Thursday, March 18, 2010

mm.. kebizian mlanda sejak masuk krja. bagaikan berkilo2 batu dihempap kt kepala je rasa. aduhh, apesal la ada pertambhn jawatan lg nie. yg aku pegang nie pun dah buat aku pening dh tmbah lagik yg baru. rasa cam nak jadik suri rumah sepenuh masa plak... melihat perkembangan aqeel dan aina sepanjang bercuti 3 buln.. aqeel dr pandai sebut hujung perkataan je smpai dah pandai cakap berayat lengkap. pandai alif ba ta smpai ya... one two three smpai ten... abc je yg x fasih lg... dan yg best, dh hafal doa makan dan bb zikir kt oasis wpun ada pelat2 sikit.....huhuu.. tp.... boleh ke camtu?..........................dn bile fikir2 balik, aku kena berfikirn positif.. dan tuk sedapkan hati, aku akan cuba buat yg termampu...

uppsss... malas nak emo skrg nie kan... cuti sekolah pun buat keja sekolah.. tp buat ala2 happy gitukan... hehhee... esok br nak balik kg... dapat 3 hari jadilah.. balik ngan anak2 je sbb somi akan ke penang sampai ahad dan terus ke batu pahat n JB... apo nak buek kan, dah kejenya camtu... takpe.. yg penting gaji dah naik 20% thn ni... alhamdulillah..masyukk...abg, jgn lupa janji yek!! hehee..
Ni tak ingat hari apa buat, saja try nasi jagung sbb aqeel suka nasi2 yg cam gini. kalau nasi putih amatlah sukarnya tuk dia makan. dan memang bertmabah2 la dia makan hari tu..
Nasi Jagung

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dihiris memanjang)
2 camb minyak sapi
2 camb minyak masak
1 cawan frozen corn
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras
air secukupnya
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara-cara
-Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
-Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
-Masukkan frozen corn dan beras yang telah dibasuh. Gaul sehingga rata.
-Masukkan susu cair, air, daun pandan, garam dan pewarna. Sukatan air mengikut keperluan beras masing-masing. Sy guna petua sukatan air sebyk dua ruas jari telunjuk dari paras beras.
-Setelah masak, hias dengan hirisan cili, bawang goreng dan daun bawang.

Tuesday, February 23, 2010

Pengumuman!!

cewah.. mcm nak buat pengumuman ape plak yek.. hehe....
Alhamdulillah dapat memulakan biznez kecil2-an....
Kepada kekawan.. meh jemput singgah ke kedai saya yek..
MY BIZNIZ... :)


aina ngn new lagging nyer..
lagging 6-12M dia pakai nie.. dh besar anak umi ni ek..

Friday, February 19, 2010

menghabiskan coti2 yg dh nak habis

kebizian dengan keluarga melanda sepanjang cuti raya cina lepas, tak sempat langsung nak buka laptop. walaupun aku tak rasa ghairah ngn cuti nie..yo la kn, dh hmpir 3 bln cuti.. mana taknya takde hati dan perasaan. 4 hari cuti bersama en.somi di sisi rs cam cepat je masa berlalu. emm... nak buek camno kan. masa dia ada kt rmah ni lah, rajin sikit masak makanan yg best2 sikit dan yg aku teringin nak makan. kalau tak, masak setkt kenyangkan perut je...tak de mood nak masak beria. lagi satu plak, x de orang yg akan tlg perhabiskan makanan.... heheee.. ni pic yang teringat tuk snap....


roti coklat kismis


asam pedas ikan merah
murtabak maggi


cucur udang

ni masak gak ke? hehe.. takde la kn, dh terang lg bersuluh nmpak kotak tu kan..
ni beli guna kupon TM- 3 regular pizza+2 garlic bread-just RM33.. sgt kenyang smpai ke breakfast esoknya....
khas tuk cik min.. sebenrnya nk tunggu ck min dtg sini, br guna kupon nie, tp bile tgk blog... dia pun dh bantai pizza... jadiknya aqeel pun beli gak.. hehe..



