Saturday, June 08, 2013

cuti sekolah di langkawi

yeeea.. cuti sekolah kembali lagi
satunya, dpat rest (idok le restnya, kertas peksa kena tanda, pbs kena isi..)
duanya, somi akan selit2kan masa tuk kami family
(maklomla, bzzz memanjang..ujung minggu pun jarang ada..)
kali ni saje nak jalan ke langkawi lagi
sbbnya tahun lps pergi dpt sehari je sbb aqeel demam.
kena plak drive dr rawang n naik feri, tension ngn feri delay...
memang nak kena qada' la kan... 
huhu...
abg yang konon nak jaga azhad on d way ke airport

waaa... pesawat baru (pesawat- bak kata aina)

layan cartoon..... 1 jam je pun, tak sempat habis movie...

naik cable car.. aina muka takut je
Ada orang lebih cuak rupanya... peace!!

aqeel muka takde perasaan...huhu

hari ke-3, duduk kt holiday villa.... nk jln2 pantai pulak

dari balkoni bilik...
barang saya paling banyak... huhu, umi bawakkn
slow cooker ngan blender saya untuk saya
makan porridge...

tp berjalan kali ni agak terbatas
dengan ada baby
dan cuaca yang sangat panas..
nak berjalan pun mcm takde mood..
malam pulak, semua dah penat
sbb berjam2 berendam kt pool...
gambar kat pool di part 2... :)


Thursday, June 06, 2013

soft japanese cheese cake

ni cuba resepi lain...
saje nak try mane lg ok kan ;)
dan hasilnya mmg mabeles....
masuk yg kali nie dah kali ke-4 buat kot....
resepi amik dari sini->; tq cahaya cintaku  empunya resepi
nanti sy tepek kt sini pulak...
huhu.. nanti tu bila yek..;)

Sunday, March 17, 2013

lasagna

ni gara2 tengok member post kt fb... maka meleleh2 plak air liur. lap ngan tisu jap.. ekkeke...tak leh jadik ni, nk kena buat gakk. rasanya dekt 3 tahun dah tak buat sendiri.. carik kt mr google, terjumpa blog ni cahaya cintaku. tqvm, mmg mabeles dan sebab empunya resepi ajar step by step, mmg buat sambil pegang hp la kt dapur
cik aina dh tak sabar nk korek mushroom..sabo jelah


habiskn semua mozarella cheese... mmg best..
Bahan-bahan :
kepingan lasagna

Untuk inti daging :
400g daging cincang
1 tin sos prego
1 tin cendawan butang
sebiji bawang besar
bawang putih 5 ulas
keju mozarella
serbuk black pepper
garam secukup rasa

Cara :
1. tumis bawang hingga naik bau.
2. masukkan daging.
3. masukkan sos prego dan garam
4. Masukkan pula cendawan butang dan serbuk black pepper

Untuk sos putih : 
2 sudu besar butter
2 keping cheesedale
250 ml susu fullcream/freshmilk
2 sudu besar tepung gandum


sedikit garam

Cara : (api perlahan)
1. Cairkan butter
2. masukkan tepung
3. masukkan susu
4. masukkan cheese  hingga cair dan garam

k... dah siap...

Saturday, March 16, 2013

peristiwa 14 mac

ntah kenapa...

dah ada petanda supaya ambik mc je ri tu..
sbbnya batuk azhad makin teruk..
dan aina plak...
jatuh longkang terkena pulak bucu penutup longkang. bawah lutut yg agak teruk..




muka sedih je bila nampak saya siap2 nk pegi sekolah.
serba salah sy dibuatnya... dan agak terlewat saya keluar rumah hari tu.. 
dan baru je sampai kundang... damm! ya... saya terlanggar kereta kt simpang jln kundang... 
series tak nampak langsung.. dan habis minta maaf kat pakcik tu, nasib baik ok walaupun dari segi fizikal agak menakutkan.. panjang juga nak selesai kes hari tu sbb pakciktu tak nak ikut report polis...
kalau stkt nk repair keta pkcik tu boleh la lg, tp Mr Lan, dh tanya org 
mitshubishi, min dlm RM5k... kenalah claim insurans kan....
dan akhirnya sy ambik MC juga.
tp sgt sedih...kereta kesayangan somi.. 
ampun abg, saya tak sengaja.... dan sekrg ni, dah hantar ke Mitshubishi...
dn sy kembali bawa persona..
tp sy rindukan Mr. Lancer....

memang tiada tandingann... subsubb...

