Saturday, November 17, 2012

Basic Bread


nie gara2 BM dah lama terperap kat dalam kabinet.
dan terasa sangat2 nak makan roti homemade...
search2 terjumpa resepi yg sangat mudah... apalagi, mencuba lah saya..
dah alang2 double A ikut ayahnya balik kg...

Basic Bread Recipe
Sumber : Mamasya
(resepi yg nie memang boleh bagi 5*....)

Bahan2 :
500 gm tepung high protein
100 gm gula (sy timbang & pastu sukat guna tb->9 sb ) nk senang lepas2 ni ;)
  30 gm susu tepung (4 sb)
  80 gm marjerin (saya guna butter)
250 ml air
   4 st yis
   1 biji telur
   1 st garam

Hiasan atas :(jk nak)
gula kasar, kismis

Cara :
i. Masukkan semua bahan ke dalam BM didahului dgn bahan cecair (air), pastu masuk yg lain2. (kecuali butter)
ii. Dah sebati, masuk butter.
iii. Kelurkan dan tumbuk angin.
iv. bulat2 kan doh ~50g setiap satu.
v. susun dalam loyang, spray air atas roti  dan biar naik 2x ganda.
vi. sapu butter/telur/susu di atas roti dan tabur gula & kismis. kemudian spray lagi
vii. bakar 30 min suhu 180 C. (oven sy --> 30 min, suhu 150 C)


Thursday, November 01, 2012

pantang

hr ni masuk 20 hr berpantang..adehh.. lamanya rasa masa pantang nk berlalu. pantang kali ni memng x plan blik kg sbb aqeel sekolah. syg plk nk ponteng lama.
bila dh duduk rumah sendiri, kena pndai2 lh menyediakn mknn dlm pantang ni. minggu pertama masak mcm yg emak biasa msak. tp bila dh masuk minggu ke-2, dh muka jemu pulak. bila search kt tenet, banyak plak dpt resepi yg boleh dicuba.. sambil2 search, sambil2 tu   jln kt blog org, nmpk redvelvet cake, teringin plak tetiba. jln2 lg tertengok plak blueberry cheesetart...sabo2. harus kena buat bila habis je pantang nanti ni.. nk jln lg, arghh.. tak nak!!
tp masuk fb lak, saje la pulak kwn2 ni letak gmbr2 mknan. burger bakar meleleh... :(
Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
 i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis

Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak.
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong. Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas.

Mesti sedap dan menyelerakan. menu2 pantang lain akn dimasukn kemudian. susah plak nk guna hp...

Wednesday, October 31, 2012

12.10.12

kisah 2 minggu lps, tp br hr ni dpt mengarang sikit.
alhamdulillah, selamat bersalin normal ngn berat baby 3.1 kg, 12.50am@ GMC. anak ketiga baru dpt ditemani suami sepanjang kt labour room. masa aina dulu, suami berkejar balik dr Jb, sampai2 je baby dh lahir. dn yg niepun kt GMC lg. Sgt suka ngn layanan staff kt situ dn yg paling suka, zikir2 dialunkan sepanjang kita di labour room. dan terima kasih sesangat kt Dr. hamizah dn 2 nurse yg membantu. selamat dari jahitan sbb tak koyak :)
anak ke-3 kami - AZHAD DANISH BIN AJMAL


Friday, October 05, 2012

kepala berbalut

memandangkan tarikh brsalin dh overdue, sy pun mendengr nsihat kwn2 supaya bnykkan berjalan.. ++sebenrnya dh boring sesangat kt umah ;-)
pg ni somi ada urusan kt jpj gombak(good bye persona n welcome wxk.huhu, sedihnya keta hadiah dr somi dulu terpaksa dilepaskan..) ups, smbung citer balik. sy pun menompang smpai giant bt caves. tgh syok belek2 buku kt kedai buku, dpt call dr bibik ckp aina jatuh dan luka kt belakang kepala. katanya luka kecik je tp bibik tetap nk bwk klinik. hati dh mula tak tenang. somi dh selesai urusan dn terus balik, terkejut gak la tengok berbalut mcm ni.. tp lincahnya mcm takde apa2 je si aina ni.
ptg tu buka balutn nk gnti kapas, barulah nampak lukanya. kecik je cuma agak dalam..fuh, seriau rasa..sib baik tak teruk sgt.


