Tuesday, November 27, 2012
24 Nov-kelas lagi...
Thursday, November 22, 2012
kelas tartlets ngn cream puff.
huwaa..dh menaip pjg2, tetiba pulak tak boleh nk published.. kalau kt lappy ok gak la kn, bole cnp balik. guna hp ni tak boleh la pulak..jadik dah 'm' nak menaip balik..
pendekkn cerita, sy pegi kelas tartles ngn creampuff seharian semalam..tak jauh pun, kt taman bayu depan jusco rawang..
inilah hasil tgn keras sy.. ;) peace
--> dptlah memulangkan pinggan jiran2 yg dh tersimpan lama.. kalau tak, sape pulak nk menghabiskan..
Sunday, November 18, 2012
durian crepe
dn pelbagai versi bahan2 yg digunakan nk buat crepe ni. ada yg 1 jenis teung je dan ada yg sampai 6 jenis tepung.. haaaa ambik.. jenuh gak nak pilih yg mana satu boleh dicuba..
saya yg mudah tergoda ngn resepi2 yg menarik ni teruslh menggoda Suami dgn gmbr2 dc yg boleh melelehkn air liur.. sy? uwaaa.. dh lama terliur, tp kena sedar diri ye..
kalaulah ada yg cakap org pantang boleh mkn durian.. dh awal2 sy buat.. tp bukan ke durian panas, org pantang kan kena mkn makanan yg bole memanaskn badan.. boleh mkn kot. .hahaaa.. sape boleh tlg jawab? :)
Durian Crepe
Sumber : ?
( tak ingat nama- dr Resepi Turun Temurun... kalau terjumpa nanti sy tulis, ampun ye tuan punya resepi..)
20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastad
10 g tepung jagung
150 ml air
40 ml susu cair
1 bj telur
1 sb gula
1 sb minyak masak
setitik pewarna kuning
i.campur semua dlm bekas, whisk & tapis
ii.panaskn pan. ambil sesenduk dan tuang ditgh2 pan. pegang pan & layangkan pan supaya crepe dpt bentuk yg bulat & cantik.
bhn inti :
150ml fresh cream(pukul hingga Kental. atau x jatuh bila terbalikkan bekas)
isi durian
i.letak fc diatas crepe
ii.letak isi durian
iii.letak fc lg & lipat crepe
Saturday, November 17, 2012
Basic Bread
nie gara2 BM dah lama terperap kat dalam kabinet.
dan terasa sangat2 nak makan roti homemade...
search2 terjumpa resepi yg sangat mudah... apalagi, mencuba lah saya..
dah alang2 double A ikut ayahnya balik kg...
Basic Bread Recipe
Sumber : Mamasya
(resepi yg nie memang boleh bagi 5*....)
Bahan2 :
500 gm tepung high protein
100 gm gula (sy timbang & pastu sukat guna tb->9 sb ) nk senang lepas2 ni ;)
30 gm susu tepung (4 sb)
80 gm marjerin (saya guna butter)
250 ml air
4 st yis
1 biji telur
1 st garam
Hiasan atas :(jk nak)
gula kasar, kismis
Cara :
i. Masukkan semua bahan ke dalam BM didahului dgn bahan cecair (air), pastu masuk yg lain2. (kecuali butter)
ii. Dah sebati, masuk butter.
iii. Kelurkan dan tumbuk angin.
iv. bulat2 kan doh ~50g setiap satu.
v. susun dalam loyang, spray air atas roti dan biar naik 2x ganda.
vi. sapu butter/telur/susu di atas roti dan tabur gula & kismis. kemudian spray lagi
vii. bakar 30 min suhu 180 C. (oven sy --> 30 min, suhu 150 C)
Thursday, November 01, 2012
pantang
bila dh duduk rumah sendiri, kena pndai2 lh menyediakn mknn dlm pantang ni. minggu pertama masak mcm yg emak biasa msak. tp bila dh masuk minggu ke-2, dh muka jemu pulak. bila search kt tenet, banyak plak dpt resepi yg boleh dicuba.. sambil2 search, sambil2 tu jln kt blog org, nmpk redvelvet cake, teringin plak tetiba. jln2 lg tertengok plak blueberry cheesetart...sabo2. harus kena buat bila habis je pantang nanti ni.. nk jln lg, arghh.. tak nak!!
tp masuk fb lak, saje la pulak kwn2 ni letak gmbr2 mknan. burger bakar meleleh... :(
Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis
Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak.
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong. Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas.
Mesti sedap dan menyelerakan. menu2 pantang lain akn dimasukn kemudian. susah plak nk guna hp...
Wednesday, October 31, 2012
12.10.12
kisah 2 minggu lps, tp br hr ni dpt mengarang sikit.
alhamdulillah, selamat bersalin normal ngn berat baby 3.1 kg, 12.50am@ GMC. anak ketiga baru dpt ditemani suami sepanjang kt labour room. masa aina dulu, suami berkejar balik dr Jb, sampai2 je baby dh lahir. dn yg niepun kt GMC lg. Sgt suka ngn layanan staff kt situ dn yg paling suka, zikir2 dialunkan sepanjang kita di labour room. dan terima kasih sesangat kt Dr. hamizah dn 2 nurse yg membantu. selamat dari jahitan sbb tak koyak :)
anak ke-3 kami - AZHAD DANISH BIN AJMAL
Friday, October 05, 2012
kepala berbalut
memandangkan tarikh brsalin dh overdue, sy pun mendengr nsihat kwn2 supaya bnykkan berjalan.. ++sebenrnya dh boring sesangat kt umah ;-)
pg ni somi ada urusan kt jpj gombak(good bye persona n welcome wxk.huhu, sedihnya keta hadiah dr somi dulu terpaksa dilepaskan..) ups, smbung citer balik. sy pun menompang smpai giant bt caves. tgh syok belek2 buku kt kedai buku, dpt call dr bibik ckp aina jatuh dan luka kt belakang kepala. katanya luka kecik je tp bibik tetap nk bwk klinik. hati dh mula tak tenang. somi dh selesai urusan dn terus balik, terkejut gak la tengok berbalut mcm ni.. tp lincahnya mcm takde apa2 je si aina ni.