Tuesday, March 05, 2013

hari seterusnya..
dari shanghai bergerak ke beijing menaiki speed train yang berkelajuan 300km/hr...tu dia, kalau bawak kereta macamana agaknya. tp duduk kat dalam tak rasa pun lajunya. budak2 la paling excited kat dalam train...lebih kurang 3 jam juga di dalam train baru sampai ke beijing. nasib baik train yg sgt selesa.
Turun je train, terkejut juga dgn suhu sejuk yang tidak disangka. rasa kt shanghai dah sejuk...tu 8C, di beijing -1 hingga -3C waktu siang dan malam mencecah -10C. nasib baik dah prepare pakai 3 lapis baju masa kt dalam train...

tu dia trainnya...
selesa
pemandangan sepanjang jalan

sampai di beijing.... sejuk menggigit tulang...
budak dah penat

Monday, February 11, 2013

sambungan...

mak aiii... bukan main lama nak post cerita2 seterusnya. rasa tak cukup nafas jadik cikgu sekarang nie. Banyak sgt kerja pengkeranian daripada mengajar yang sepatutnya tugas utama. kadang2 dah letih bila kat kelas sbb waktu2 free je tak pernah takde kerja. ada je kerja yang menanti, tu belum lagi bab menanda buku... mcm saya, mengajar 4 subjek dan 4 kelas. berasap.... yang paling masakkk nanti bila nak online masukkan band tuk PBS nanti.... memang berjaga malam nak menyiapkan..la nie cuti 5 hari nak kena masuk pula data murid SMM...
upssss... tak nak stressss!!!
k.. sambung balik cerita jalan2 china last week...

Day 2 : masih di Shanghai. Alex(our tour guide) bawak jalan pergi China town. very crowded dan jauh pulak kena berjalan.. yang kesian somi lah sbb terpaksa dokong aina yang dah keletihan. On the way keluar dr China town, Alex tunjukkan shopping complex tuk cari stroller. tu pun dia tak sure ada ke tak. somi ngn adik ipar pegi dan kami tunggu kt kfc. tp, misi mencari stroller masih tak berhasil....
ptg tu sebelum dinner, Alex bawa kami jalan di nanjing road. kat situ ada  mall yang besar yang hanya jual barang baby dan kanak2.. 6 tingkat semuanya, bayangkan betapa banyaknya pilihan keperluan untuk baby..



 
nie dia mall yang sy citer td...
sejuk2 pun.. ramainya orang..
 

Thursday, January 31, 2013

family trip to Shanghai n Beijing


Alhamdulillah.. telah selamat kembali ke bumi Malaysia selepas 7 hari berada di tanah besar China..bak kata pepatah melayu.. biarlah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri. ada yang best dan ada juga sebaliknya. citer sikit2 dulu dan tak nak lah bebel panjang.. layan gambar dulu je ye.. peace

Day 1 -at Shanghai
muka ceria je semua... :) bas yang selesa dan tour guide yg very friendly


tempat persinggahan pertama untuk sembahyang zohor+asar.
kelam kabut semua mengeluarkan jacket.
ni semua muka menahan sejuk. kalau tak salah suhu masa ni 2'C.
sepanjang jalan ke Shanghai dipenuhi dengan tanaman sayur
farmer house.. cantik2 kan..

