Friday, March 25, 2011
ia datang tanpa diduga dan tanpa mengira siapa... takziah buat kak shamsidar kerana telah kehilangan suami tersayang... tak dapat menahan titisan air mata nie bila dia mengatakan 'dewi, jaga suami, jaga kesihatan suami.... ' itulah kata2 kak sham ketika aku memeluknya. betapa berat amta memandang, berat lagi bahu memikul...suami kak sham tiba2 diserang angin ahmar semasa tidur pd malam khamis, terus tidak sedarkan diri. Blood pressure 400 dan kencing manis 24. betapa tinggi bacaannya...saya datang melawat ketika operation kali ke-2, dan harapan memang 50-50. Beliau kembali ke rahmatullah pada hari Isnin... al-Fatihah....semoga kak sham dan kelima-lima anaknya kuat menempuh dugaan yang datang ini.
(yg paling kecil sebaya ngn aina... )
slps apa yg berlaku ini, banyak pengajaran yang membuatkan saya sedar dr lamunan yang panjang ini. setiap saat dan peluang bersama keluarga dan orang tersayang... hargailah dan jadikan setiap saat itu adalah yang terindah. dan walau siapa pun kita, sentiasa ingat yang kita hanyalah sementara di dunia ini. entah esok entah lusa, kita juga akan menemuiNya.........
Wednesday, February 02, 2011
hayati lg ni.. membuat kita tersedar siapa kita sebenarnya...
ku Merintih aku Menangis
ku Meratap aku Mengharap
ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali ke Dunia Nyata
Perjalanan Rohku Melengkapi Sebuah Kembara
Singgah Di Rahim Bonda Sebelum Menjejak Ke Dunia
Menanti Di Barzakh Sebelum Berangkat Ke Mahsyar
Diperhitung Amalan Penentu Syurga Atau Sebaliknya
Tanah Yang Basah Berwarna Merah
Semerah Mawar dan Juga Rindu
7 Langkah Pun Baru Berlalu
Susai Talkin Bernada Syahdu
Tenang dan Damai Di Pusaraku
Nisan Batu Menjadi Tugu
Namun Tak Siapa
Pun Tahu Resah Penantianku
Terbangkitnya aku Dari Sebuah Kematian
Seakan ku Dengari Tangis Mereka Yang ku Tinggalkan
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan X2
Tetapi Ia Sebenar KejaDian X2
Kembali Oh Kembali Kembalilah Kedalam Diri
SenDirian SenDiri SenDiri Bertemankan Sepi
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku
Terbujur dan Kaku Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu
Ajal Yang Datang Dimuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari
Tiada Siapa Yang Terkecuali
Lemah Jemari Nafas Terhenti
Tidak Tergambar Sakitnya Mati
Cukup Sekali Tak Sanggup
Untuk ku Mengulangi
Jantung Berdegup Kencang Menantikan Malaikat Datang
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan
Selama ini Diceritakan X2
Kini aku Merasakan X2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan X2
ku Merintih aku Menangis
ku Meratap aku Mengharap
ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
Saturday, January 29, 2011
rasanya baru je cuti thaipusam, dah cuti lagi seminggu chinese new year. syok la cuti,tp kena ganti ari sabtu daa... sehari dh ganti sabtu lepas, sehari lg tgh bln feb nanti dan sehari lagi sekolah amik cuti peristiwa. so, bukan lah saje suka suki cuti yek....
takde plan apapun lg cuti nie.. dan x tau bile nk balik kgnyer sbb big boss kena kerja dari hr khamis sehinggalah ke ahad. sangat lah sedihnya sbb plan balik kg mcm terpaksa diubah. dan pastinya saya kena drive balik bersama double A nie.. tersangatlah beratnya hati ini. dan aqeel plak maih sekolah smpai ke ari rabu. kalau nak balik pun maybe leps dia abis sek. ayahnya suh kami balik hari selasa, ari rabu tu dia suh aqeel cuti je. uminya nie sgt tak setuju... bab cuti2 nie, kalau bukan disebabkn mslh kesihatan ataupun hlgn yg mendesak, takde cuti2 ok..