Thursday, February 11, 2010

meh cuci mata....
kakak dtg kenduri hari tu... bukan main lg, macam2 dia bawak.. strawberry, jagung cameron, durian.. sgt2 teruja makan buah2 cameron nie... dh lama dok ngidam tp ntah bilenye nak naik cameron tu lg.. untung la ada kakak yg duduk phg dn kerapnya naik cameron..
kak.. jelly kelapa masih ada kt fridge tu. nyum2.... sayang je nk makan dh tinggal sikit tu.hahaa...

nie tetiba teringin nak buat strawberry cich coklat.. biarlah rahsia ;)durian tinggal 4 biji tu.. dh korban jadik bubur...
menu breakfast td.


Wednesday, February 10, 2010

kenduri aqiqah...

alhamdulillah.. smua dh selesai walaupun agak kelam kabut sikit. n thank you so much kat semua yg sponsored. tak sangka plak dr nak simple2, dh jadik lebih dr simple....
meh layan gambar sbb malas nak naip.. hehee..
budak kecik yg dirai... tido dulu sebelum melayan tetamu..

bagi senyuman manis sikit..

bacaan doa selamat
aina yg cool di pangkuan neneknya.. ;)


sape yg dh kurus itu.. hahaa...ngn mak longnya...malu la saya..kaum kerabat dr meru

aqeel dh dapat ns beriani nie, dh tak mau lauk2 lain. nasi pun dh sgt sedap okey..


masih teringat2.. kredit to kak ita. smua org puji tau..
sponsored by kekna... sape berminat, contact sy k...
close up sikit..

Tuesday, February 02, 2010

Aqeel tak sihat..

emm.. br je sihat dr demam bb ari lepas. la nie kena batuk plak. dah la abg kecik nie kalau tak sihat, bukan lah main manjanya dia. kdg tak terlarat nak layan. ni tambah2 dah ada sorg lagi. pening gk kdg2 dibuatnya. wpun ada maid, uminya jugalah yg dicari.. nak mandi.. nak susu.. nak tido..sabo je lah wahai umi aqeel... tp sjak pindah rumah sendiri nie, baru sekali nielah aqeel demam. kiranya dah dekat 4 bln la. Seingat aku, masa dok umah sewa kt bt caves tu... hmpir tiap bulan je pergi klinik. Kerap sangat dia demam dn masalh2 ksihtn lain.

td lepas mkn tghari brcdang nak bawak aqeel pergi gunting rambut ngn beli ubat batuk. rupa2 nya layan oasis smbil tunggu azan zohor, dia dh terlentok kt peha umi. tido dah abg kecik ni. sib baiklah aina tak banyak ragam ari ni. Minum susu je terus tidur.

Monday, February 01, 2010

Menu ari nie..


breakfast pg td. Makan donut yang ada kisah disebaliknya. Malam semalam dalam kul 8, aku masukkan semua bhan kt BM ku. pastu tinggal pergi tidurkan aina. Ntah camne aku boleh ikut tertido, bila terjaga tengok jam dah pukul 10.30. mak aiii.. apa jadik ngn doh donut aku tu. Bila bukak tengok, lembik2 ya amat. Dah kembang dan turun balik. Nk kuarkan je dh melekit2, lagi nak bentuk jadik donut macamananyee.... Termenung jap la aku.. nak buang, atau cuba tmbh tepung. Karang tambah tepung makin x jadik, mmbazir tepung plak. Selepas 10 minit berfikir, aku cuba goreng ala2 cekodok seketul. Sekali jadik elok dn berebut ngn aqeel nak rasa. Tengok aqeel pun macam lapar, akupun tawakal lah tabur tepung... bolehla bentuk dn terap jadik donut. 5 ketul aku goreng tuk makan. Sira gula aising. Yang lain aku buat separa masak n masuk fridge. Pagi td barulah rajin nak letak coklat bagai ni...lunch.. Nasi Ayam Sempoi..menu last minit. tak rancang langsung. Guna la bahan2 yg ada ja...

Saturday, January 30, 2010

Aqeel dn Aina..

aqeel yang sayang kt aina
kasih sayang ayah yg sesekali je dapat... kesian anak2 ku..yg terkini... nak carik lagging tuk aina, msih x dpt lg. online pun ada jual 6 months ke ats... nie terjumpa tight kt anakku.. comel tak saya cik nah? hehe..