Wednesday, January 16, 2013

saat2 getir

congak2 ada 7 hari je tinggal sebelum bercuti seminggu.. mcm x de perasaan je nk pegi bercuti sbb terlampau banyaknya k erja yg masih tak selesai. kepala berseRabut sampai tak tau mana nak buat dulu.
sabtu  ni plak ada kem pengawas dn ptg terus gerak mengiring adIk ke batu pahat pulak. adehh..memng tak sempat nk rest.. harap2 tak flat waktu kt sane nanti. check suhu skrg ni -4ºc dan mlm cecah -9º. fuhh, x dpt bayangkn camne..
aqeel ngn aina dh x sabar2, hr2 bertanya berapa hr lg nk pegi..uminya je ni yg tak bersedia langsung..
hopefully semuanya selesai sebelum cuti dn tak  susahkan kwn2 lain.. tq kt kwn2 yg sudi berjualbeli timetable ;)

Saturday, December 15, 2012

happy birthday aina

genaplah 3 tahun anak dara umi sorang ni...
moga jadik anak yang baik dan bijak..

semenjak ada adik nie... jelesnya lebih
bila riba azhad, dia pun akan menyelit2 nak duduk sebelah...
ni bila ayah dia takde..
kalau ayahnya ada, manjah lah dia dgn ayahnya....
memang baby ayah lah dia nie..


alhamdulillah.. bab mintak2 tolong ambikkan barang memang rajin..
dah boleh tolong umi..

mulut keciknya tu kalau berckap.. usah kata lah..
bak kata ayahnya.. budak ceriwis..


memandngkan ayahnya kt sabah lagi, nk keluar ke kedai pun tak boleh..
hanya dapat buatkan kek mengikut bahan yg ada je..
sib baik fresh cream buat DC ada lagi.. bolehla hias2 sikit wpun tangan keras semacam..
 




Sponge Cake
Bahan2 :

Bahan A :
115 g tepung superfine
200 g telur ( 3 biji jk gred A, 4 biji jk gred B)
138 g gula kastor

15 g ovallette

50 g susu UHT fullcream
13 g glycerine
3 g baking powder
3 g esen vanila
secubit garam

Bahan B
50 g minyak jagung

Cara :
i. campurkan semua bahan A dan putar selama 10 min.
ii. tambahkan bahan B. gaul sebati
iii. tuang di atas dulang dan bakar. (preheat 180C 10 min, bila bakar kurangkan suhu 160C selama 20 min)
* saya guna dulang, takdelah terketar2 tangan nak potong jadik 3... 

Tuesday, December 11, 2012

sabah again..

hati sayu..hati sedih.. sukar untuk diungk apkan. tinggallah Kami anak beranak. Suami terpaksa ke tawau lg. sejak suami kerja sendiri skrg ni, nak tak nak kenalah merelakannya pergi.. semoga dipermudahkan urusan, dan cepatlah balik...isy..isy

Tuesday, November 27, 2012

Japanese Cheese Cake


Bahan A :
400 g fresh milk
250 g cream cheese
  60 g tepung gandum (diayak)

Bahan B :
5 biji kuning telur
20 g jus lemon

Bahan C
5 biji putih telur
100 g gula kastor

Cara :
i. Masak fresh milk secara double boiler. Masukkan cream cheese sehingga larut.
ii. Tambah tepung gandum, kacau sehingga campuran memekat.Biarkan sejuk.
ii. Masukkan bahan B dan gaul rata.
iii. Bahan C,pukul putih telur dengan kelajuan max sehingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit gula sehingga menjadi soft peak atau foam lembut
iv. Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi. gaul rata menggunakan senduk kayu.
v.'Steam Bake' kek di dalam oven yag telah 'preheat 180 C'. Bakar selama 20 min dengan suhu 180C, kemudian rendahkan suhu 140C selama 45 min atau sehingga masak.
vi. Biar kek menyejuk di dalam oven selama 1 jam dengan meregangkan sedikit pintu oven.
vii. Chill kek sekurang2nya 4 jam..

