Thursday, December 15, 2011

HaPpY BiRthDaY AiNa

15h Disember -genaplah Aina 2 tahun hari nie... Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendengar kata... nak tulis panjang tentang aina, tp mood menaip x de plak lg nie... k.. layan kek nie...

Saturday, December 10, 2011

tetp keluar duit

perghhhh... cukup seminggu dalam umah. Ni dh tahap bohsan yang amat sangat. Cadang nk gi kedai bahan bakery.... tp ajak aqeel siap pujuk2, dia takmo keluar gak. Katanya nak tunggu ayah balik baru keluar... huwaaa.. yang tekak uminya nie nak makan kek lg... (cheese lagi ke.....? yum yumm.. adehhh) tak tertahan bila intai kat dapur org... sungguh kuat godaan mu wahai cream cheese..
bila tak keluar rumah, memang tak keluar duitlah sepatutnya. dapat jimat seminggu sbb stok makanan dlm fridge tu memang cukup dah. tp....... bila buka blog kak ita pg semalam... meleleh air liur tengok RVnya ni. Pastu dia buat menggunakan tepung premix dr sorang member fbnya Aziana. dan2 tu je sy sms dan order. Maka keluar juga duit... hehe.. x pelah, janji dapat buat dan makannnn.... dan ingatkan boleh dpt hari ni. Rupanya toke Aziana kata selasa baru dapat pos. aduhai..lamanya.......
gambar ihsan dr google.... 

Thursday, December 08, 2011

terperap dalam rumah



misi sepanjang cuti....

aina.. so cutee..

tgh bergaduh
baca doa makan
hari nie masuk hari ke-5 kami anak beranak terperap dalam rumah.... pintu pagar still berkunci selama 5 hari... nielah yg kebiasaannya berlaku bila somi outstation, dan saya plak cuti sekolah. memang tak keluar ke manalah kami. duduk dlam rumah, kemas rumah (wpun kemas sekjp je...sbb tukang sepah sentiasa ada..)main kat halaman sesambil cabut rumput pendatang yang dah mula merosakkan rumput carpet, masak2, tengok tv..... tp bestnya, ada masa untuk membaca buku2 yg semakin bertambah kt bilik bacaan tu. harap2 dapatlah habis 2-3 buah.... haha, la nie satu pun x habis lg... adehhh...




Wednesday, December 07, 2011

Kuih Cara Manis

menu breakfst
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan + air ( sy guna 1 kotak kecil santan ayam brand + 2 cwn air)
2 biji telur
sedikit pewarna hijau (pati pandan)

Cara :
1. campur semua bahan dan kisar
2. panaskan acuan
3. masukkan bahan adunan
4. masukkan gula, biar tutup seketika
5. siap
6. makannnn

adunan ni jadik banyak dan dapatlah hulur kt jiran belakang rumah....


Tuesday, December 06, 2011

Donut

Ni cerita semalam, dah lama sangat BM dok dalam kabinet tak beroperasi... teringat plak si Aina suka sgt makan donut coklat bila bawak dia pergi beli kuih. La ni dh cuti kena rajinkan diri. Seawal selepas subuh sebelum bebudak nie bangun... terus masuk bahan2 dlm BM...

tung tang tung tang... dah siap letak pinggan sume, nak la snap. pegi amik hp sekali nkmasuk dapur, da org dh bawak lari donat..... mmg x dptlah nak snap.. yg nie je dapat...

sedih la tengok gambar hasil dr hp nie.... tan cun langsung tuk snap gambar dekat.hanya ok untuk outdoor...................... emmm.... bilalah nak nak dapat dslr jatuh dr langit nie... kuang kuangg...
tersandar selepas menghabiskan 2 biji..
budak baju belang oren yang bawak lari...

comel tak saya....
lunch n dinner.. nasi goreng, drumstic goreng dan sambal belacan...

Friday, December 02, 2011

Kek Lapis Cheese Persona


 time2 cuti macam nie... asyik teringin nak makan je. dah beberapa minggu mengintai dapur2 blogger lain, dan tak boleh tahan tengok kek yang berunsur cheese.... meleleh air liurrr. memandangkan minggu nie somi kerja kat segamat, maka kurang sikit masak2 memasak nasi berlauk. sbb nak masak beria, bukanlah aina ngan aqeel makan sangat. mereka ni lebih suka makan kuih2. jadinya apalagi... uminya pun beroperasi..buat apam polkadot lg, dadih.... dan... Kek Lapis Cheese Persona. memang mabeles... tp double A ni makan setakat 2-3 suap je. muak kot.....

tangan yang dh tak sabar...
konon ala master chef.. hehe .. tak layak langsung


tukang rasa

Kek Lapis Cheese Persona
Resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (sy guna 1 bungkus je jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan


B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya membuatnya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul menggunakan mixer hingga sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Terima kasih empunya resepi. mr. Ryo, mmg sedap... cuma sayanya cheese krim kurang kembang kot sbb tak smpai sebungkus biskut, krim dah habis dan lapisan pun tak bape nak nampak krim.... tp itu pun dah sodap.....