sejak aqeel dh ke tadika nie.. kerap je terdengar mulutnya terkumat kamit menyanyi... dan sekarang uminya pun dah ikut meyanyi dgn dia..
yg paling panjang dia boleh nyanyi...
dan kekadang tu.. tetiba je dia angkat tangan dan hujung jari
"shahadah"
suruh umi buat sekali..
ikutlah dia shahadah dengan maknanya sekali.... :)
Friday, January 21, 2011
nie menu tak ingat bila.. saje suka suki nk celebrate birthday somi wpun dh lewat bb ari.. (sila pusing kan sikit kepala, x tau camne nak betulkan.. ;))
ROTI PAU
bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam
Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
(jika guna BM, masukkan semua bahan.... sehingga siap)
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan
Wednesday, January 19, 2011
seperti tahun2 lepas, bila thaipusam je sekolah kami dapat cuti 2 hari. jangan jeles ok... hahaaa.. mana taknya, sekolah dkt bt caves, ari senin lepas je dah ramai yang memenuhi bt cves tu. ngan jalan jammed dan kt tepi2 jalan ramailah kerabat2 mereka ni menuju ke batu caves.
dan alkisahnya, handbag sy tertinggal kt umah kakak ipar ari sabtu lepas. lepak sampai pukul 12 lebih, angkat aina yang dah tido sampai terlupa handbag. ari ahad kunun macam nak gie ambik, tp badan lesu je dan cam tak de mood nak kuar rumah.
ari isnin tu sy ke sekolah tanpa ic dan lesen daa.... doa bebanyak la sepanjang jln, jgn jadik apa2 dan jangan la plak ada roadblock. alhamdulillah sampai gak ke sekolah dengan selamat. sekali balik, turun je dr bulatan bt caves dah nampai polis trafik tahan keta kt dpan... aduhhh... jangan le tahan keta saya yek en.polis yang hensem... dub dab dub dab.... dn selamat tak kena.... parah gak kalau kena, tak taulah apa nak jawab..
nie amik budak2 ptg semlam... dr taska terus bawak ke playground.. bukan main happy lagi
Tuesday, January 18, 2011
pg sabtu sy ada gerko kt sekolah. tp disebabkan sy mengajr tahun 1 taun nie, dgn KSSR yg baru.. makanya kami guru2 tahun 1 kena ikut bengkel. banyak kerja hokeyy.. ingatkan kurikulum baru nie akan meringankan kerja guru....tidak ya.. tp atas tanggungjawab kami akan cuba buat sedaya yang boleh. kesian kat guru2 tahun 1 lain, yang pegang banyak kelas. banyak sabo yek.....
ptg tu, cam org dah tak bermaya, sampai rumah pukul 2. rasa letih sgt2... tp abg dah janji nak ke klang rumah kekna. dekat pukul 5.30, baru aina ngan aqeel bangun.. aqeel bukk mata je, terus ajak uminye pegi jalan2 cari makan... amboi, dengan tak basuh mukanya dah nak jlan. kata ayahnya, dia tak makan tgahri.. emm.. patut la pun...
on d way ke meru, sempat singgah mcd puncak alam...
Thursday, January 13, 2011
jeng jeng...... ni masuk kali ke-2 dok berkampung kt cheras... bukan la smpai bermalam kan.. tp sbb bila dtg je.. mesti seharian kt situ. pas nie mmg akan kerap lah ke sana. alhamdulillah, somi dah dpt menyewa kedai tuk buat office.. tutt..... tak dpt citer panjang lg sbb masih start enjin. harap2 Allah permudahkan segala urusan suamiku... aminn.. amy sentiasa di belakang abg k.... caiyokk..
balik dr cheras, singgah sembahyang kt masjid negara. dapat snap gambar aqeel bergaya ala2 mak duyung. tak tau apa pesennya skrg nie, suka sgt buat gaya gini bila ambik gambar...
nie hasil kerja aqeel.. "umi.. lori2 nie accident... ambulan kena hantar pegi hospital."