24 Nov-kelas lagi...

kali nie amik kelas kt kolej komuniti... Pembuatak Kek.. tak taupun kek apa, belasah je pegi. haha..
sekali sampai, nak tau kek apa? sponge cake, japanese cheese cake, choc cheese cake ngan choclate chip cheese cake...
haa... ambik engkau.. semua berunsurkan cheese...
tp yang tak boleh lupa kesedapannya--Japanese Cheese Cake... memang soft, fluffy dan tak tau lah nak kata camna bestnye... nyum.. nyum.. memang nyaman di tekak.
kelas nie buat secara partner dan hasilnya bolehla bahagi dua tuk bawa balik.
cikgu memang best..
memang bg tips2 penting..
tp.. kami telah engkar nie.. kek tak berapa nak menjadik... haha...
sekali dh nak balik, cikgu dengan baik hatinya telah memberikan JCCnya kepada kami.. 
terima kasih cikgu.. lain kai kami dengar cakap.. ;)


Thursday, November 22, 2012

kelas tartlets ngn cream puff.

huwaa..dh menaip pjg2, tetiba pulak tak boleh nk published.. kalau kt lappy ok gak la kn, bole cnp balik. guna hp ni tak boleh la pulak..jadik dah 'm' nak menaip balik..
pendekkn cerita, sy pegi kelas tartles ngn creampuff seharian semalam..tak jauh pun, kt taman bayu depan jusco rawang..
inilah hasil tgn keras sy.. ;) peace
--> dptlah memulangkan pinggan jiran2 yg dh tersimpan lama.. kalau tak, sape pulak nk menghabiskan..




Sunday, November 18, 2012

durian crepe

demam durian crepe? mane taknya, kt fb ada je citer dc, jengah blog org, mesti ada  dc..bukak plak my resepi, kongsi resepi.. lagilah demam..
dn pelbagai versi bahan2 yg digunakan nk buat crepe ni. ada yg 1 jenis teung je dan ada yg sampai 6 jenis tepung.. haaaa ambik.. jenuh gak nak pilih yg mana satu boleh dicuba..
saya yg mudah tergoda ngn resepi2 yg menarik ni teruslh menggoda Suami dgn gmbr2 dc yg boleh melelehkn air liur.. sy? uwaaa.. dh lama terliur, tp kena sedar diri ye..
kalaulah ada yg cakap org pantang boleh mkn durian.. dh awal2 sy buat.. tp bukan ke durian panas, org pantang kan kena mkn makanan yg bole memanaskn badan.. boleh mkn kot. .hahaaa.. sape boleh tlg jawab? :)

Durian Crepe
Sumber : ?
( tak ingat nama- dr Resepi Turun Temurun... kalau terjumpa nanti sy tulis, ampun ye tuan punya resepi..)

bahan crepe :
20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastad
10 g tepung jagung
150 ml air
  40 ml susu cair
  1 bj telur
  1 sb gula
  1 sb minyak masak
  setitik pewarna kuning
cara:
i.campur semua dlm bekas, whisk & tapis
ii.panaskn pan. ambil sesenduk dan tuang ditgh2 pan. pegang pan & layangkan pan supaya crepe dpt bentuk yg bulat & cantik.
iii.stlh masak (x perlu balikkan crepe), terbalikkn pan Supaya crepe jatuh atas pinggan.

bhn inti :
150ml fresh cream(pukul hingga Kental. atau x jatuh bila terbalikkan bekas)
isi durian
cara:
i.letak fc diatas crepe
ii.letak isi durian
iii.letak fc lg & lipat crepe


Saturday, November 17, 2012

Basic Bread


nie gara2 BM dah lama terperap kat dalam kabinet.
dan terasa sangat2 nak makan roti homemade...
search2 terjumpa resepi yg sangat mudah... apalagi, mencuba lah saya..
dah alang2 double A ikut ayahnya balik kg...

Basic Bread Recipe
Sumber : Mamasya
(resepi yg nie memang boleh bagi 5*....)

Bahan2 :
500 gm tepung high protein
100 gm gula (sy timbang & pastu sukat guna tb->9 sb ) nk senang lepas2 ni ;)
  30 gm susu tepung (4 sb)
  80 gm marjerin (saya guna butter)
250 ml air
   4 st yis
   1 biji telur
   1 st garam