Thursday, October 04, 2012

due

ari ni 4 okt, due sy brsalin. tp masih takde tanda2 pun lg. cuti dh ambik awal seminggu dh ni sbb dah 2 minggu bdn sakit2 dn demam+ batuk+selsema. memang tak leh nk ngajar..habis je audit spsk rabu lepas, terus ambik cuti. tp bila dh cuti, memang rehat sgt2 la. makan..makan..tido.  adeh.. risau juga kalau baby dlm perut ni makin membesar.  minggu lpas cek-up dh 2.8. next cek-up sabtu ni..hrp2 tk naik sgt..

nie budak pling happy bila uminya sentiasa ada kt umah..


Wednesday, October 03, 2012

test

boring2..
saje nk cuba berblog guna hp.. mklumla dh x bape nk rajin menghadap notebook. cepat je tgkp kepala..


Friday, August 03, 2012

terima kasih

gmbr ihsan google....
tetiba plak balik rumah nyanyi lagu hari ibu..(emm.. bukan main lama dah hari ibunya..)..anyway,  terima kasih en.ajmal.... :)

dessert berbuka semalam..


RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
sumber :
AlongRoz

Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Saturday, June 23, 2012

bersawang

Friday, May 11, 2012

Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream
By: Kak Wan
Rujukan : Pautan Kasih


Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.


Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 

Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 

Kandungan : 
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : 
Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : 
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : 
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 

UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan : 
Pepejal susu
Tekstur : 
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : 
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : 
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature

Thursday, April 26, 2012

senyumm...

wa.... cikgu cikgi senyum je dari semalam yek.... alhamdulillah, kenaikan gaji dah dapat ++ tunggakan 3 bulan... senyum sampai ke telinga yek :) dan teruskan usaha murni kita untuk mendidik anak2 bangsa.

emm... untuk kakitangan awam yang lain tak pasti plak sbb ada member tu dia kata x dpt lagi. takpelah kan, nanti bila dapat barganda2 lah ye tak :)


lama menyepi

fuhh.. dah hampir 3 bulan tak update blog. Walaupun tak rajin nak post entry, tapi tak pernah miss baca blog kawan2 tau.. :) banyak sebenarnya cerita nak dikongsi, tp bila klik je kat new post, tetiba terus hilang semua idea menulis... camno tu yek. sapelah nak tolon.....

alkisah sebenarnya, sbb pening+loya+ nak m***** bila menghadap lappy lama2.. bila pagi je mesti menghadap RPH dalam 1 jam. itupun macam nak terkeluar isi perut... lagi la plak nak mengarang dalam blog....RPH dah memang kewajipan kena buat, terpaksalah juga menghadap... :) dan alhadulillah dah nak masuk bulan ke-4 nie dah kuranglah sikit..... dan alhamdulillah tak lama lagi aqeel ngn aina akan dapat adik...:) boy or girl? emmmm, tak kisahlah kan..



Tuesday, February 07, 2012

info di dapur

info nie dpt dr Dapur Tanpa Sempadan... sangat berguna untuk mereka2 yg kerap ke dapur.. (kerap ke dapur untuk masak yek!!! bukan ambil air ;)...
sy guna yg camni  (plastik, boleh smpai 4 cups).. agak susah nk bgi rata sbb bila 4cups, dah jadi makin lebar kan.


nak carik yg mcm nie, tp x jumpa lg...

>> Sukatan bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter (sukatan adalah < kurang lebih >), harap dapat membantu....

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter

Sunday, February 05, 2012

buah hati abang.. huwaa...

akhirnya jadik juga milik hubby... wpun penat gak la bininyer bagi mcm2 alasan yg mcm tak bape nak puas hati dgn pilihannya tu...(yg sebenarnya memikirrkin regenya..) tp bila pikir lama2, takpelah..... dah dia idamkan lama dan sepanjang tu lah, dia sentiasa mengalah... waktu ada kancil ngn wira, dia rela bwk kancil... bila kancil tukar ngn persona... dia juga yg bawak keta wira yg dah tak berapa nak selesa tu.... dgn aircond x bape nk sejuk, carpet yg bau pun x bape nak sedap... akhirnya, saya merelakannya juga.....