Saturday, January 08, 2011
nie projek yg dah lama nak buat, tp br nie je dapat buatnya. niepun sbb guna base pizza yg siap dibeli di tesco. kalau ikut, nk buat base nyer bukan susah.. masuk bahan2 dlm BM dn tinggal sampai siap uli.... tapi tahap M nyer tuk basuh, kemas + ngan assistant 2 org nie, mmg perlukan tahap kesabaran yg tinggi tuk membuatnya. jadi, lupakan saja ye... dan base pizza nie bole kasi kredit sbb lembut walaupun x naik gebu.. tp makan waktu panas yer.. kalau dh sejuk, cam biasa la kan.. jadik keras sikit.
tuk mek nab yang tingin sangat nk makan spagety tu (rasa dh lebih 3 kali dia mintak... huhu. siannya).... harap sabarlah menanti yek. kena tunggu time yg betul rajin n en.somi ada di rumah. bahan sume dah beli, kalau x salah dh lebih 3 minggu tersimpan nu.... tp masih elok je kedudukannya.... :)
Friday, January 07, 2011

Alhamdulillah....
Ni rezeki yang memang tidak dijangka... setelah 6thn ambil polisi insurans **, dan setelah brbincang ngn suami 7 hari 7 malam (hahaa......), akhirnya kami buat keputusan nk stop n tukar yg murah sikit. maklumlah keperluan anak dh bertambah dan azam tahun nie, nak mengurangkan hutang yg ada... dan nak menambahkan simpanan untuk masa depan.
apa yg kami sangka tak dapat duit pun, kalau dpt sikit pun alhamdulillah..
tp bila agen kami kira2 ................... waooo.... tak sangka sgt2... ;)
alhamdulillah .... tak lah banyak smpai cecah **k kan, tp....
banyak pulak yg terpikir kt dlm kepala nie..
1. nak simpan semua @
2. nak bumbung dapur belakang (nk jadikan wet kitchen), jadik kuranglah sikit xtvt masak dn membasuh kat dapur dalam@
3. nak buat tembok (bebas keluar masuk umah)@
4. nak buat garden (tp perlukan kerajinan)
emmm.... dn smpai ke hr ni, masih belum buat pilihan.....
**dan + ada org dpt bonus 2 bln, boleh lah pau sikit... hahhaaa...
k la.... nak cerita plak double A nie ke taska dan tadika...
minggu ni dah masuk minggu ke-2 double A duduk di taska... dan setiap kali hantarlah, aina ngn aqeel nie menangis. si adik bila di bawak masuk ke dalam, dh tak dengar suara.
tp yg si abg nie yang payahnya, kenalah uminya nie pujuk2, barulah lah reda sikit. tu pun, nak kiss dulu, dh kiss...mintak hug plak... pastu salam sambil lap air mata.... aduhhhai abang...
hr selasa lepas, 4 Jan.. 1st day di tadika. ari nie datang pukul 8 pg. syg sgt, uminya nie kelam kabut kuar, terlupa nk bwk hp... tak dapat la nak snap gambar... sbb hari2 seterusnya pukul 11.30 - 2.30ptg, jadiknya pg kena hantar ke taska dulu.. pukul 11.30 br dia ke tadika.
selpas selasai perhimpunan, semua masuk ke kelas... ada la sorng nie menangis tak nak masuk. memula aqeel pun camtu, pas pujuk2 barulah nak masuk. yg budak sorg nie, habis puas dh mak dia pujuk, lastnya kena tarik masuk ngn cikgu dn kunci grill... meraung la dia, pastu dan2 tu jugalah hampir satu kelas menangis termasuk aqeel... pastu umi ngn ayahnya ni tinggal je. kesian gak dgr suara dia menangis.... "tu umi aqeel.... aqeel nak umi aqeel...." nak gelak pun ada..

emm.. macm2 lah si abng nie..