Hiasan atas :(jk nak)
gula kasar, kismis

Cara :
i. Masukkan semua bahan ke dalam BM didahului dgn bahan cecair (air), pastu masuk yg lain2. (kecuali butter)
ii. Dah sebati, masuk butter.
iii. Kelurkan dan tumbuk angin.
iv. bulat2 kan doh ~50g setiap satu.
v. susun dalam loyang, spray air atas roti  dan biar naik 2x ganda.
vi. sapu butter/telur/susu di atas roti dan tabur gula & kismis. kemudian spray lagi
vii. bakar 30 min suhu 180 C. (oven sy --> 30 min, suhu 150 C)


Thursday, November 01, 2012

pantang

hr ni masuk 20 hr berpantang..adehh.. lamanya rasa masa pantang nk berlalu. pantang kali ni memng x plan blik kg sbb aqeel sekolah. syg plk nk ponteng lama.
bila dh duduk rumah sendiri, kena pndai2 lh menyediakn mknn dlm pantang ni. minggu pertama masak mcm yg emak biasa msak. tp bila dh masuk minggu ke-2, dh muka jemu pulak. bila search kt tenet, banyak plak dpt resepi yg boleh dicuba.. sambil2 search, sambil2 tu   jln kt blog org, nmpk redvelvet cake, teringin plak tetiba. jln2 lg tertengok plak blueberry cheesetart...sabo2. harus kena buat bila habis je pantang nanti ni.. nk jln lg, arghh.. tak nak!!
tp masuk fb lak, saje la pulak kwn2 ni letak gmbr2 mknan. burger bakar meleleh... :(
Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
 i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis

Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak.
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong. Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas.

Mesti sedap dan menyelerakan. menu2 pantang lain akn dimasukn kemudian. susah plak nk guna hp...

Wednesday, October 31, 2012

12.10.12

kisah 2 minggu lps, tp br hr ni dpt mengarang sikit.
alhamdulillah, selamat bersalin normal ngn berat baby 3.1 kg, 12.50am@ GMC. anak ketiga baru dpt ditemani suami sepanjang kt labour room. masa aina dulu, suami berkejar balik dr Jb, sampai2 je baby dh lahir. dn yg niepun kt GMC lg. Sgt suka ngn layanan staff kt situ dn yg paling suka, zikir2 dialunkan sepanjang kita di labour room. dan terima kasih sesangat kt Dr. hamizah dn 2 nurse yg membantu. selamat dari jahitan sbb tak koyak :)
anak ke-3 kami - AZHAD DANISH BIN AJMAL


Friday, October 05, 2012

kepala berbalut

memandangkan tarikh brsalin dh overdue, sy pun mendengr nsihat kwn2 supaya bnykkan berjalan.. ++sebenrnya dh boring sesangat kt umah ;-)
pg ni somi ada urusan kt jpj gombak(good bye persona n welcome wxk.huhu, sedihnya keta hadiah dr somi dulu terpaksa dilepaskan..) ups, smbung citer balik. sy pun menompang smpai giant bt caves. tgh syok belek2 buku kt kedai buku, dpt call dr bibik ckp aina jatuh dan luka kt belakang kepala. katanya luka kecik je tp bibik tetap nk bwk klinik. hati dh mula tak tenang. somi dh selesai urusan dn terus balik, terkejut gak la tengok berbalut mcm ni.. tp lincahnya mcm takde apa2 je si aina ni.
ptg tu buka balutn nk gnti kapas, barulah nampak lukanya. kecik je cuma agak dalam..fuh, seriau rasa..sib baik tak teruk sgt.


Thursday, October 04, 2012

due

ari ni 4 okt, due sy brsalin. tp masih takde tanda2 pun lg. cuti dh ambik awal seminggu dh ni sbb dah 2 minggu bdn sakit2 dn demam+ batuk+selsema. memang tak leh nk ngajar..habis je audit spsk rabu lepas, terus ambik cuti. tp bila dh cuti, memang rehat sgt2 la. makan..makan..tido.  adeh.. risau juga kalau baby dlm perut ni makin membesar.  minggu lpas cek-up dh 2.8. next cek-up sabtu ni..hrp2 tk naik sgt..

nie budak pling happy bila uminya sentiasa ada kt umah..


Wednesday, October 03, 2012

test

boring2..
saje nk cuba berblog guna hp.. mklumla dh x bape nk rajin menghadap notebook. cepat je tgkp kepala..