kisah 2 minggu lps, tp br hr ni dpt mengarang sikit.
alhamdulillah, selamat bersalin normal ngn berat baby 3.1 kg, 12.50am@ GMC. anak ketiga baru dpt ditemani suami sepanjang kt labour room. masa aina dulu, suami berkejar balik dr Jb, sampai2 je baby dh lahir. dn yg niepun kt GMC lg. Sgt suka ngn layanan staff kt situ dn yg paling suka, zikir2 dialunkan sepanjang kita di labour room. dan terima kasih sesangat kt Dr. hamizah dn 2 nurse yg membantu. selamat dari jahitan sbb tak koyak :)
anak ke-3 kami - AZHAD DANISH BIN AJMAL
Wednesday, October 31, 2012
12.10.12
Friday, October 05, 2012
kepala berbalut
memandangkan tarikh brsalin dh overdue, sy pun mendengr nsihat kwn2 supaya bnykkan berjalan.. ++sebenrnya dh boring sesangat kt umah ;-)
pg ni somi ada urusan kt jpj gombak(good bye persona n welcome wxk.huhu, sedihnya keta hadiah dr somi dulu terpaksa dilepaskan..) ups, smbung citer balik. sy pun menompang smpai giant bt caves. tgh syok belek2 buku kt kedai buku, dpt call dr bibik ckp aina jatuh dan luka kt belakang kepala. katanya luka kecik je tp bibik tetap nk bwk klinik. hati dh mula tak tenang. somi dh selesai urusan dn terus balik, terkejut gak la tengok berbalut mcm ni.. tp lincahnya mcm takde apa2 je si aina ni.
ptg tu buka balutn nk gnti kapas, barulah nampak lukanya. kecik je cuma agak dalam..fuh, seriau rasa..sib baik tak teruk sgt.
Thursday, October 04, 2012
due
ari ni 4 okt, due sy brsalin. tp masih takde tanda2 pun lg. cuti dh ambik awal seminggu dh ni sbb dah 2 minggu bdn sakit2 dn demam+ batuk+selsema. memang tak leh nk ngajar..habis je audit spsk rabu lepas, terus ambik cuti. tp bila dh cuti, memang rehat sgt2 la. makan..makan..tido. adeh.. risau juga kalau baby dlm perut ni makin membesar. minggu lpas cek-up dh 2.8. next cek-up sabtu ni..hrp2 tk naik sgt..
nie budak pling happy bila uminya sentiasa ada kt umah..
Wednesday, October 03, 2012
test
boring2..
saje nk cuba berblog guna hp.. mklumla dh x bape nk rajin menghadap notebook. cepat je tgkp kepala..
Friday, August 03, 2012
terima kasih
dessert berbuka semalam..
- 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
- 750ml air
- 160g gula
- 1 tin susu cair (400ml)
- 3/4cawan milo
- satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
- Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
- Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
- Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
- Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
- Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.
Saturday, June 23, 2012
Friday, May 11, 2012
By: Kak Wan
Rujukan : Pautan Kasih
Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Thursday, April 26, 2012
senyumm...
emm... untuk kakitangan awam yang lain tak pasti plak sbb ada member tu dia kata x dpt lagi. takpelah kan, nanti bila dapat barganda2 lah ye tak :)
lama menyepi
alkisah sebenarnya, sbb pening+loya+ nak m***** bila menghadap lappy lama2.. bila pagi je mesti menghadap RPH dalam 1 jam. itupun macam nak terkeluar isi perut... lagi la plak nak mengarang dalam blog....RPH dah memang kewajipan kena buat, terpaksalah juga menghadap... :) dan alhadulillah dah nak masuk bulan ke-4 nie dah kuranglah sikit..... dan alhamdulillah tak lama lagi aqeel ngn aina akan dapat adik...:) boy or girl? emmmm, tak kisahlah kan..