Monday, January 03, 2011
Berakhirlah sudah cuti sekolah selama sebulan setengah... huhu... sudah terlalu lama cuti, mood nak masuk sekolah mcm takde je lg.... minggu lps 3 hr berturut meeting koko, kurikulum n hem. smbil2 panaskn enjin mood..tp tk pns2 pun lg smpai la nie... hahaa.. mcm mana tu..
dn aku masih lg di selayang.. bermakna aku akn memohon untuk kali yg ke-5 pd april nnti... fuhh...memang msh takde rezeki untuk aku ke area rawang la kot.. takpelah, selagi aku mash berdaya, redha dan akan ku teruskan perjuangan di sini.
ppagi lg td dah start menyapu, tak sabar nak tunggu pengawas naik bila tengok keadaan pss yg berhabuk dan bersepah.musykil juga la, mcm mana boleh beralih kedudukan beberapa brg kat situ.emmm... tp atas nasihat cikgu2 yg dh lama kt situ, buat2 tak tau dah la... emm.. paham la tu.. bunyik je loceng rehat, adalah dlm 10 org pengawas naik... apalagi, buat kerahan tenaga la. :) cikgu tlg sekali yek, bukan setakat tengok dan arah je.. hehe.. alhamdulillah, 15 minit je.. semua dh bersih. tinggal bilik kerja aku je yg msh blum dpt tuk dikemas.... hrp2 esok dpt setelkn semua sblum mulakan kerja2 lain...
Saturday, December 25, 2010
Ingredients
250g butter
2 cups self-rising flour
1/2 cup castor sugar
1/2 cup brown sugar
1/3 condense milk (tin susu biasa)
5 eggs
23 sunsweet prune (+ 120ml water and blend)
8 prune - for decorations
Note :
- Panaskan steamer dulu, dah mendidih baru masukkan adunan
- Pukul butter, castor sugar dan brown sugar.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
- Masukkan susu dan sunsweet yg dh blend dan gaul.
- Masukkan tepung dan gaul rata.
- Hias dengan buah prune n tutup ngn aluminium foil
- Kukus 1 ½ jam.
Sunday, December 19, 2010
Saturday, December 18, 2010
Isnin nie, en.somi ada meeting kt penang. dia dh offer kalau nak ikut, gerak esok sambil jejalan kat penang.
dan aku masih tiada jawapan... nak ke tak yek?
(sbbnya... gaji tak masyuk lg, tak best sgt2 sbb duit bln nie habis tuk repair motor ~rm7**.... tu belum tukar body. kalau tukar dekat rm1k................................................................
gerammm ok, dh bertahun tak bawak motor sendiri, tetiba dpt balik dh tak rupa mcm motosikal aku yg kaler merah tu...hukhuk... kalau ikut hati cam nak mengamuk je. tp sib baik somi sentiasa coolkan aku.)
dan bila nk jalan nie.. kena tul jalan2 la kan... dpt singgah mandi manda kt tambun ke.. dapat naik bukit bendera ke...barulah masyuk.
nantilah abang, sempat lg fikir sebelum malam menjelma kan...
ptg nie.. nk berbbq lamb. konon nak merasmikan bbq set yg baru beli kt tesco. jalan2 kt tesco nampak rm39 terus sambar sbb mmg dah lama pun nak beli....
tata titi tutu......
Thursday, December 16, 2010
pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya anak umi nie. dan semakil laju jalan cam tak cukup kaki...
teringat lagi masa bersalinkan aina nie.. pukul 9.30 start sakit.. pukul 2.25pm dah lahir dengan berat 3.7 kg..
nurse ngan dokto sume terkejut bila timbang. 'berat baby nie tak padan ngan emaknya...' hehe....
alhamdulillah, sepanjang setahun nie, mudah je rasa jaga si cilik nie. harap2 sampai lah ke besar yer aina. jadik anak yang solehah..
oleh kerana umi teringin nak makan cheesecake, maka berjaya gak membuatnya 2 hari awal.
wpun agak cair2 sikit ala2 aiskrim gitu, janji sedap dimakan. nyum nyumm... thanx to my sis sbb sudi membantu. hehee.....
tp sian aina... ayahnya mesti lupa birthdy dia nie, langsung tak call.. (sbb bila sedare mara tanya, mesti tanya umi balik... grrr..)
birthday aqeel ingat.. tu pun sbb 1 sept, sehari slps 31ogos..
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam
Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan Krim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla
Cara1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.
Saturday, August 14, 2010
--------Aina-------

6 bulan-> dah mula bg bubur nasi... sgt kuat makan.. hahaa.. dan dh mula merangkak..
