Memandangkan anak beranak suka sangat makan nasi arab di Restoran Saba dan wadi hadramawt... kenalah beranikan diri mencuba masak nasi arab ni. Mana tau satu hari nanti, dh tak payah la membazir tiap2 bln pergi ke sana lg kan ... :)dah lama sebenarnya, tp mcm was2 je.. bole jd ke tidak... tp kebetulan plak jumaat lepas dgr ikim pukul 10pg- cara2 membuat nasi mandy(nasi arab).. dgr chef sabri ckp, mcm senang je... apalagi, balik je sekolah terus singgah tesco carik bahan2..... Dr chef Sabri - (sya ubah sedikit :))
4 cawan air/ air rebusan daging
1/2 cawan minyak sapi/minyak jagung
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
serbuk kunyit (yg ni saya tukar pewarna kuning telur)
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan garam
2 sdu makan gula
serbuk perasa
Cara :
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi kecuali air dan pewarna, kemudian kacau hingga rata.
2.Tuang air ke dalam periuk nasi tersebut dan masak seperti biasa.
3.Bila garing buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning telur. Gaul berhati-hati supaya tidak merosakkan nasi.
Cara berlauk2 cawan tepung gandum
3 cawan santan+air
2 biji telur
serbuk kunyit
Cara :
1. campurkan semua bahan dan kisar.
2. Bakar atas acuan dan masukkan inti(sama cam buat murtabak), daun sup, cili... siapp...
la nie dh seminggu... dah 2 kali buat nasi arab nie sbb pagi isnin, bangun je tidur aqeel mintak nasi ni... aduhhh... kena la buat ptg tu sekali lg, kali ni buat lamb..... masyukkk
walaupun agak terlewat... tp nak juga sy mengucapkan salam ramadhan untuk semua.