Tuesday, February 07, 2012
info di dapur
![]() | ||
| sy guna yg camni (plastik, boleh smpai 4 cups).. agak susah nk bgi rata sbb bila 4cups, dah jadi makin lebar kan. |
![]() |
| nak carik yg mcm nie, tp x jumpa lg... |
>> Sukatan bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter (sukatan adalah < kurang lebih >), harap dapat membantu....
TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram
GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter
Sunday, February 05, 2012
buah hati abang.. huwaa...
marble cheese brownies
kali ke-2 buat baru cun tp x sempat snap.. kali kedua, bahagian cheese yang atas tu guna adunan 1 1/2.. jadik tebal sikitlah dan yummy...
Brownies
250gm butter
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn gula
3 biji telur
1/2 cwn susu cair/segar
1 1/2 cwn tepung gandum ayak 1 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat
1tsp esen vanila
atas;
250gm cream cheese
1 cwn gula
1 sb butter
1/4 cwn susu segar/cair
2 sb tpg jagung
1 bj telur
1 sk esen vanila
cara1;-
1) cairkan butter atas api dan campurkan serbuk koko..kacau n ketepikan
2) pukul telur dan gula then masukkan susu
3) campurkan (1 ) butter yg dicairkan td
4) masukkan tpg yg tlh di ayak dan esen vanila
5) bakar 35-40min suhu 180C (ikut oven masing2)
bahan atas;
1)pukul cream cheese dgn gula hingga kembang
2) masuk butter, pukul
3) masukkan susu, pukul
4) then tpg jagung, pukul lg
5) masuk telur n last esen
lpas brownies dah masak, keluar n masuk plak bahan cheese td.
lorek lebihan brownies td di atas cheese
bakar semula dalam 15-20min atau sehingga masak. (jangan smpai cheese bertukar warna perang/coklat, memadai cheese tu masak-mengembang)
sekolah
emm.. tahun nie sy mengajar tahun 1 dan merangkap guru kelas. fuhh, risau gak nak melayan kanak2 yang masih comel, baru mengenal alam persekolahan yang masih banyak perlukan pertolongan dari cikgu lagi... tp pengalamn mengajar 2 subjek tahun lepas... insyaAllah akan dapat lakukannya dengan baik.. bukannya apa.. sekarang tugas guru bukan sekadar mengajar, tp dah ada tambahan kerja2 pengkeranian... nak masuk data smm, saps, plbs.... tu part murid. belum part cikgu lagi... takpelah kan, cuba buatlah yang terbaik kan....
Salam Maulidur rasul
Wednesday, December 28, 2011
Red Velvet Cuppies
![]() |
| nasib baik tak melimpah |
![]() |
| budak baru belajar |
![]() |
| sedia untuk delivery... haha... delivery ke perut :) |
Brownies Lapis Cheese Kukus
![]() |
| retak sikit sbb terer sgt angkat.. ahha.. |
![]() |
| hias sikit... aina suka sgt makan ngn buah.. |
Saturday, December 24, 2011
Cinnamon Pull Apart Bread
![]() |
| org 'mahir' buat... jgn gelak yek |
source : Shidah & K.Nor
For the Dough
2 3/4 cups tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract
For the Filling
1 cup gula kasar ~ sy letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ sy x letak
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda
Sy guna BM :