.
.
.
.
.
.
.
.

marble cheese brownies

ni 1st time buat... tak berapa nak cantik coraknya dan cheese terhangus sikit..
kali ke-2 buat baru cun tp x sempat snap.. kali kedua, bahagian cheese yang atas tu guna adunan 1 1/2.. jadik tebal sikitlah dan yummy...
bahan2;

Brownies
250gm butter
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn gula
3 biji telur
1/2 cwn susu cair/segar
1 1/2 cwn tepung gandum ayak 1 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat
1tsp esen vanila

atas;

250gm cream cheese
1 cwn gula
1 sb butter
1/4 cwn susu segar/cair
2 sb tpg jagung
1 bj telur
1 sk esen vanila

cara1;-
1) cairkan butter atas api dan campurkan serbuk koko..kacau n ketepikan
2) pukul telur dan gula then masukkan susu
3) campurkan (1 ) butter yg dicairkan td
4) masukkan tpg yg tlh di ayak dan esen vanila
5) bakar 35-40min suhu 180C (ikut oven masing2)

bahan atas;
1)pukul cream cheese dgn gula hingga kembang
2) masuk butter, pukul
3) masukkan susu, pukul
4) then tpg jagung, pukul lg
5) masuk telur n last esen


lpas brownies dah masak, keluar n masuk plak bahan cheese td.
lorek lebihan brownies td di atas cheese
bakar semula dalam 15-20min atau sehingga masak. (jangan smpai cheese bertukar warna perang/coklat, memadai cheese tu masak-mengembang)

sekolah

lama betul menyepi. bila dah mula je masuk sekolah, masa agak terbatas untk update blog. sebelum buka, banyak benda je rasa nak tulis kt blog. tapi bila buka dan klik new post.... susah pula nak mengatur ayat. akhirnya tekan button sign out sbb fikirkn kerja2 lain yg menanti..

emm.. tahun nie sy mengajar tahun 1 dan merangkap guru kelas. fuhh, risau gak nak melayan kanak2 yang masih comel, baru mengenal alam persekolahan yang masih banyak perlukan pertolongan dari cikgu lagi...   tp pengalamn mengajar 2 subjek tahun lepas... insyaAllah akan dapat lakukannya dengan baik.. bukannya apa.. sekarang tugas guru bukan sekadar mengajar, tp dah ada tambahan kerja2 pengkeranian... nak masuk data smm, saps, plbs.... tu part murid. belum part cikgu lagi... takpelah kan, cuba buatlah yang terbaik kan....



Salam Maulidur rasul


Hijjaz-Rasulullah
( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Wednesday, December 28, 2011

Red Velvet Cuppies

emm.. niepun antara bahan yg sedia ada untuk birthday aina yang tak jadik tu :(  memandangkan cream cheese tak boleh tahan lama, mem'baking' je lah saya... cheese semua plak tu dalam seminggu ni.. harap2 bolehlah tambahkan berat badan.. :)
nasib baik tak melimpah
saya gunakan tepung premix dari  kak Aziana. Nie adalah hasil ronda2 saya ke blog masam-masam manis kak ita... Sesiapa yg berminat boleh order--kak Aziana atau blognya. alhamdulillah, menjadik... cuma lpas nie kena masuk 1/2 cup sahaja supaya tak menggunung dan hampir nak melimpah.. ;) anyway thanx to kak Aziana... untuk oven saya- preheat 15min dan bakar 30 min pd suhu 180darjah (api atas bawah)

budak baru belajar

sedia untuk delivery... haha... delivery ke perut :)

Brownies Lapis Cheese Kukus

saya rasa minggu nie adalah minggu membuat kek sbb nak habiskan stok cream cheese yg ada dlm fridge tu... jadik layanlah gambar2 yang tak mengiurkan nie... tension la ngn kamera hp nie... adakah duit bonus nie kena beli kamera.. kena fikirkan nie... lalala....
retak sikit sbb terer sgt angkat.. ahha..

hias sikit... aina suka sgt makan ngn buah..
resepi nanti dulu yek... kesuntukan masa :)

Saturday, December 24, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread

ni menu ptg bb hari lepas.. nak sebut bukan main panjang..Cinnamon Pull Apart Bread (CPAB). ni gara2 teringin sgt makan roti aunty annes, tp nak dapat bukan senang. almaklumlah duduk di pinggir kota.. hehe... kalau keuar semata2 nk makan, rasa cam tak berbaloi je... carik punya cari terjumpalah resepi ni kat blog kak nor nie.. cantik je kak nor punya..perghhh.. nampak sedap!! saya pun keluarkan BM mulakan projek... masa bakar tu... bau bukan main, macam bau roti aunty annes....
org 'mahir' buat... jgn gelak yek
CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah & K.Nor

For the Dough 
2 3/4 cups tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ sy letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ sy x letak
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda

Sy guna BM :
1.Masukkan semua bahan cecair- butter, susu, air dan vanilla
2. Masukkan tepung, yis, garam dan gula.
3. Kaedah lipat rujuk sini :) Tq kepada shidah dan kak Nor

tp yg penting, kelembutan, rasa dan bau mmg perghh!!