Friday, January 21, 2011

entry saje nak letak....


ni menu semalam... disebabkan anak2 tak boleh nak main2 di halaman rumah, jadik kami plan gi jalan2 ke tesco. sambil2 tu dapatlah membeli siakap, sbb en.somi kata teringin nak makan siakap. ++ siakap kt tesco st murah. 1kg biasa RM10.90-rm11.90... mmang puas hatilah. kalau kt kedai area btp nie mana nak dapat harga macam tu. biasa rm16-18 sekilo. punyalah jauh beza.

siakap 'tesco' masak sambal....



tp part nie yg agak susah nk lari bila ke tesco. kami suka makan sizzling mee kt foodcourt yg dekat sgt dgn tempat game ni. aqeel dah mesti nak mintak masukk... nasib baiklah tak biasakan beli tukon2(emm.. betul ke nama dia ni) tu. setakat masuk dan main gitu2 je..


nie menu tak ingat bila.. saje suka suki nk celebrate birthday somi wpun dh lewat bb ari.. (sila pusing kan sikit kepala, x tau camne nak betulkan.. ;))

ROTI PAU
bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
(jika guna BM, masukkan semua bahan.... sehingga siap)
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan

1 comment:

IbuAimy said...

rajin btl amy masak ye..sdp2 plk tu menu nya...