Friday, January 29, 2010

stok EBM
SHari ni aku seharian kt rumah seleps sehari suntuk kuar ngn aqeel sehari sebelumnya. Dan aina cam lpaskan geram je. Tidur cam tido2 ayam. setengah jam dah jaga dan bila dh terjaga, mesti carik nenen. dan seharian gak la bagi dia bergayut. tp bile dh ptg, smpai dah habis dia hisap, marah betul dia bila dua2 belah tak dapat... emmm... terpaksalah aku kuarkan sebotol dr stok yg masih tak sberapa. rasa sayang je sbb terpaksa amik masa aku ada sepanjang hari kt rumah. Mungkin sbb aku kurang minum air masa aku kuar jalan semalam.....

tp aku sedapkan hati je.... harap2lah esok ok balik. memang aku akui, 1session pam, biasanya aku dapat kumpul 4oz je for both side...dan kdg2 bille dpt 1oz pn dh syukur sgt dari takde langsung wpun ada perasaan2 keciwa.. Tak taulah bila start masuk kerja nanti.. semalam sampai je rumah, terus pam dan dapatlah 9oz. tupun sbb tak pam langsung dr kuar rumah kul 9.30.

walaupun kdg2 rs cam give up n kecewa, aku kena ingat balik janjiku sblum nie.... sbb sedih bila teringat aqeel. dapat bb bulan je. Tupun dh campur2 susu formula. Target tuk aina daptlah 6 bln, kalau berjaya akan sampai aina setahun...dan harap2 rezeki aina smpai 2 tahun.

+++++ aku takleh give up sbb sebelum pindah umah ari tu, aku mintak kt en.somi fridge 2 pintu semata2 nak breastfeed baby nanti. Dan alhamdulillah dpt.... dn terlebih besau dia beli. Jadik, aku kena buktikn yg aku dpt fully breastfeed for aina. caiyokk! caiyok!
tqvm abang... psstt... pasni nak oven plak yek... ;) dah lama janji nak repair oven yg kt dapur tu tp hampeh je asyik x sempat.

Esok bercdg nak carik longan kt tesco.... tupun kalau somi bg kuar. nie td pun dia call suh rehat dah. tak payah kuar jauh lg. tunggu dia balik baru carik brg2 lain yg tak setel lg. urgghhh, kenduri ari Sabtu, hari khamis br nak balik dan mcm selalunya tgh malam barulah sampai rumah. Tinggal hari Jumaat je. Sempatke? ......


Thursday, January 28, 2010

shopping ngan aqeel

setelh hampir 2 bln tak memandu, rasa janggal je bwak. kena plak bawak kancil, macam budak sekolah baru belajar je. hahaa... siap pakaikan seatbelt kt aqeel lg.. selalunya kalau bawak jalan dekat2, aku bawak keta slow motion je. la ni sbb jauh dn banyak tempat nk dituju.. smpai aqeel tegur, 'umi... ju'. maksudnya umi laju. tau plak dia aku bawak laju. hehe...

tempat pertama aku tuju kt HOI. beli bhn2 untuk roti. emm.. kt list 3 barang je, tp bile dh masuk sini, mesti teramik benda2 lain. konon nk buat stok la ni memandangkan tak jumpe lg kedai bhn2 kek camni kt rawang. lepas tu, tuju ke kedai bunga+brg2 pengantn. belum pun smpai 5 mint pilih paper bag, aqeel dah ajak balik.. oh no.... banyak lg tempat nk dituju.

->antr kad kt kg. nakhoda
->nk singgah sekolah
->nak makan kt pizza hut
->selayang mall (cr hiasan sikit tuk serikan umah)
->celcom centre
-> mydin
-> WOB .

agak2 bila dia dh ckp camtu, bape tempat je yg aku dpat...

setiap tempat yang aku singgh, tiap tulah aku pujuk dia... tp bila dh cukup tawaf selayang mall, memang dia dah pancit. kesian plak aku tengok

dan nasib menyebelahi aqeel, WOB kat sebelah mydin dah tutup. tak dapat belikan barang tuk aina. dan Mydin terpaksa kuar dr list + lak terasa bre**t dah penuh. planning pas semayang zohor kt selayang mall nk mengepam. rupanya BP tetinggal kt kereta dan aqeel plak dh mula meragam.