1.Masukkan semua bahan cecair- butter, susu, air dan vanilla
2. Masukkan tepung, yis, garam dan gula.
3. Kaedah lipat rujuk sini :) Tq kepada shidah dan kak Nor
![]() |
| tp yg penting, kelembutan, rasa dan bau mmg perghh!! |
Friday, December 23, 2011
Sempena birthday Aina
![]() |
| hiasan oleh chef ajmal... |
![]() |
| cepat betul whipping cream nie cair... kena plak org yg sgt 'mahir' mcm saya, habis meleleh2... tp cream sgt sedap macam aiskrim |
Fruit Cake
Bahan Kek :
500g tepung sponge mix (beli kt kedai bhn
500g telur (8 biji telur gred A)
125g air (125 ml air)
125g minyak jagung/ melted butter (sy guna minyak jagung)
Cara :
1. Pukul sponge mix, telur dan air selama 1min (slow speed)
2. Pukul lagi 5 min (high speed)
3. Perlahankan semula dan masukkan minyak jagung sehingga minyak bercampur rata
4. Bakar 45 min, suhu 180'C
Bahan Cream
250 ml whipping cream
gula (ikut suka nak manis)
3-5 titis sunquick
3 sudu besar apricot gel4-5 sudu besar air
(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair – siap utk digunakan)
Bahan hiasan :
kiwi
anggur
longan
(apa2 je buah ikut kreativiti masing2)
Cara :
1. Keluarkan cream dan putar sehingga likat dan gebu. (cream tak jatuh bila kita terbalikkan mangkuk)
note : tak boleh terlebih putar kerana cream akan cair....
Cara Membuat Kek Buah-Buahan
1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua.Sapukan krim rata-rata di atas satu bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan (sy letak buah longan dlm tin). Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi bahagian kek tadi.
2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh pula badam hiris yg telah dipanggang.
3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rata ke atas buah-buahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk.
Friday, December 16, 2011
Kecewa dgn P****n
kalau masalah tingkap calar ke, body kemek ke... sah2 la salah sendiri.. tp ni tak boleh nak start.....
kali pertama dalam sebulan lepas, masa tu kat rumah.. ok la kan terus bawa ke p****n rawang. Orang situ pun x boleh nak jawab... nunggu engineer dia datang yang hanya bagi teori.. ada bb kes yang sama, yang bawak keta semua pempuan, bawak slow motion....emm.. jadiknya kesimpulan yang boleh dibuat ialah kena drive keta secara ganas ok...
kali kedua di sg koyann... adehhh.. terbang rm200 panggil towing nak bawa smpai ke raub. sekarang ni dh dpt report dr p****n raub dan menunggu report dr p****n rawang (yg sepatutnya dpt hari ni tp msh belum ada berita) sebelum bawa ke HQ.....
emmm.... dalam warranty lagi, boleh dpt ganti kereta baru ke?????
yang pasti... kami sudah kecewa dgn P****n
.
.
.
.
.
.
.
dan pd mlm yg sama, somi kehilngan hp.. jenuh semua org tolong mencari termasuklah MIL n FIL... sampailah esok harinya nak balik. Somi pun dh putus harap, nasib baiklah hp murah... tp yg risaunya dia ada interview. compny tu pun x tau kt mana, nombor tel satu pun x takde....
bila dh siap semua brg masuk dlm kereta, tetiba plak sy terasa macam nak tengok blkg freezer my MIL. sbb teringat plak Aqeel dok buka2 freezer neneknya. sblum tu saya ada letak laptop atas tu... ntah camne aqeel tanya.. 'umi, laptop umi jatuh la.. aqeel tak sengaja.. aqeel tak perasan'.... yg sy ni jawab 'o... ye ke... ' (sbb dah pindahkan awal2 bila nampak dia buka freezer tu). jdi takdelah saya nak nengok apa yg jatuh..... rupanya hp somi.. alhamdulillah...
on d way ke shah alam... br somi perasan, tak bawa file, tengok jam pun dh mcm x cukup masa nak beli kemeja ngn kasut.... dan dengan beraninya pegi interview dgn jeans dan baju yg dia selalu guna pegi surau (agak kusut2) dan dengan sebatang pen je... memang berani somi ku nie.....
dan 12 jam yang penuh dugaan dan kegelisahan... rupanya....alhamdulillah, somi dapat keja baru..... i) office kat shah alam(dekat la sikit dr subang) ii) gaji lebih sikit :) iii) kurang outstation-kalau ada pun sehari dua, taklah lama berbulan mcm skrg ada...






.jpg)










