Monday, August 22, 2011

Ayam Bakar Mandi

:) mm... saya letak resepi nasi arab je sebelum nie.. tp lupa pulak lauknya

Untuk Nurul... ni bahan2 untuk ayam
Akak rujuk fotopages Mama sya.. terima kasih mama sya..

Ayam Bakar Mandi

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa (yang ni sy tukar letak rempah kari)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

memandgkan kami hanya makan berempat.. buat 4 ketul ayam je dah cukup, semua bahan kurangkn sikit.. ayam tak bape nk cantik - kurang kunyit/pewarna

dan untuk lamb... saya guna bahan sama macam ayam....

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

2 comments:

nurul elma afzhan said...

tq2..
n resepi tu...
hihi..
nnti leh mencuba lps ni...

hihi..

amy subari said...

k.. cuba... jgn tak cuba... :)