budak yg dh lapar sgt.. sup ngn roti dia makan sorg

Saturday, January 23, 2010

lama betul tak bukak photoshop.. nak buat kad jemputan je dh amik masa yg agak panjang sbb nk kena godek2 balik camne nak edit2 nie. series kalau dua tiga bulan tak bukak, aku dh lupa ataupun sepatutnya aku sedar yg diri ni
.
.
.
.
dah makin tua, dan ingatan pun semakin kurang.. ahakss.
sambil buat kad n map.. smpat gak aku buat pic aina...


Thursday, January 21, 2010

Terleka seketika...
Apa jadik bile aku terleka seketika...

mcm kt gambar atas ni. Tak tau apa yang menyebabkan aqeel geram ptg tu. Memula dia baik je tengok aku pakaikan pampers aina. Pastu aku toleh belakang jap nak amik lotion. Sekelip mata je dia boleh gigit tangan aina. melolong la aina...
pg yang sama, dia dh gigit jari jemari aina. masa nie aku tinggal aina jap gie dapur. tetiba je dgr aina terjerit n nangis. sekali tengok, dh merah jari dia dan ada cam air liur. emmm.. dah sahla aqeel gigit. Aqeel plak buat muka tak bersalah je tengok tv. sabo je lah... puas juga la nak memujuk aina..
dulu aku je yg jadik sasarn. geram je tak pepasal gigit tak kira kt mana. peha pun aku pernah kena. boleh tahan sakitnya. pastu cam dah bb bulan ok, la ni dtg balik dan aina plak jadik sasarannya. bile aku cakap...
Umi: sayang la adik. kesian adik masih kecik, aqeel gigit dia plak. mestila adik sakit. Umi gigit aqeel boleh?'
Dia geleng...
Umi :kenapa tak boleh?
Aqeel : Sakit
Umi : Tau pun sakit, jangan buat adik lagi yek
pastu saje aku tinggalkan kejap gi buang pampers dan aku intai...
dia puk2 aina dan cium dahi aina....

Tuesday, January 19, 2010

bila anak kata suara umi tak sedap

emm.. mentang2 la umi cuti lama. tido pun nak umi puk2 kan..
dan mcm biasa.. tiap kali nak tido

aqeel : umi.. puk...
bile dh puk
aqeel : umi.. azan! (zikir la tu.. dia panggil azan)

selalunya aku akan baca bb zikir
- ilahilas tu lilfirdaus.....
- la ila ha illallah....
- hasbi rabbi jallallah.... (smpai habis tiap satu2 tu....)

kali ni sbb dia x tido lagi... uminya tambah la lg satu..
- tubna ilallah .........
pastu smpai satu part tu.. dia boleh dok tahan gelak..

umi : nape aqeel gelak? tau la suara umi tak sedap...
aqeel : tak dap... (pastu dia gelak)

sabo je lah.. umi lari tempo sikit je la aqeel...mcm mana nk sama ngn kt oasis tu.. tu suara lelaki.. hehe... pandai umi nyer nie buat alasan..

tp x smpai 5 minit pastu...dah zzzzz...
lari2 tempo pun boleh buat aqeel tido kan?.. :)
yehhh..

setelah sebulan kt kg, dn skrg ni dah balik rumah sendri. bestnyerrr..... rindu ngn streamyx sbb sakit jiwa melayan broadband kt kg. :)

sampai2 je terus tengok tanaman. adehh. pokok kunyit ngn kencur dah nyawa2 ikan. daun kunyit ada 2 helai je yg hijau2 kuning, yg lain sume dh terkulai kering.. kesian tengok.

tp bile tengok kacang botol.. yehh.. dah menjalar setinggi pagar. serai pun dh membiak..pokok cili besar yg tanam guna bijik dh berbuah. (tp telah dipetik oleh aqeel ptg tu.. uwaaa, ni maunya dia yg tolong kutip buah2 nie nanti sebelum masanya......)



