![]() |
| hiasan oleh chef ajmal... |
![]() |
| cepat betul whipping cream nie cair... kena plak org yg sgt 'mahir' mcm saya, habis meleleh2... tp cream sgt sedap macam aiskrim |
Fruit Cake
Bahan Kek :
500g tepung sponge mix (beli kt kedai bhn
500g telur (8 biji telur gred A)
125g air (125 ml air)
125g minyak jagung/ melted butter (sy guna minyak jagung)
Cara :
1. Pukul sponge mix, telur dan air selama 1min (slow speed)
2. Pukul lagi 5 min (high speed)
3. Perlahankan semula dan masukkan minyak jagung sehingga minyak bercampur rata
4. Bakar 45 min, suhu 180'C
Bahan Cream
250 ml whipping cream
gula (ikut suka nak manis)
3-5 titis sunquick
3 sudu besar apricot gel4-5 sudu besar air
(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair – siap utk digunakan)
Bahan hiasan :
kiwi
anggur
longan
(apa2 je buah ikut kreativiti masing2)
Cara :
1. Keluarkan cream dan putar sehingga likat dan gebu. (cream tak jatuh bila kita terbalikkan mangkuk)
note : tak boleh terlebih putar kerana cream akan cair....
Cara Membuat Kek Buah-Buahan
1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua.Sapukan krim rata-rata di atas satu bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan (sy letak buah longan dlm tin). Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi bahagian kek tadi.
2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh pula badam hiris yg telah dipanggang.
3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rata ke atas buah-buahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk.












