Tuesday, November 29, 2011

Aina nak stop BF


Mmm... lagi 2 minggu genaplah aina 2 tahun. Dah makin bijak anak umi nie dan akan adalah dua perubahan besar kat aina.. yang pertamanya nak kena stop bf. Misi dah pun bermula sejak tiga hari lepas, ni gara2 dua tiga kali dia gigit sampai my nipple luka. Nak marah pun tak boleh sbb masa tu dia tidur, mana nak sedar. Uminya yang melolong kesakitan. Atas perbincangan dgn suami, boleh la kot mula fikirkan untuk hentikan bf. Mula-mula cakap kt dia yang t**** umi luka dan berdarah sbb aina gigit. nak bagi real, letak pewarna makanan merah sikit. Memang tak nak lah dia.. masuk hari kedua.. jenuh juga nak pujuk dan guna cara psikologi. Cakap yang aina dah besar, malulah kalau nak nenen lagi... macam2 lah uminya ni buat cerita. Hari ni masuk hari ketiga, kesian pun ada bila dia tarik2 baju nak menyelak... tapi bak kata suami, kena kuat dan nekad, lama2 oklah tu...
Misi kedua- free dypers  untuk siang hari.. macam aqeel hari tu pun genap 2 tahun, masa tu aqeel tak pandai cakap pun lagi. Agak payah la juga. Penat?? of coz la kan sbb hampir seminggu juga terkucil sepah2.. ni aina dah andai cakap, harap2 kuranglah sikit kerja umi...

Monday, November 28, 2011

Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan Tadika Al- Farabi

saya dimaklumkan oleh cikgu aqeel yang aqeel masuk tiga 3 persembahan, nasyid, amali solat dan doa.. berkobar2 ayahnya nak tengok persembahan aqeel. Umi dah tengok masa raptai, ok je diaa...
tp lain plak cerita pada masa majlis tu, masa persemabhan pertama nasyid... mmber yg sebelahnya teresak2.. tetiba dia plak menangis n lari turun pentas sebelum habis.. emm.. lawak pun ada.... tp mungkin dia terkezutt kot dengan orang ramai. lepas ni kena fikirkan strategi bila dia ada persembahan lagi. Saya kena menyorok dulu sbb cikgunya kata dia ok je sepanjang latihan bberapa minggu lps. Ni bila emaknya ada, jadik lain plak. Aduhai Aqeel.......
tp takpelah... yang penting nampak perkembangan dia sepanjang setahun sekolah nie. Alhamdulillah dah hafal beberapa surah lazim, surah yassin ayat 1-7, ayat kursi, bacaan solat dan doa2..... Bacalah anakku pun dah sampai buku 5, dan nampak dah boleh membaca wpun merangkak2 dalam umur 4 thun 2 bulan.. Harap2 dia tak jemu untuk menempuh 2 tahun lagi tadika....

sedia untuk pesembahan pertama

saya dapat!!

terbaekk!!


.

Tuesday, November 22, 2011

Cuti Sekolah

cuti sekolah sudahpun bermula.. maka bermualah episod duduk di rumah.. bestnya dapat sepenuh masa ngan double A.... walapun tone suara yang selalunya tinggi tanpa dapat dikawal. hehe.. maklumlah anak2 tgh membesar, yg si aqeel suka menyakat aina, aina plak dah pandai nak lawan.... mana tahan kalau asyik kena buli ye tak...
nak ke mana cuti ni? emmmmm... masih takde plan lg. en. somi ada outstation kt JB awal dis nanti. tak taulah nak ikut ke tak. sebabnya.... bukan ada tempat yg boleh kami kuar jejalan kan.. kalau ikut en.somi. dia teringin nak ke pulau, tp mana boleh plak nak ke pulau bulan dis nie... takpelah, simpan tuk tahun depan.. kumpul duit dulu...

Friday, November 18, 2011

Apam Polkadot

Apam yang dah lama na cuba buat, akhirnya dapat juga menyampaikan hajat. Bagi mereka yang suka masuk dapur mesti dah basi ngan resepi nie kan. Saya baru terkedek2 nak mencuba...