6 1/2 bln -> dah pandai duduk sendiri. sgt cepat aina berbanding aqeel.. maybe sbb kna buli ngn abg dia je.. tu yg nak cepat bergerak...
nak masuk 7 bulan --> dh pandai merayap.. berdiri kat rak tv, sofa, kerusi dan mana2 tempat yg boleh dia paut....
dn skrg ni, dh masuk 8 bulan --> nk mula lepas2 tgn dan makan pun makin selera. malam pun kurang ragamnya. senang sgt jaga aina... umi syg sgt tauuu...
-------Aqeel ------
2 tahun (1 sept 09--> dah ajar tak pakai pampers kecuali waktu tidur... jenuh juga memula tu kan.. masa tu duduk kt bt caves lg. bila pindah umah sendiri, alhamdulillah dh pandai ke toilet bila nak kencing.....
2 tahun lebih br pandai bercakap. aku sgt2 lah risaunya, lagi plak ada makcik sorg nie kata... ala, sygnye lah aqeel hensem kalau x pandai cakp... dan hambik kau, bila dh pandai... tak terlarat uminya nie nak layan....
2 thun 10 bln --> dh tak pakai pampers +waktu tidur. dh jimat one part.. ;)
dah nak masuk 3 tahun
--> kurang makan nasi, suka sgt coco crunch ngn corn flaks.
--> dah pandai mintak iklan2 kt tv- mcdonald, pizza.... tp bila belikan, x makan sgt pun... :)
--> la nie dh lama x balik kg, asyik menyebut embah dok jee... nak balik kg bah dok...syg sgt dia kt embahya..
--> masih bayk ragamnya esp nangis malam... .
--> masih suka buli adik....inilah yg menguji kesabaran uminya
Friday, July 02, 2010

>>> entry lama sms cuti sekolah...
Tuesday, June 15, 2010
ari nie dapat ss yg ditunggu2. setelah lama menanti ngn email tak berbalas2... thanx afne, x terfikir lak nak search kt fb...
Saturday, June 12, 2010
ni dh masuk minggu kedua tanpa maid.... dan sepanjang 2 minggu nie gakla somi outstation... dan akan berterusan sehingga hujung julai... hhuhu..... sangat mencabar minda dan kesabaran. tipulah kalau kata tak penat kan. dengan kerenah anak bujangku yg semakin aktif dan lasak.. kekdg mcm jadik singa plak...lagi2 bila abg membuli adiknya.. kadang kesian tengok aina yang maish tak tau apa2.. sabo jelah ye aina..
Monday, May 17, 2010
Selamat Hari Guru kepada semua rakan seperjuangan!
walaupun saya taklah seglamour cikgu2 lain yang bawak balik hadiah 1-2 beg kan.... tp saya faham dengan tugas saya sbg GM.. saya mengajar buku2 bukan budak.... mengecop, menjilid, membaikpulih... itulah kerja sy..... ada gak perasaan jeles ngn cikgu cikgi nie.. tipulah kalau x jeles kan depa dpt hadiah... sy dapat sikit je... takpe... yg penting....
.
.
.

dpt nie dr somi tercenta... special request dan smpai tokei kedai tu pening nak buatkan. buah2 tu somi yg carik dn beli dn bg org kedai tu suh buatkan... muah2
>> entry dh lma taip, tp x sempat publish... ;)
Monday, April 19, 2010
nie dh tak ingat menu bile.. sbbnya dh lama sgt tak hupdate blog kan.. ahaksss.... sempat snap2.. itu pun yang ingat... pastu simpan je dlm hp... mmm... bz sgt ke.. kursus seminggu + ada lawatan dr ppd... jadiknyer kena bertungkus lumus kemaskini semua fail2 dan tambah keceriann. tp ntah ler.... dalam kesibukan nie, ada sesuatu yg menyebabkan aku down giler tahap babas... memandangkan tanggungjawab kena dilaksankan kan.. aku tgh memotivasikan diri tuk mengikhlaskn semua benda yang aku dah buat dan akan aku jadikkn pengajaran di masa akan datng.