ptg tu terus balik meru tengok nenek yg tetiba sakit. ingatkan sakit2 biasa. rupanya agak teruk gak. terbaring je dn tak boleh berjalan sbb bengkak yg sgt besar kt lutut. sehari sebelum tu dah pesan kt abang mintak bawa aina, nk jumpa cicit pempuannya ni.. dh rindu katanya.

semua berkumpul malam tu dn dh lama tak kumpul mcm tu, pukul 12 baru gerak balik. sib baiklah aina tak banyak ragam walaupun diserbu dan bertukar tgn nak dokong dia. kalau nk tau, kelurga belah abg nie mmg dh lama menanti baby perempuan. tu yg aina jadik tumpuan.. hehe.. kesian aina. dan yg plg best, aina dpt............ (tak yah la umi beli baju harian tuk aina lg... dah smpai 10 elai dapt nie ha... tq mummy ina n mummy ani)


yg 1 dh dirasmikan aina mlm tu.. :)

Tuesday, January 12, 2010

happy birthday abang mata kuyu...
SeLaMAt HaRi LahIR yg Ke-30 AbAnG...muah muah
memandangkan abang jauh nun kt batu pahat, tak dapat la nak celebrate birthday abang.
sorry ek

cadang nk surf kt tenet kalau ada delivery kek kt area sana, tp nak online internet kt sini cam tunggu musang berjanggut je. boleh sambil2 buat kerja lain sementara nk loading.. tension gilerr babas k.

tp takpe, gmbr kt atas nie hadiah dr amy... ;) kata2 abg 'dh lama tak kena nandos kan..'
ceh... buat hint2 la tu nak suh belanja nandos sempena birthdaynyer tu...
kalau iye pun, tunggu la wife dia nie habis pantang...
.......
dan 1 lg yg lucu sms berbual kt telefon kan..

en. somi : rindu la kat aina
amy : kalau rindu, cepat siapkan kerja cepat lah balik..
en. somi : mata aina ikut mata ayah ke mata aqeel (cehh...bkn nak tanya mata ayah atau mata umi)
amy : emm.. takde mata ayah langsung . sebijik mata aqeel. kalau mata aqeel, maknanya ikut mata umi la kan..
en. somi : ye ke.. memang x de langsung ke?
amy : kena la terima hakikat abang masih takde geng.. (smbil gelak...)
perbandingan matadan teringat masa study matriks dulu.....
masa tu tak couple lg la kan..(bertegur pun x pernah tau.....)
selalu je time kuliah reramai tu... tetiba lecturer tegur 'ajmal, tido ye....'
lelagi cik rosmaria tu, memang suka sangat la menyakat dia... hehe...
skrg nie, wife dia plak suka nyakat.... hahaa...

p/s :*entry ni dh buat pd 12 jan lepas, tp faham lah kan, tetiba lak tak leh nk publish... rupanya takde line...

Thursday, January 07, 2010

aina bb jam selepas lahir..

aina 1 week...

la nie, dh pandai buat ala2 senyum. geram okk...
aqeel-- terjerit2 je uminya nie. mana taknya.. memula sayang, pastu tgn laju je jln... sabo je lah.

Tuesday, January 05, 2010

kacang botol.. punyalah sayangnya tanah.. tnam kt luar pagar. nanti sesape yg lalu kt blkg umah tu, amik je lah...
cili padi. tanam yg dh besau terus.. angkut dr umah mak. aci tak? hehe

pokok serai yg malu2 kucing




emmm...



boleh tak kalau aku cakap aku dh bosan ngn blog aku sendiri.. hahaaa..

aku sgt jeles tengok blog org lain yg cun2 tu...

aku ajar kakak ku dulu, skrg dia dh lebih pandai.. huhu..

sape leh tulun....

sbb sejak preggy ari tu, aku takleh nk ngadap laptop lebih 1/2 jam.. confirm penin smpai thp nk muntah..

harap2 ada la masa pasni tuk aku duduk mencantikkan lg blog aku yg ntah apa2 ntah nie.



akunyer tanaman kt tanah yg sekangkang kera..

kacang botol... dh 3 minggu tinggal nie.. hidup lg ke tak.

huwaaa... dh kat 1 jam.. gmbr masih x leh nk upload..
tension tul la ngn broadband nie.... (upss.... sbb kt kg kan... terpaksalah terima hakikat..)