Ni pun gara2 membeli apam ni untuk aina.... bkan main syok dia makan sampai 3 biji... pastu ptg tu ek ek.... keluar kaler hijau macam kaler apam tu.. agak2 bape banyak pewana yang dia guna ataupun pewarna yang bukan untuk makanan ke???? isyy... nasib baik tak kena cirit...
Kali pertama cuba hari Isnin lepas, buat sekali untuk bekalan hari anugerah kat sekolah... nasib baik menjadik. Sbbkan ari rabu ptg, balik dari taska si kecik aina terus bukak tudung saji mencari apam.. bila paginya plak, si aqeel mencari nak bawak bekal ke taska. tak sampai hati pulak umi. semalam saya pun gigihkan diri buat untuk kali yg ke-3 untuk minggu nie... Terima kasih empunya resepi...






Apam Polkadot
Sumber resepi:
Shelly@myresipi.com
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Tuesday, November 01, 2011

i-city...


ni kisah malam semalam. kami anak beranak temankan somi ambik barang kat puchong dan shah alam. dan ntah macam mana terlalu i-city... smpatlah singgah menjengok...(walaupun dgn berbaju tidur.. hehe...) cantik sangat lampu-lampunya. dan ntah mcm mana si aqeel nak naik night train (kalau tak salah nama). lepas tu pulak tak nak naik ngn ayah, nak naik ngn umi... terketar lutut umi ni ha. tak berani nak tengok bawah....sib baik lah dia berani, lama2 hilanglah rasa takut.
tp tak banyak ambik pic... sbb hp murah la katakan, tak clear langsung bila ambik malam.. emm... nak masuk snowwalk, tp tiket masuk... bukan main mahalll... emm... lain kali je lah ye aqeel...

Saturday, October 29, 2011

Jalan-jalan Melaka

Bukan selalu dapat jalan2 ngan emak, abah dan adik beradik nie. Peluang pergi konvo cik min di Utem, kami pun ambil peluang jalan2 area Melaka. Dan akkhirnya dapat juga bawa aina ngn aqeel pergi zoo. Bukan main happynyer, tambah plak dapat jalan dgn dua sepupunya...
Aina ngn Aqeel dapat merasa naik kuda
nice pic wapun ngn hp cikai.. :)

congrats cik mien...


Tuesday, October 18, 2011

Final exam...Minggu ni adalah mnggu exam anak2 didikku....
5 cekal -->cikgu dah curahkan segala ilmu, rumus, petua dan mcm2 lagi.... tinggal usaha kalian sahaja. Banyakkan berdoa dan jangan mudah berputus asa.
1 cermat & 1 cerdas--> kesian murid2 ni, selalu je terlepas kelas disebabkan masa selalu clash dengan meeting... apapun, cikgu sentiasa mendoakan kalian semua lulus dengan cemerlang... aminnn...

Sunday, October 16, 2011

Kuih Talam Keladi

bersawang sudah saya punya blog.... minggu sibuk telah berakhir. 2 minggu yang lepas sibuk dgn audit ISO, memang betul mencabar.. camne sekolah saya yang diatara dua sekolah yang boleh terpilih untuk SPSK. memang semua tu ada kebaikannya untuk jangka masa panjang, tp cikgu2 nie yang agak terbeban. sangat2 letih dengan nak kejar silibus p&p, program sekolah, kerja2 di PSS.... tapi kita hanyalah pelaksana. Apa2 pun, kenalah juga laksanakan....
minggu lepas sibuk pula dgn khidmat bantu PSS, maka berkampunglah semua GM zon Gombak di SK Sg Kertas. Alhamdulillah, perubahan yang sangat ketara. dah cantik dah Pss nyer.. PSS sendiri bila la plak nak buat... :)

K, ni nak tempek resepi yang baru dicuba. walaupun rupa tak seberapa, tp rasa mmg superb... tq kepada pemilik asal resepi di myresepi..

Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )

  • Bahagian Atasnya :-
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 st. garam
  • 1 st. perwarna purple
  • Bahagian Bawahnya :-
  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan keladi dadu siap rebus
  • 1 biji telur
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
  2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata.
  3. tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit
  4. buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.
  5. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelaha.Selamat mecuba.

Saturday, October 15, 2011

Patin Tempoyak

Patin nie, suami dapat dari kawan adik ipar.. punyalah besar. sekor patin lebih kurang 3kg.... dan dapat pulak 2 ekor. jenuh jugalah en.somi nak menyiang.... bahagi2 dan bagi kat jiran ngn adik ipar. bila nak masak, kenalah telefon org pakar masak patin tempoyak ni... sape lagi kalau bukan kak long kita yg duduk di kuantan nu.... dan nilah hasilnya....Bahan2 :
3 potong ikan patin
~10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
tempoyak
timun cina
garam

Cara :
1. tumbuk cili padi dan kunyit hidup
2. masukkan dalam periuk bersama tempoyak, daun kunyit, garam secukup rasa dan air. Gaulkan
3. Masukkan ikan dan masak........

