Friday, March 25, 2011

Takziah buat sahabatku..

ia datang tanpa diduga dan tanpa mengira siapa... takziah buat kak shamsidar kerana telah kehilangan suami tersayang... tak dapat menahan titisan air mata nie bila dia mengatakan 'dewi, jaga suami, jaga kesihatan suami.... ' itulah kata2 kak sham ketika aku memeluknya. betapa berat amta memandang, berat lagi bahu memikul...suami kak sham tiba2 diserang angin ahmar semasa tidur pd malam khamis, terus tidak sedarkan diri. Blood pressure 400 dan kencing manis 24. betapa tinggi bacaannya...saya datang melawat ketika operation kali ke-2, dan harapan memang 50-50. Beliau kembali ke rahmatullah pada hari Isnin... al-Fatihah....semoga kak sham dan kelima-lima anaknya kuat menempuh dugaan yang datang ini.
(yg paling kecil sebaya ngn aina... )

slps apa yg berlaku ini, banyak pengajaran yang membuatkan saya sedar dr lamunan yang panjang ini. setiap saat dan peluang bersama keluarga dan orang tersayang... hargailah dan jadikan setiap saat itu adalah yang terindah. dan walau siapa pun kita, sentiasa ingat yang kita hanyalah sementara di dunia ini. entah esok entah lusa, kita juga akan menemuiNya.........

No comments: