak seperti biasa.
3.Bila garing buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning telur. Gaul berhati-hati supaya tidak merosakkan nasi.



Cara berlauk
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan+air
2 biji telur
serbuk kunyit

Cara :
1. campurkan semua bahan dan kisar.
2. Bakar atas acuan dan masukkan inti(sama cam buat murtabak), daun sup, cili... siapp...

pstt..ni cerita sabtu lepas, br je post.. hehe.
la nie dh seminggu... dah 2 kali buat nasi arab nie sbb pagi isnin, bangun je tidur aqeel mintak nasi ni... aduhhh... kena la buat ptg tu sekali lg, kali ni buat lamb..... masyukkk

Monday, April 19, 2010



















nie dh tak ingat menu bile.. sbbnya dh lama sgt tak hupdate blog kan.. ahaksss.... sempat snap2.. itu pun yang ingat... pastu simpan je dlm hp... mmm... bz sgt ke.. kursus seminggu + ada lawatan dr ppd... jadiknyer kena bertungkus lumus kemaskini semua fail2 dan tambah keceriann. tp ntah ler.... dalam kesibukan nie, ada sesuatu yg menyebabkan aku down giler tahap babas... memandangkan tanggungjawab kena dilaksankan kan.. aku tgh memotivasikan diri tuk mengikhlaskn semua benda yang aku dah buat dan akan aku jadikkn pengajaran di masa akan datng.

upsss... emo plak... nak citer menu nie..

memandangkan aqeel sgtlah susahnya nk makan nasi putih dan sangatlah suka ngn nasi 2 cam beriani.. maka... uminyer surf2 kt tenet dan inilah hasilnya....... kata suami.. not bad la.... dan aqeel sangatlah sukanya dia
jadiknye... kena la merajinkan diri ujung minggu buat nasi2 gini...
nape ek.. gmbr nasi nie terbalik... takpe lah yek.. layannnn....


Thursday, March 18, 2010

mm.. kebizian mlanda sejak masuk krja. bagaikan berkilo2 batu dihempap kt kepala je rasa. aduhh, apesal la ada pertambhn jawatan lg nie. yg aku pegang nie pun dah buat aku pening dh tmbah lagik yg baru. rasa cam nak jadik suri rumah sepenuh masa plak... melihat perkembangan aqeel dan aina sepanjang bercuti 3 buln.. aqeel dr pandai sebut hujung perkataan je smpai dah pandai cakap berayat lengkap. pandai alif ba ta smpai ya... one two three smpai ten... abc je yg x fasih lg... dan yg best, dh hafal doa makan dan bb zikir kt oasis wpun ada pelat2 sikit.....huhuu.. tp.... boleh ke camtu?..........................dn bile fikir2 balik, aku kena berfikirn positif.. dan tuk sedapkan hati, aku akan cuba buat yg termampu...

uppsss... malas nak emo skrg nie kan... cuti sekolah pun buat keja sekolah.. tp buat ala2 happy gitukan... hehhee... esok br nak balik kg... dapat 3 hari jadilah.. balik ngan anak2 je sbb somi akan ke penang sampai ahad dan terus ke batu pahat n JB... apo nak buek kan, dah kejenya camtu... takpe.. yg penting gaji dah naik 20% thn ni... alhamdulillah..masyukk...abg, jgn lupa janji yek!! hehee..
Ni tak ingat hari apa buat, saja try nasi jagung sbb aqeel suka nasi2 yg cam gini. kalau nasi putih amatlah sukarnya tuk dia makan. dan memang bertmabah2 la dia makan hari tu..
Nasi Jagung

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dihiris memanjang)
2 camb minyak sapi
2 camb minyak masak
1 cawan frozen corn
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras
air secukupnya
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara-cara
-Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
-Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
-Masukkan frozen corn dan beras yang telah dibasuh. Gaul sehingga rata.
-Masukkan susu cair, air, daun pandan, garam dan pewarna. Sukatan air mengikut keperluan beras masing-masing. Sy guna petua sukatan air sebyk dua ruas jari telunjuk dari paras beras.
-Setelah masak, hias dengan hirisan cili, bawang goreng dan daun bawang.