Saturday, September 24, 2011

Projek dadih jagung...

semalam seperti biasa, hari jumaat adalah hari superbibik untuk saya... sampai je rumah terus solat dan pegang penyapu, mop lantai dan sental toilet.... siap je terus buat dadiih jagung. on th way balik sempat singgah NSk beli bahan2.
uminya tak suka sgt makan dadih, tp memandangkan anak2 suka sgt...... cuba la buat.Bahan2 :
450 gm coffemate*
1 peket agar2 10gm*
1 tin susu sejat*
2 cawan gula*
3 liter air*

1 tin jagung krim
perisa jagung

Cara :
1. Masukkan semua bahan * dan gaul sehingga mendidih.
2. Bahagikan jika hendak membuat pelbagai perisa.
3. Untuk versi ni, saya buat perasa jagung semua. Masukkan perasa jagung.
4. Sendukkan jagung krim ke dalam bekas dan tuang bahan yang siap dimasak tadi ke dalam bekas...
Hasilnya....... tetiba saya jadi suka makan dadih....

Friday, August 26, 2011

bila hp dan tel rumah rosak... di saat2 emergncy..... waktu tu jugalah hp tak boleh on dan telefon rumah rosak. adehhh. ni kisah petang semalam. Pagi tu, ada program khatam Quran di sekolah, jadi pukul 1.00 ptg dah balik. dan memandangkan dah janji ngan aqeel nak ambil dia di tadika, terus pecut balik.... sampai je rumah, rehat jap sambil tengok wonder pets ngn aqeel.. tetiba dia ckp sakit perut. ok la kan... tapi, tetiba dgr dia merintih... umi, sakit..tak boleh nak berak.... uminya ni pun bagi kata2 semangat, cuba sikit.. teran sikit...cuba j*** sikit. tp dah dkt setengah masih tak boleh lagi.... hp mmg dr pg mmg dh prob. dan bila nak call somi, telefon rumah pulak rosak..... aduhhh.. ulang alik 3-4 kali cuba dua2 telefon....... tp hampa...


akhirnya cakp ngn aqeel... suruh dia duduk kejap, umi kena keluar cari telefon nak tanya ayah, kat mana dia letak ubat sembelit... tgh dok siap2, tetiba dia menjerit




"umi, aqeel dah berjaya... cepat tengok nie.... besarrr........" hahahaaaa... nk gelak pun ada... tp leganya ya Allahh..

emm... teringat plak hp lama yg disimpan tuk waktu2 kecemasan mcm nie... dua2 dah selamat kena curi masa rumah kena pecah. termasuklah jam hantaran kami sepasang.....
semoga bln ramadhan akan menginsafkan mereka2 nie..

apa plan lepas nie.. dah takde hp...
teringin ni
tp mimipi je lah dulu... beli hp palig murah pun ok

Monday, August 22, 2011

alhamdulillah...
nie cerita aktiviti semalam.... selepas penat menyental carpet, membasuh baju2 dan mengemas mana yang patut sampai ke tengahari... ptg lepas zohor kami jalan2 cuci mata kat houz depot kota damansara..... cuci mata je ke? hehheeee.... akhirnya dapat juga benda yg telah lama diidam2kan.... rasanya dr zaman bujang. pastu ms masuk rumah 2 tahun lepas masih tak tercapai lagi hajat.... dan alhamdulillah akhirnya............. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
selepas oven lama rosak tak tau kali ke berapa ntah hantar repair, dan skrg nie api bawah langsung tak berfungsi... segala bagai muffin, kek dan roti mmg dah lama cuti....
apa saja yg boleh dibuat dengan api atas... hanya bakar ikan, ayam, lamb je lah bolehnya.

selepas makan lamb ngn nasi arab hari tu, tetiba ada org mengofferkan diri nak belikan....
alhamdulillah..tq abang.. semoga murah lagi rezeki abang lepas nie......
Ayam Bakar Mandi

:) mm... saya letak resepi nasi arab je sebelum nie.. tp lupa pulak lauknya

Untuk Nurul... ni bahan2 untuk ayam
Akak rujuk fotopages Mama sya.. terima kasih mama sya..

Ayam Bakar Mandi

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa (yang ni sy tukar letak rempah kari)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

memandgkan kami hanya makan berempat.. buat 4 ketul ayam je dah cukup, semua bahan kurangkn sikit.. ayam tak bape nk cantik - kurang kunyit/pewarna

dan untuk lamb... saya guna bahan sama macam ayam....

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.