ptg tu buka balutn nk gnti kapas, barulah nampak lukanya. kecik je cuma agak dalam..fuh, seriau rasa..sib baik tak teruk sgt.
Thursday, October 04, 2012
due
ari ni 4 okt, due sy brsalin. tp masih takde tanda2 pun lg. cuti dh ambik awal seminggu dh ni sbb dah 2 minggu bdn sakit2 dn demam+ batuk+selsema. memang tak leh nk ngajar..habis je audit spsk rabu lepas, terus ambik cuti. tp bila dh cuti, memang rehat sgt2 la. makan..makan..tido. adeh.. risau juga kalau baby dlm perut ni makin membesar. minggu lpas cek-up dh 2.8. next cek-up sabtu ni..hrp2 tk naik sgt..
nie budak pling happy bila uminya sentiasa ada kt umah..
Wednesday, October 03, 2012
test
boring2..
saje nk cuba berblog guna hp.. mklumla dh x bape nk rajin menghadap notebook. cepat je tgkp kepala..
Friday, August 03, 2012
terima kasih
dessert berbuka semalam..
- 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
- 750ml air
- 160g gula
- 1 tin susu cair (400ml)
- 3/4cawan milo
- satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
- Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
- Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
- Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
- Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
- Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.
Saturday, June 23, 2012
Friday, May 11, 2012
By: Kak Wan
Rujukan : Pautan Kasih
Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Thursday, April 26, 2012
senyumm...
emm... untuk kakitangan awam yang lain tak pasti plak sbb ada member tu dia kata x dpt lagi. takpelah kan, nanti bila dapat barganda2 lah ye tak :)
lama menyepi
alkisah sebenarnya, sbb pening+loya+ nak m***** bila menghadap lappy lama2.. bila pagi je mesti menghadap RPH dalam 1 jam. itupun macam nak terkeluar isi perut... lagi la plak nak mengarang dalam blog....RPH dah memang kewajipan kena buat, terpaksalah juga menghadap... :) dan alhadulillah dah nak masuk bulan ke-4 nie dah kuranglah sikit..... dan alhamdulillah tak lama lagi aqeel ngn aina akan dapat adik...:) boy or girl? emmmm, tak kisahlah kan..
Tuesday, February 07, 2012
info di dapur
![]() | ||
| sy guna yg camni (plastik, boleh smpai 4 cups).. agak susah nk bgi rata sbb bila 4cups, dah jadi makin lebar kan. |
![]() |
| nak carik yg mcm nie, tp x jumpa lg... |
>> Sukatan bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter (sukatan adalah < kurang lebih >), harap dapat membantu....
TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram
GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter
Sunday, February 05, 2012
buah hati abang.. huwaa...
marble cheese brownies
kali ke-2 buat baru cun tp x sempat snap.. kali kedua, bahagian cheese yang atas tu guna adunan 1 1/2.. jadik tebal sikitlah dan yummy...
Brownies
250gm butter
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn gula
3 biji telur
1/2 cwn susu cair/segar
1 1/2 cwn tepung gandum ayak 1 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat
1tsp esen vanila
atas;
250gm cream cheese
1 cwn gula
1 sb butter
1/4 cwn susu segar/cair
2 sb tpg jagung
1 bj telur
1 sk esen vanila
cara1;-
1) cairkan butter atas api dan campurkan serbuk koko..kacau n ketepikan
2) pukul telur dan gula then masukkan susu
3) campurkan (1 ) butter yg dicairkan td
4) masukkan tpg yg tlh di ayak dan esen vanila
5) bakar 35-40min suhu 180C (ikut oven masing2)
bahan atas;
1)pukul cream cheese dgn gula hingga kembang
2) masuk butter, pukul
3) masukkan susu, pukul
4) then tpg jagung, pukul lg
5) masuk telur n last esen
lpas brownies dah masak, keluar n masuk plak bahan cheese td.
lorek lebihan brownies td di atas cheese
bakar semula dalam 15-20min atau sehingga masak. (jangan smpai cheese bertukar warna perang/coklat, memadai cheese tu masak-mengembang)
sekolah
emm.. tahun nie sy mengajar tahun 1 dan merangkap guru kelas. fuhh, risau gak nak melayan kanak2 yang masih comel, baru mengenal alam persekolahan yang masih banyak perlukan pertolongan dari cikgu lagi... tp pengalamn mengajar 2 subjek tahun lepas... insyaAllah akan dapat lakukannya dengan baik.. bukannya apa.. sekarang tugas guru bukan sekadar mengajar, tp dah ada tambahan kerja2 pengkeranian... nak masuk data smm, saps, plbs.... tu part murid. belum part cikgu lagi... takpelah kan, cuba buatlah yang terbaik kan....






.jpg)

